Emir buka mata, menatap siling bilik itu. Tubuhnya duduk tegak sebelum keluhan lemah terlepas. Penat mula menguasai diri. Penat berjaga menyiapkan kerja yang tidak bernoktah.
Dikerling figura isteri yang masih lena. Kemudian anak mata bergerak ke arah telefon pintarnya. Tangan dipanjangkan untuk mencapai objek itu. Mesej yang baru diterima, Emir buka.
Raysha Ilyani :3
Assalamualaikum awak!
Good morning :)
Terima kasih sebab tolong
saya semalam.
Awak free ke hari ni? Saya nak
ajak awak keluar as tanda
terima kasih.
My treat :3Laju jarinya menaip membalas mesej Raysha. Tanpa sedar bibir merahnya pecah mengukir senyuman lebar.
Raysha Ilyani :3
Waalaikumsalam.
Good morning too, Ray
Yes, I'm free. Saya okey je
Send me locationMerasakan pergerakan di sebelah, senyuman Emir mati. Telefon pintar dimatikan, fokusnya dicampak pada Aralyn.
"Awak, sekarang pukul berapa?" soal Aralyn mamai. Dia duduk tegak sebelum menggosok mata.
"6:10 pagi," jawab Emir mendatar.
"Oh," Aralyn angguk, lalu turun dari katil. Ingin melangkah ke bilik air untuk mengambil wuduk. Emir hanya memerhati. Hilang sahaja tubuh itu dari pandangan, Emir menatap telefon pintarnya kembali.
Bibir mengukir senyum.
✧༝┉˚*❋ ❋*˚┉༝✧
Aralyn hanya memerhati Emir yang sibuk mengenakan sweatshirt berserta seluar slack hitam. Nampak bergaya sekali.
"Awak nak pergi mana?" soal Aralyn hairan. Ke mana suaminya mahu pergi? Bukankah hari ini sepatutnya Emir berehat? Hari ini merupakan hari Ahad.
"Jumpa kawan," jawab Emir dingin. Aralyn menggigit bibir perlahan. Dia fikir ingin meluangkan masa bersama Emir hari ini. Bibir tersenyum kelat.
Tidak mengapa. Mungkin hari ini bukan harinya.
It's okay, Ara. Hatinya berbisik.
Anak mata hitamnya mengekori figura Emir melangkah keluar dari bilik. Pintu yang tertutup itu ditenung lama sebelum dia mengeluh. Sunyi mula menemani.
✧༝┉˚*❋ ❋*˚┉༝✧
Kereta Tesla putih itu berhenti di sebuah taman. Emir keluar dari perut kereta. Suara kanak-kanak riang singgah di koklea pendengaran. Setelah mengunci kereta, anak matanya meliar seiring kedua kaki panjangnya mengatur langkah ke taman itu.
Langkahnya terhenti saat matanya mendarat pada seorang gadis yang duduk di atas bangku. Tudung bawal hitam membalut kemas kepalanya, dipadankan dengan sweatshirt kelabu dan kain labuh berwarna hitam. Kaki gadis itu pula tersarung sneakers putih.
Cantik.
Sebaik sahaja Raysha mengangkat kepala, lamunan Emir mati. Mata mereka bersambung.
"Eh, awak," tegur Raysha bersama senyuman manis. Emir juga senyum.
"Mehlah duduk," Raysha menepuk perlahan ruang kosong di sebelahnya. Emir akur sahaja. Penampilan gadis itu ditilik atas dan bawah.
YOU ARE READING
Regrettable Marriage
Romance╰┈➤ Book 2 Emir Zayn & Aralyn Danielle "I love you, but you're not mine anymore," ✧༝┉˚*❋ ❋*˚┉༝✧ "Aku pesan dekat kau awal-awal, aku kahwin dengan kau sebab mak aku, bukan sebab lain, jadi jangan terlalu berharap yang aku akan cintakan kau. Dan kalau...