RE 3.1 - Babak Seterusnya

6.6K 38 0
                                    

Hujan turun dengan lebatnya pada pagi ini. Di kala ini juga, aku sedang duduk bertinggung di hadapan kubur Nora. Isteri yang telah meninggalkan aku untuk selama-lamanya. Wanita yang selalu mengambil berat pada diriku.

Pada hari ini, genaplah 40 hari pemergian Nora. Aku menunaikan permintaan terakhirnya, iaitu mengebumikannya di tanah perkuburan yang sama dengan bapanya.

Secara kebetulan tanah kubur yang kosong ketika pengebumian Nora, terletak bersebelahan dengan kubur Pak Lang. Sekaligus membuatkan aku teringat kembali kegarangan orang tua itu beserta dengan sifat tamaknya.

Pada akhirnya, tiada satu pun harta pusaka yang pernah direbutkannya dahulu diwarisi kepada anak-anaknya. Yati dan Nora telah pun menyerahkannya pada Pak Long kami sebagai syarat untuk mewalikan pernikahan aku dan Nora.

Perasaanku tenang melihat air hujan menitis membasahi bumi. Tiada perasaan dendam kepada keluarga bapaku yang telah membuangku.

Tiada juga rasa marah kepada Pak Long yang mengambil kesempatan ke atas kami bertiga ketika kami memerlukan bantuannya. Padahal kami merupakan anak saudaranya dan bukanlah orang asing.

Semuanya hanya lumrah manusia biasa. Tiada apa yang patut aku hairankan setelah melalui kehidupan yang kedua.

"Encik Faris, sudah tiba masanya untuk kita bergerak ke Kuala Lumpur," beritahu pemandu yang setia memayungi ketika hujan.

Pemandu yang dihantar oleh Dato' Zakri sendiri bagi memastikan aku tidak terlambat pada hari pertamaku bekerja di dalam syarikatnya.

Dua minggu yang lalu...

"Ini yang saya boleh berikan kepada kamu," ucap Dato' Zakri sambil meletakkan sehelai nota di hadapanku.

Aku meneliti isi nota tersebut, lalu merenung tajam ke arah muka lelaki berusia separuh umur di hadapanku sebelum bertanya, "Dato' dah habis fikir? Betul-betul pasti nak buat macam ni?"

"Apa maksud kamu?" tanyanya kembali.

"Jangan berpura-pura, Dato'...berdasarkan tawaran Dato' dan situasi syarikat, saya boleh agak yang Dato' sebenarnya mahu jadikan saya sebagai kambing hitam," jawabku.

Aku bingkas bangun sambil berkata, "jangan hubungi saya lagi dan good luck nak bayar lima bulan gaji pekerja. Kita tengok apa yang Fatin akan cakap bila dia tengok tawaran ni".

Dato' segera mengejarku dari belakang serta menahan bahuku, "tunggu dulu...ini bukan apa yang saya mahukan. Tetapi idea daripada Tengku Rafizi. Saya dah buntu akal, tak tahu apa yang patut saya buat untuk selamatkan syarikat saya".

"Kalau macam tu, Dato' sepatutnya dengar permintaan saya dan berhenti mengikut idea bodoh daripada Tengku Rafizi".

Hampir tiga jam kemudian, aku akhirnya tiba di pintu hadapan bangunan syarikat Dato' Zakri. Di sinilah babak seterusnya di dalam ceritaku bermula.

"Hai, saya nak ambil ID pekerja," kataku kepada penyambut tetamu.

Wajah wanita itu seakan-akan hairan melihat kehadiranku sebagai pekerja baharu di syarikat itu. Sedangkan dia sendiri pun sudah lima bulan tidak menerima gaji, mungkin juga sama pada bulan yang keenam ini.

"Kenapa company nak hire orang baru?" tanya wanita itu sambil menyerahkan ID pekerja kepadaku.

"Awak jangan resign dulu, segala-galanya akan berubah menjadi lebih baik mulai sekarang," aku memujuknya.

Dua minggu yang lalu, aku telah memberitahu kesemua syarat serta perubahan yang akan aku lakukan di dalam syarikatnya, "syarat pertama, saya akan beli 20% current syer syarikat Dato' dengan harga semasa. Sepatutnya tak susah, kan? Pasti ramai yang nak lepaskan diri daripada terus rugi".

RE: Semula - The Final Chapter [Complete]Where stories live. Discover now