RE 3.15 - Dua Tahun Kemudian

1.9K 25 5
                                    

Dua tahun berlalu dengan begitu pantas. Di sepanjang masa itu aku menumpukan perhatian kepada pasaran dan juga bersenam hampir setiap pagi sekiranya cuaca baik.

Sebelum keluar daripada syarikat Dato’ Zakri, aku telah menjualkan 20% syer kepadanya pada harga semasa. Harga yang jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan harga yang kubeli dahulu.

Biarpun berpeluh-peluh melihat jumlah harga syer yang mahu dibelinya, namun dia tetap akur dan seterusnya menghadiahkan syer tersebut kepada Fatin.

Aku juga pernah mendapat jemputan perkahwinan Fatin dan suaminya melalui e-mel pada tahun lepas, tetapi aku tidak menghadirinya.

Kini aku telah mempunyai duit yang banyak di dalam Malaysia dan juga di Switzerland. Kadangkala aku bertanya, apa lagi yang aku mahukan di dalam kehidupan ini. Kerja apa yang aku pernah lakukan lagi di dalam kehidupan yang lalu?

Tap!

Aku memetik jari sebaik teringat aku pernah bekerja selama beberapa bulan di Klang dahulu. Namun, aku terpaksa berhenti kerja kerana telah diseret oleh Mus dan kawan-kawannya.

Di Klang, aku bekerja di panggung wayang sebagai Pembantu Pengurus Cawangan. Tetapi, Azura tidak begitu menyukainya dan mengaturkan aku untuk bekerja di bawah Dato’ Amri, yang juga merupakan salah seorang VIP yang menjaga segala pelaburan yang dimahukan Azura.

Tidak sukar bagiku untuk mendapatkan jawatan tersebut kerana mereka sememangnya sedang mencari ramai Pengurus dan Pembantu Pengurus bagi menguruskan cawangan-cawangan pawagam yang ada.

Ketika ini, syarikat luar negara baru sahaja mengambil alih syarikat pawagam terkemuka tersebut. Di dalam mereka membuang pekerja lama yang bergaji tinggi, mereka juga mencari pekerja baharu yang mana gajinya jauh lebih rendah.

Tentang gaji, itu tidak menjadi masalah bagiku. Apa yang aku mahukan kini, hanyalah peluang-peluang yang dahulunya terlepas begitu sahaja.

“Saya perkenalkan, Assistant Manager yang baru, Encik Faris,” Pengurus Cawangan memperkenalkan aku kepada kesemua pekerja.

Pengalaman dahulu biarpun ianya sedikit, namun sebenarnya ia banyak membantuku. Tambahan pula, Pengurus Cawangan pada awal-awal lagi sudah memberikan kepercayaan kepadaku untuk membuat temuduga untuk mengambil pekerja baharu.

Ketika ini, tentulah aku memilih yang muda, cantik serta pandai melakukan kerja. Polisi temudugaku itu secara tidak langsung telah mendapat persetujuan daripada Pengurus Cawangan yang sentiasa menunjukkan isyarat ibu jari kepadaku setiap kali menyukai pekerja perempuan yang baru mula bekerja.

Terdapat dua orang penyelia di bawahku, seorang sudah tua tetapi pandai menguruskan pekerja di bawahnya. Manakala, seorang lagi cantik tetapi selalu sahaja mengelak untuk menguruskan wang.

Mungkin juga kerana dia takut kekurangan duit dari yang sepatutnya dan perlu pula menggantikannya. Tambahan lagi, jualan berbentuk tunai biasanya boleh mencecah sehingga ratusan ribu sekiranya mempunyai cerita yang menarik.

Sir, kenapa tersengih-sengih depan PC?” tanya Lydia, penyelia cantik yang aku katakan tadi.

Best tengok sales figures cerita The Dark Knight Rises ni…baru satu cawangan,” aku menjawab soalannya.

“Bukannya duit tu dapat dekat sir pun?” balasnya sambil menonggeng di sebelah kananku.

Dari hari ke hari, semakin geram pula aku hendak memegang punggungnya yang nampak menarik dilapisi seluar slack yang selalu menjadi pilihan seluarnya.

Aku telah melaburkan wang yang banyak di dalam filem tersebut, yang mana mendapat keuntungan ratusan juta. Begitu juga dengan filem Avengers.

“Penatlah sir bila orang ramai…lepas beratur panjang dekat kaunter tiket, kaunter konsesi pula…habis badan bau popcorn,” keluhnya.

RE: Semula - The Final Chapter [Complete]Where stories live. Discover now