RE 3.24 - Tayangan Lewat Malam

1.7K 23 1
                                    

“Untunglah Faris. Hari tu ada awek datang cari awak, kan? Kumar dah cerita semua dekat saya,” tegur Razman sebaik sahaja masuk kerja.

“Awek tu tak ada kawan-kawan atau adik-beradik ke?” tanya Razman di dalam nada perlahan.

Di dalam masa yang sama, aku dapat melihat melalui cermin di belakang Razman, Lydia sedang membuat muka kerana jijik mendengar perbualan di antara aku dan Razman.

Beberapa perubahan berlaku di tempat ini disebabkan ramai pekerja lepasan SPM telah pun menerima tawaran sambung belajar, kami terpaksa mengambil beberapa orang baharu bagi mengisi kekurangan pekerja.

Kali ini, Razman telah ‘adjust’ dua orang pekerja perempuan  untuk dijadikan skandal kami berdua. Dia tidak sabar-sabar mahu menunjukkan mereka berdua kepadaku.

“Tu diorang, Faris. Satu nama Emma, satu lagi Liana,” beritahu Razman sambil menyuapkan popcorn yang baru sahaja siap dimasak.

Antara makanan yang boleh membuatkan aku ketagih, popcorn panas yang baru sahaja siap dimasak. Kesedapannya sungguh berbeza sekali jika dibandingkan dengan yang dijual biasa.

Disebabkan Emma dan Liana sebelum ini bekerja di restoran makanan segera, mereka berdua selalu sahaja tersilap cakap ketika bekerja di kaunter konsesi, “nak makan sini atau take away?”

Ada pelanggan yang keliru dengan pertanyaan itu dan ada juga yang tergelak. Mereka berdua tidak mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri mereka dengan suasana kerja di sini.

Pada hujung bulan, Razman meletakkan aku satu syif dengannya dengan alasan mahu mengajarkan aku bagaimana untuk melakukan pengiraan stok dan juga membuat serta menghantar laporan ke ibu pejabat.

Tetapi, tujuan utama dia meletakkan aku satu syif dengannya adalah untuk ‘double date’ di dalam panggung wayang sebaik sahaja pekerja-pekerja dan pelanggan telah meninggalkan premis.

“Cepatlah sir…dari tadi tengok sir buat kerja je. Boring-lah,” ucap Emma sambil meletakkan kepalanya di atas meja.

Sementara itu, Liana pula bersila di sebelahku melihat aku sedang melakukan pengiraan jumlah jam bekerja bagi kesemua pekerja separuh masa.

Rata-rata pekerja di sini berstatus pekerja separuh masa dan hanya 10 orang sahaja dikira pekerja kontrak yang biasanya akan diperbaharui setiap tahun.

Hanya jawatan pengurus, pembantu pengurus, penyelia dan projectionist sahaja dikira pekerja tetap serta mempunyai penilaian prestasi tahunan.

“Eh, kau duduk elok-eloklah Liana, malulah sir Faris nampak apam kau tu,” tegur Emma.

“Alah, biarlah! Sir Faris bukannya kisah,” balas Liana.

Tengah sedap-sedap tengok dari tadi, tiba-tiba pula Emma pergi tegur. Nasib baik dia tidak mengubah cara duduknya selepas ditegur Emma. Liana mengubah cara duduk dengan meletakkan kedua-dua kakinya di atas kerusi.

Sementara menunggu aku dan Razman, mereka berdua telah menukar pakaian masing-masing di dalam bilik stor kerana tidak suka pakaian mereka tadi telah berbau popcorn.

Aku mengambil kesempatan dengan berlakon mahu memeriksa stok di dalam bilik stor tersebut ketika mereka sudah pun menanggalkan pakaian. Emma nampaknya malu-malu, berbeza dengan Liana dengan bersahaja dapat mendekatiku dengan hanya berpakaian dalam sahaja.

Selesai menghantar laporan ke ibu pejabat, Razman meminta aku membawa mereka berdua ke bilik wayang nombor satu. Sementara dia pula memasang filem di dalam bilik projectionist.

RE: Semula - The Final Chapter [Complete]Where stories live. Discover now