RE 3.2 - Tebusan Bahagian 1

3.4K 29 0
                                    

“Apa macam, kawan? Kamu okey ke?” tanya Steven sambil memegang bahu kananku. 

Aku hanya tersenyum sahaja dengan tidak membalas apa-apa. Dia mungkin hairan mengapa aku datang ke kelab malamnya. Sedangkan aku sendiri pun tidak berapa suka dengan tempat sebegini.

Mungkin aku terasa sunyi sebaik pulang ke rumah, melihat gambar kahwin aku dan Nora yang masih tergantung pada dinding bilik tidur.

I think he will like those girls,” ucap Jocelyn di telinga Steven.

What girls?” tanyaku ingin tahu.

Steven mengeluh sambil menggaru-garu belakang kepalanya sebelum memberitahu, “earlier tonight, ada tiga orang perempuan buat kecoh dekat sini…bergaduhlah, senang cakap”.

Apabila aku mendengar Steven berkata buat kecoh, aku menyangkakan ianya Azura dan Zam lagi. Tetapi sebaik mendengar apa yang dikatakannya tadi, dia ada mengatakan tiga orang perempuan.

Segera aku bertanya, “diorang bergaduh pasal apa? Berebut lelaki?”

Steven menggoyangkan telapak tangannya bagi menjawab “tidak” bagi soalanku tadi sambil meneguk secawan scotch di tangan yang satu lagi.

Kemudian, barulah dia menjawab, “sorang daripada tiga orang tu, jadi ketua rumah. Diorang kawan baik dari sekolah menengah lagi”.

“Lepas dah kutip duit sewa dari dua orang lagi, dia tak pergi bayar dekat tuan rumah. Dia pergi beli barang-barang branded. Apa lagi? Tuan rumah datanglah, habis pecah rahsia. Sudah kantoi, pinjam duit sama saya punya budak mau kasi settle sewa rumah,” cerita Steven dengan panjang lebar.

“Sekarang tak ada duit nak bayar kau punya budak?” aku meneka.

“Ya, betul…interest naik, duit tak ada nak bayar. Tapi, masih berani datang lepak ini kelab malam. Itulah sebab, dia punya dua orang kawan datang serang,” sambungnya lagi.

Aku bersandar ke belakang sambil kedua-dua telapak tanganku menyokong belakang kepalaku.

Lalu aku berkata, “too complicated for me-lah, bro. I don’t do complicated girls”.

Jocelyn tiba-tiba bersuara, “samalah apa lǎo gōng cakap…buat sakit kepala sahaja. Tapi, itu tiga perempuan asal dari kita punya pekan”.

“Hah? Dari kita punya pekan?” tanyaku terkejut.

Steven menganggukkan kepala serta menghabiskan baki scotch di cawannya sebelum mengajak aku mengikut di belakangnya bagi melihat ketiga-tiga perempuan yang diceritakannya tadi.

Mereka berdua meletakkan ketiga-tiga gadis itu di stor bawah tanah. Ketika berada di tingkat bawah tanah, aku dapat merasakan udara di sini seperti berat serta agak menyesakkan.

Mungkin kerana pengudaraan yang kurang baik. Mungkin juga sengaja dibuat bagi memberikan tekanan kepada sesiapa yang ditahan di dalam bilik stor tersebut.

“Sudah macam interogation room saja? Ramai ke pernah pergi bawah sini?” tanyaku ingin tahu.

“Macam-macam orang datang kita punya club. Ada yang nak push dia punya ‘barang’, nak dekat dengan kita punya VIP dan VVIP, ada yang cuba sabotaj…semua kita bawa pergi bawah ni untuk bincang sikit,” terang Jocelyn sambil menghela asap rokok.

‘Bincang?’ tanyaku di dalam hati.

KCHAK! GRUNNGGG!!

Bunyi dari pintu besi yang tebal itu sahaja sudah cukup menggerunkan sesiapa yang mendengarkannya. Apa lagi dengan suasana di dalam bilik stor tersebut. Kosong tiada apa-apa dan hanya terdapat satu mentol lampu sahaja di tengah-tengah.

RE: Semula - The Final Chapter [Complete]Where stories live. Discover now