RE 3.28 - Kembali ke Sekolah Bahagian 1

1.4K 18 1
                                    

“Eh, kenapa korang pakai baju sekolah?” tanyaku hairan ketika melangkahkan kaki pulang ke rumah.

“Kantoi pulak…hihi,” ucap Pet.

Dia memakai baju pinafore biru muda, manakala Zati pula memakai baju kurung sekolah menengah. Tidak tahu apa yang dibuat mereka berdua berpakaian sekolah di ruang tamu.

Zati pula berkata, “jangan salah faham, Faris kena bersangka baik dulu”.

Aku mengerutkan dahi berfikir, ‘macam mana aku nak bersangka baik? Dua perempuan umur dah dua puluh lebih tapi pakai baju sekolah?’

“Tak mungkin korang buat modelling pakai baju sekolah,” aku meneka.

“Eh, kenapa pulak tak mungkin? Sebab kitorang ni badan kerempeng dan pendek?” balas Pet meninggikan suara.

Dengan bersahaja aku menjawab, “ya, betul”.

Mereka berdua menjerit, “kurang asaaammm!!!” sebelum melompat ke arahku dan mula membelasah belakang badanku.

Disebabkan ruang tamu rumah kami kosong sahaja, mereka berdua masuk melepak di dalam bilikku tanpa dipelawa.

“Eh, kat bilik kau tak ada ke biskut-biskut?” tanya Pet duduk bersandar pada dinding dengan sebelah kakinya dilipat.

Seluar dalam berwarna putihnya yang mempunyai gambar  arnab terdedah tanpa dia merasa malu untuk menutupnya. Mereka berdua juga tidak kisah aku menyalin pakaian di hadapan mereka.

“Apa minta biskut kat bilik aku? Ambillah biskut kat bilik kau bawak sini,” aku berkata kepadanya.

“Bilik aku pun tak ada biskut,” kata Pet tersengih-sengih.

Lalu aku mengambil beberapa bungkus keropok di sebalik beg baju dan seterusnya melambungkan keropok itu kepada Pet dan Zati. Keropok tersebut merupakan lebihan selepas pengiraan stok.

Agak pelik selepas membuat pengiraan stok, terlalu banyak yang berlebihan. Mungkin ada di kalangan staf yang tersilap caj pelanggan ketika bekerja di kaunter konsesi.

Kemudian, aku mengeluarkan container bersaiz kecil dan membukanya di hadapan mereka berdua.

“Wah, popcorn!” ucap Zati teruja sebelum mengambilnya dengan tangan.

Best-lah lepak bilik kau…macam-macam makanan kau bawak balik,” kata Pet pula sambil mengunyah popcorn.

“Dah…jangan banyak bunyi. Sekarang cerita, kenapa korang pakai baju sekolah?” tanyaku bersandar pada dinding setelah melabuhkan punggung di atas tilam.

Cerita mereka berdua bermula pada hujung minggu lepas. Mereka berdua ke jamuan hari raya yang disekalikan dengan reunion rakan sekelas dahulu.

“Kejap, korang berdua bukan ke sekolah lain-lain?” tanyaku hairan.

“Memanglah…tapi, aku boleh je temankan Zati, kan? Ada makan free pula tu,” jawab Pet menolak kakiku menggunakan tapak kakinya.

Ketika di dalam majlis tersebut, muncul seorang lelaki bersama dua orang kawannya secara tiba-tiba berkata kepada Zati, “eh, keciknya kau…”

Di dalam masa yang sama, mata mereka bertiga merenung ke arah buah dada Zati yang dilapisi tube berwarna biru gelap di dalam baju kebaya yang dipakainya.

“Korang punya pun masih kecik lagi, kan?” celah Pet bagi membalas apa yang dikatakan lelaki-lelaki itu kepada kawan baiknya.

Lalu, salah seorang daripada mereka bertanya, “eh, dia ni ada dalam kelas kita ke dulu? Aku tak boleh nak cam”.

RE: Semula - The Final Chapter [Complete]Where stories live. Discover now