RE 3.43 - Perbicaraan

1.3K 19 0
                                    

Aku mula memikirkan tentang mereka yang memusuhiku. Azura dan Hakim masih di dalam penjara. Manakala, Zam pula sudah meninggal dunia. Atau sebenarnya ada suami-suami yang tahu aku pernah melakukan seks dengan isteri mereka?

Lebih menghairankan aku, mereka tidak membenarkan aku menghubungi Izzani, iaitu peguam peribadiku. Apa yang dimahukan mereka hanya pengakuanku sahaja.

Ketika aku hampir-hampir mahu terlelap, aku teringat kembali kata-kata terakhir Nora kepadaku.

“Faris, nanti saya dah tak ada…awak kena jaga diri. Saya dah tak dapat nak jaga awak…” ucap Nora dengan mengalirkan air matanya.

Aku tidak mampu berkata apa-apa. Hanya tunduk mencium tangannya yang memegang kemas tanganku.

Sambil sebelah lagi tangannya membelai rambutku, dia berkata, “cari kebahagiaan awak, Faris…saya mahu awak bahagia dan ada ramai anak. Saya tak mampu nak berikan semua tu kepada awak…”

Tanganku mengesat air matanya. Belum sempat aku memujuknya, dia telah menghalangku dan meminta aku mendengar serta bersetuju sahaja.

Last…kalau ada siapa-siapa berani nak buli suami saya ni, pastikan awak ajar diorang cukup-cukup,” katanya lagi sambil menggenggam kuat tanganku.

Sekaligus air mataku mengalir keluar sebaik teringat kembali apa yang pernah dikatakan Nora kepadaku.

Kchak! Kraangg!!

Pintu jeriji besi tiba-tiba dibuka, seorang lelaki berbadan besar berketurunan Singh dimasukkan ke dalam bilik tahanan yang sama denganku.

Melihat mukanya tersengih-sengih memandangku, aku mengerti apa yang sedang berlaku. Dahulu aku pernah mendengar tentang polis membawa masuk lelaki bernafsu songsang untuk memberikan pengajaran kepada perogol. Sekaligus memberikan mereka pengalaman bagaimana rasanya dirogol.

“Buat sampai dia mengaku,” arah anggota polis tersebut sebelum meninggalkan kami berdua di dalam lokap.

“Mari sini…saya buat lembut saja,” kata lelaki berbadan besar itu menghampiri aku. Di tangannya terdapat sedikit mentega untuk dibuat pelincir.

Di dalam masa yang sama, aku mula melonggarkan sendi-sendi badanku. Sudah agak lama stress terkumpul di dalam diriku, sejak daripada kematian Nora dan juga kejadian di mana aku ditembak.

Inilah masanya untuk aku melepaskan bengang pada “punching bag” di hadapanku. Tanpa memberi peluang, aku terus sahaja menghayunkan pukulan demi pukulan tanpa belas kasihan.

Mereka tidak mengesyaki apa-apa mendengar jeritan meminta tolong yang datangnya daripada lelaki berbadan besar itu. Mereka memekakkan telinga kerana menganggap ianya suaraku.

Tanganku menarik kuat kain yang membalut kepala lelaki tersebut, lalu meregangkannya pada jeriji besi sebelum menjerut kain tersebut pada lehernya.

Satu perkara yang aku pernah dengar di dalam kehidupan yang lalu, satu balai polis akan mempunyai masalah besar sekiranya ada yang mati di dalam lokap tahanan.

“Haahhh…” aku mengeluh kepenatan.

Sambil bersandar di tempat duduk, mataku melihat lelaki berbadan besar itu terkapai-kapai cuba melepaskan dirinya daripada kain balutan kepala yang telah menjerut lehernya serta menggantung badannya.

Disebabkan badannya yang besar dan tinggi, jarak hujung kakinya dan lantai hanya ada beberapa inci sahaja. Tetapi, itu sudah cukup untuk membuatkan dia mati di dalam keadaan tergantung.

“Woi, apa kau buat ni?! Koperal, bawa kunci cepat!” jerit salah anggota polis.

Bibirku tersenyum melihat mereka kelam-kabut cuba menyelamatkan lelaki berbadan besar tadi. Pasti mereka sukar melaporkan mengapa lelaki tersebut boleh berada di dalam lokap ini sekiranya lelaki itu mati di sini.

RE: Semula - The Final Chapter [Complete]Where stories live. Discover now