RE 3.44 - Finale Bahagian 1

1.6K 17 3
                                    

Tengku Rafizi terkejut bagaimana Danny, bersama beberapa orang bawahannya boleh lepas masuk ke dalam kawasan pagar rumahnya.

“Saya beri awak dua pilihan, cara susah atau cara yang lebih susah?” Danny memberikan pilihan.

Melihat dia sudah tidak boleh melarikan diri lagi, Tengku Rafizi terus melutut dan merayu supaya dilepaskan.

Danny terus mengeluh sambil orang-orang bawahannya tergelak besar serta menolak badan Tengku Rafizi menggunakan tapak kasut mereka.

Dia kemudiannya berkata, “saya fikir kamu akan lari, jadi saya ada peluang mahu patahkan kaki kamu”.

Cukup dengan memberikan isyarat tangan, orang-orang bawahan Danny terus sahaja membelasah Tengku Rafizi sebelum menyimpan badannya ke dalam bonet kereta.

Seminggu kemudian, Steven menjemputku ke bilik kurungan bawah tanah bagi melihat keadaan Tengku Rafizi yang tinggal di dalam bilik tanpa ada sebarang sumber cahaya serta bunyi.

Apa yang didengarinya seminggu ini hanyalah bunyi dulang makanan dimasukkan ke bilik tersebut.

“Kau nak simpan dia sampai bila?” aku bertanya kepada Steven.

“Sampai minggu depan saja. Ada Dato’ mahu beli…dia kata dia mahu anjing jantan pula sekarang,” cerita Steven sambil mengajakku keluar dari bilik tersebut.

Dengan tertutupnya pintu besi yang mengurung Tengku Rafizi, itulah kali terakhir aku melihatnya dan aku tidak mahu mengetahui apa yang terjadi kepadanya selepas dari itu. Aku juga tidak mahu mendengar penjelasan mengapa dia melakukannya.

“Kawan, betul ke kamu mahu cuci tangan?” tanya Steven.

“Betullah…saya rasa sudah cukup dah. Ingat nak settle down,” aku menjawab pertanyaannya.

Dia bertanya lagi, “dengan amoi yang tampar kamu dekat mahkamah tu ke?”

Aku tersenyum dan menggelengkan kepala. Sukar untuk aku menerima Yani kembali biarpun dia telah meminta maaf kepadaku menggunakan nombor telefon ibunya. Nombor telefonnya telah disekat daripada menghubungiku.

“Macam mana saya nak untung lagi lepas ni?” kata Steven bergurau denganku.

Aku hanya tersenyum dan memberi tips kepadanya untuk membuat pelaburan di dalam syarikat berkaitan dengan perubatan. Biarpun masanya boleh dikatakan agak lama lagi.

Keesokan harinya, aku datang menjemput Fatin di tempat kerja. Dia tersenyum mencekak pinggang melihat keretaku telah menunggunya di hadapan pintu masuk utama.

“AJ…AJ…” keluhnya sebaik masuk ke dalam kereta.

Sepatutnya dia keluar makan tengah hari bersama dengan AJ seperti kebiasaannya. Tetapi sebaik sahaja dia melihatku, dia terus sahaja tahu yang AJ telah mengenakannya.

Ketika sedang makan tengah hari, barulah dia menceritakan hal yang sebenarnya. Itu pun setelah aku mengugutnya sama ada dia mahu menceritakannya sendiri ataupun aku mengetahui melalui AJ.

Perkahwinannya dahulu tidak bertahan lama. Bekas suaminya merasa jijik untuk menyentuhnya, sehinggakan mereka tidak pernah tidur bersama.

Aku bertanya, “kau tak explain dekat dia benda sebenarnya?”

Dia menjawab, “aku dah cuba. Aku siap tunjuk surat pengesahan daripada doktor yang memeriksa, aku ni dara lagi…”

“Tapi, dia tak percaya…dia lagi percaya cerita tunang tak jadi aku tu…” sambung cerita Fatin.

“Macamlah dia tu suci sangat,” aku menyokongnya.

“Kan? Kau pun faham…” ucap Fatin teruja aku menyokongnya.

RE: Semula - The Final Chapter [Complete]Where stories live. Discover now