RE 3.20 - Tindik dan Tatu

2K 25 3
                                    

Mata lelaki di hadapannya terus sahaja terbeliak dan lidahnya tergagap-gagap berkata, “errr…err…dear guest…err…”

Bukan sahaja mata Zati masih belum dibukakan sepenuhnya, malah sebelah kakinya juga masih berada di alam mimpi lagi. Jadi dia tidak sedar yang lelaki di hadapannya itu boleh melihat buah dadanya yang terdedah.

Yes, what do you want to say?” tanya Zati sambil menggaru kepalanya.

Setelah bersusah payah, akhirnya Pekerja motel itu berjaya juga memberitahu kepada Zati yang mereka ada menyediakan perkhidmatan dobi dan pengeringan pakaian di dalam keadaan tergagap-gagap teruk.

It’s ok…we’re fine…” beritahu Zati menguap sebelum menutup kembali pintu.

Dia dapat mendengar lelaki itu mengucapkan terima kasih di dalam bahasa Thailand kepadanya dengan suara yang lantang serta kuat ketika pintu hampir ditutup.

Seterusnya Zati menghempaskan hadapan badannya di atas tilam sambil mengeluh, “mengantuknya…ni silap-silap dua hari pun tak hilang penat lagi ni…”

Pet ketika ini baru sahaja terjaga sebaik mendengar suara pekerja motel mengucapkan terima kasih dengan kuat kepada Zati tadi.

“Dia nak apa?” tanya Pet.

“Nak bagitau servis basuh dan keringkan baju lepas Songkran…” jawab Zati.

“Hah? Habis tu? Kau bukak macam ni je? Pakai spender, lain-lain tak pakai?” tanya Pet lagi sambil menepuk punggung Zati.

Suasana di dalam bilik menjadi sunyi seketika sebelum mendengar Zati berkata, “oh, fuck!”

Pada sebelah malamnya barulah mereka berdua keluar untuk mencari apa-apa cenderahati untuk dibawa balik sebagai kenang-kenangan.

Sambil melihat ke kiri dan ke kanan, Zati berkata, “tak ada apa-apa yang menarik…”

Pet pula berkata, “semua pun biasa-biasa…eh, tu bukan mamat yang dua hari perang air dengan kita tu ke?”

Lelaki itu memanggil mereka, “welcome…welcome…please come in”.

“Kedai apa ni? Tattoo parlor? Kau bolehlah…kalau aku, susah nak jawab dengan cucu aku bila dah tua nanti. Hahaha,” ucap Zati.

“Jauh gila kau fikir…eh, kalau aku ambil tatu, kau boleh ambil tindik,” cadang Pet.

Zati terus berkata, “gila! Sakit, kan? Aku kat Malaysia pun tak buat tindik telinga…tiba-tiba kat sini pula”.

Pekerja lelaki di kedai itu cuba memujuk Zati dengan mencadangkan dia membuat tindik pada kulit di atas biji kelentitnya atau disebut dengan nama clitorial hood.

Zati membuat muka ngeri sambil mengepit kakinya, “euuu…why kat situ?”

Dia hanya mendengar Pet tergelak besar sebaik sahaja mendengar cadangan Pekerja lelaki tadi. Bertambah kuat lagi tawanya apabila melihat reaksi Zati yang menggelikan hatinya.

Manakala Pekerja lelaki tadi pula masih cuba memujuk Zati dengan mengatakan dia akan merasa sedap sekiranya melakukan tindik di kawasan situ.

“Mana sedapnya?! Sakitlah!” marah Zati.

Come on, babe…kau try-lah,” pujuk Pet pula.

“Gila aaah…tak pasal-pasal pulak,” ucap Zati.

Sekali lagi Pet cuba memujuknya, “bolehlah…kau buat tu, aku ambil tatu”.

Zati membalas dengan bertanya, “tatu kat pepek kau?”

RE: Semula - The Final Chapter [Complete]Where stories live. Discover now