RE 3.42 - Majlis Perkahwinan

1.5K 17 0
                                    

Aku benar-benar tidak menyangka yang aku akan berada di dalam majlis perkahwinan ini. Melihat adikku, Aira memakai busana pengantin, berjalan berpimpin tangan bersama suaminya.

Di dalam masa yang sama di sebelah kiriku pula, Marissa sedang memeluk lenganku. Di dalam masa yang sama, sebelah lagi tangannya sedang menghalang air matanya daripada mengalir dan seterusnya merosakkan maskara yang dipakainya.

Bagaimanakah aku boleh berada di sini?

Dua hari yang lalu, aku merasakan sudah tiba masa untuk aku berhenti daripada melarikan diri dari realiti. Lalu aku membuat keputusan untuk kembali ke rumah di mana aku pernah tinggal bersama dengan Nora dahulu.

Sedar tidak sedar, sudah lebih lima tahun aku meninggalkan rumah ini. Ianya sudah agak berhabuk serta bersawang.

Aku agak terkejut melihat terdapat beberapa sampul yang dimasukkan melalui bawah pintu rumah. Rata-ratanya merupakan kad jemputan kahwin daripada AJ, Sofea, Az, Yana dan Nisa.

Tiada satu pun yang dapat aku pergi, kerana kesemua majlis perkahwinan tersebut telah pun berlangsung beberapa tahun yang lalu.

Tuk! Tuk!

Aku terus membuka pintu berkata, "oh...Yati, Izzani. Buat apa..."

Belum sempat aku menghabiskan perkataan, Yati telah menolak dadaku sambil kakinya melangkah masuk ke dalam rumah. Dia tidak berkata apa-apa, tetapi matanya melilau melihat keadaan rumah.

"Dah, jangan cakap banyak. Jom ikut aku," katanya tiba-tiba.

"Hah? Pergi mana?" tanyaku kehairanan.

"Pergi wedding adik kaulah," satu lagi suara muncul masuk ke dalam rumah.

Suara itu datangnya daripada Erin yang tersenyum bersandar pada dinding sebaik masuk ke dalam rumah.

"Aku tak rasa nak pergi wedding tu..." namun kata-kataku telah disekat Yati, "aku gunakan kuasa veto aku sebagai kakak ipar kau. Jom, ikut cepat".

"Kuasa veto lagi? Kakak ipar mana ada kuasa veto?" tanyaku tidak berpuas hati.

"Jap Kak Yati... bagi aku pujuk Faris kejap," kata Erin memeluk bahuku.

Di dalam masa yang sama, Izzani pula duduk di kerusi meja makan dengan berkata, "baik kau ikut je, Faris...hahaha".

Erin membawaku ke luar rumah sebelum memberitahu, "abah kau kena strok".

Aku mengeluh bersandar pada dinding koridor dan berkata, "itu bukan masalah aku. Kau sendiri pun faham, kan? Apa yang dia pernah buat dekat kau lagi teruk daripada apa yang dia buat dekat aku".

Erin hairan bertanya, "apa yang dia pernah buat dekat aku? Mana kau..."

Belum sempat Erin menghabiskan kata-katanya, aku terlebih dahulu memintas, "lagipun, dia nak ke aku ada dekat wedding tu nanti? Dia sendiri juga yang buang aku".

'Shit...nyaris kantoi. Dalam life kali ni dia tak pernah cerita apa yang bapa aku buat dekat dia,' kataku di dalam hati.

"Bapa kau dah banyak berubah...dia dah minta maaf dekat aku. Walaupun, itu tidak boleh memadamkan apa yang dia dah buat dekat aku...tapi..." kata-kata Erin terhenti.

Tangannya mula mengesat air mata yang mengalir deras di pipi.

'Ni yang lemah ni...' kataku di dalam hati.

Wanita dan air mata. Biarpun tidak bersalah, tetapi secara tidak langsung akan rasa bersalah juga.

"Yelah, aku pergi," kataku ringkas memandang ke tempat lain.

RE: Semula - The Final Chapter [Complete]Where stories live. Discover now