RE 3.29 - Kembali ke Sekolah Bahagian 2

1.2K 17 1
                                    

Pet membuat muka mendengar mereka bertiga tergelak besar.

Lalu Pet bertanya, "kau dah kenapa? Handsome sangat ke? Sampai semua yang cantik nak couple dengan kau? Ke bapak kau loaded?"

"Adoi, dia main bapak pulak..." kata salah seorang kawan kepada lelaki tadi.

Lantas pelajar lelaki tadi membalas, "amboi, mulut...ni dah berapa batang lepas masuk ni? Hahaha".

Gelak ketawa mereka bertiga terhenti sebaik mendengar Pet membalas, "kau kisah apa? Bukannya batang bapak kau pun?"

Kali ini, lelaki tadi terus hilang sabar lalu merentap ekor rambut yang terikat kemas di belakang kepala Pet.

"Perempuan, kau ni..." belum sempat lelaki itu menghabiskan kata-katanya, tiba-tiba dia terasa senak.

Tangannya segera melepaskan rambut Pet dan memegang tangan gadis itu yang sedang memicit telurnya. Tanpa belas kasihan, Pet menambahkan kekuatan genggamannya.

"Auuhhh...senak! Senak!" jerit lelaki itu.

Manakala kedua-dua kawannya pula kelam-kabut melihat di sekeliling bagaikan cuba meminta tolong. Mereka cuba menolong kawan mereka, tetapi risau Pet akan menambah kekuatan genggamannya sebaik mereka cuba mendekatinya.

"Datanglah...korang dekat je, terus mandul kawan korang ni," beritahu Pet dengan bersahaja.

"Arrgghhh...jangan! Saya nak guna lama saya punya ni..." rayu lelaki itu.

"Sekarang, apa yang patut kau cakap dekat kitorang?" tanya Pet.

"Auh...auh...saya minta maaf!" ucap lelaki itu menahan sakit.

Pet bertanya lagi, "lagi?"

Suara lelaki itu bertambah nyaring sebaik merasakan Pet menolak telur di dalam genggamannya itu ke atas.

Lalu pelajar lelaki itu berkata, "saya tak handsome...bapa saya pun tak loaded!"

Sebaik Pet melepaskan telur lelaki itu, dua orang kawannya terus menghampirinya serta memimpin dia pergi meninggalkan Zati dan juga Pet.

"Eh, jomlah kita blah dari sini," ajak Zati.

"Relakslah...tadi tu biasa je, kot?" balas Pet.

"Biasa kau cakap? Tak tengok ke pandangan mata diorang tadi?" kata Zati risau.

Pet tidak mengendahkan pelawaan Zati, "dahlah. Kau jangan risau. Jom kita pergi toilet, aku nak basuh tangan aku yang dah ternoda ni".

Zati tergelak kecil berkata, "bukan dah memang biasa ternoda ke? Hihihi".

Kawannya membalas, "jangan nak hihihi sangat. Kau pun sama!"

Ketika di dalam tandas, terdapat beberapa orang pelajar perempuan sedang menukar pakaian untuk kokurikulum petang nanti.

Oleh kerana latar belakang nama yang dijahitkan pada pakaian sekolah mereka berdua berwarna kuning, pelajar-pelajar itu menyangka mereka kakak senior mereka.

Salah seorang daripada mereka menegur Zati, "kak, beraninya. Tak ada siapa berani buat macam tu dekat boyfriend Kayla".

Pet dengan bersahaja membalas sambil mencuci tangannya, "sebab tak ada orang buatlah, kita kena buat. Kalau tak, orang pijak-pijak je kepala kita nanti".

Kawan kepada gadis tadi pula bertanya, "tak geli ke pegang dia punya...?"

"Punya apa? Kote dia? Hahaha. Tu pun nasib baik dia pakai seluar lagi, dik," jawab Pet tergelak-gelak.

RE: Semula - The Final Chapter [Complete]Where stories live. Discover now