RE 3.17 - Double Date Bahagian 1

2K 24 1
                                    

“Apa yang awak dah buat dengan Lydia? Sampai tak nak satu syif dengan awak,” tanya Razman ketika kami berdua melepak di coffee shop.

“Manalah saya tahu…dia yang pelik-pelik, entah bila buat kerjanya. Kejap-kejap bercakap dalam telefon bergaduh dengan tunang. Handle cash pun tak nak,” terangku di dalam nada yang tegas.

“Pelik-peliklah Lydia ni…saya ingatkan bila letak satu syif dengan awak, saya tak payah dah nak menghadap perangai pelik dia,” rungut Razman sambil matanya memandang ke arah pembantu pengurus coffee shop tersebut.

Dia memanggil program kami melepak di sini dengan nama ‘sesi mencuci mata’. Razman sentiasa tahu di mana lokasi gadis-gadis yang cantik di dalam pusat membeli-belah ini.

Ketika tinggal di bandar Klang di dalam kehidupan yang lalu, aku merasa pelik. Kerana hampir pasti kesemua orang yang aku kenal di sini mempunyai skandalnya masing-masing. Tanpa mengira lelaki atau perempuan.

Razman menyatakan tujuannya yang sebenar kepadaku, “awak tahu tak pekerja makanan ringan depan cinema kita?”

“Err…ada nampak. Kenapa sir?” tanyaku kembali.

“Saya ada ajak dia pergi keluar date, tapi dia nak kembar dia ikut teman sama. Saya keluar dengan adik dia, awak keluar dengan kakak dia,” terang Razman.

Pada awalnya hatiku bertanya, ‘eh, kenapa aku yang kena ambil kakak? Sedangkan kau lagi tua?’

Kemudian, aku baru tersedar. Mereka adik-beradik kembar, paling-paling pun tua lima minit sahaja daripada adiknya. Muka pun lebih kurang sama.

“Kembar seiras, kan? Sir jangan sabotaj saya. Tiba-tiba kembar laki-perempuan nanti, memang saya telefon isteri sir,” kataku tegas.

Razman tergelak serta memberikan jaminan yang dia pernah melihat kedua beradik tersebut di dalam satu masa. Seorang bekerja di kedai makanan ringan di hadapan pawagam. Manakala seorang lagi bekerja di kedai air boba yang tidak berjenama.

Pada hari itu, Razman perlu ke tempat kerja dahulu untuk membuka pintu dan menyerahkan wang kepada Lydia. Dia juga 'punch in' dahulu dengan menelefon isterinya menggunakan telefon pejabat.

Razman menipu isterinya dengan mengatakan dia bekerja pada hari ini. Syif petang nanti akan diuruskan oleh Pembantu Pengurus Cawangan yang baru sahaja masuk minggu lepas.

Oleh kerana kami berdua mengambil cuti pada hari biasa, Razman tidak begitu risau meninggalkan penyelia dan pembantu pengurus yang baru bekerja sendirian.

“Banyak betul hal kawan awak ni, ya?” kata adik kembar bernama Ratna.

Dia duduk di kerusi bersebelahan dengan pemandu. Manakala, kakaknya, Rania pula duduk bersebelahan denganku di tempat duduk belakang. Kami bertiga menunggu Razman di dalam kereta miliknya.

Daripada nama mereka berdua, tahulah aku yang mereka sebenarnya bukanlah orang tempatan.

“Biasalah…Pengurus Cawangan,” kataku cuba membela Razman.

Rania tersenyum sinis mendengar jawapanku dan berkata, “macamlah kami tak tahu yang kawan awak tu dah kahwin”.

Adiknya bertanya, “awak pula? Sudah kahwin ke belum?”

“Saya duda,” jawabku ringkas.

“Oh, sudah punya pengalaman…” ucap Rania sambil memegang pahaku.

“Iya ke duda? Takkanlah muda lagi sudah jadi duda?” tanya Ratna bagaikan tidak percaya dengan jawapanku tadi.

Raut wajah Rania nampak lebih matang sedikit jika dibandingkan dengan wajah adiknya. Tetapi tidak dinafikan, rupa adiknya lebih comel. Patutlah Razman memilih adik berbanding kakak.

RE: Semula - The Final Chapter [Complete]Where stories live. Discover now