RE 3.21 - Marissa

1.7K 22 1
                                    

“Ehem…jumpa pun dia. Punya jauh tercampak dekat sini,” seorang gadis tiba-tiba sahaja menegurku sewaktu aku sedang menolong staf menukar poster filem yang bakal ditayangkan.

“Eh, Marissa? Buat apa kat sini?” tanyaku terkejut.

Sir, siapa tu sir? Girlfriend sir ke?” staf di sebelahku.

Mungkin dia hairan melihat gadis itu dengan tiba-tiba memeluk lengan kananku serta meletakkan sebelah mukanya pada bahuku.

Tanpa menjawab soalannya, aku terus berkata, “Kumar, nanti bagitau dekat sir Razman, saya keluar rehat dulu”.

Dia tidak berpuas hati, berkali-kali memanggilku bagi bertanyakan siapakah gadis yang dilihat begitu mesra denganku.

Aku cuba mengelak coffee shop di mana aku dan Razman biasa menghabiskan masa mencuci mata. Tetapi Marissa beriya-iya menarik tanganku sehingga aku terpaksa masuk bersama dengannya.

Oleh kerana aku dan Razman sudah biasa mengayat pembantu pengurus di coffee shop ini, gadis itu membuat muka dari bahagian dapur serta memberikan pandangan mata seolah-olah berkata, “dasar buaya” kepadaku.

“Macam mana boleh sampai dekat sini?” tanyaku kepada Marissa.

“Oh, babah tukar kerja kat area sini. Tulah teringat kat awak…kata nak pindah kat Klang, tinggalkan kita…” ceritanya.

Kami berbual mesra sambil dia meletakkan kepalanya di atas meja. Matanya bersinar memandang kepadaku. Rambutnya bersinar berwarna hitam serta beralun. Mempunyai tahi lalat di bawah matanya. Sementara bibirnya mekar bak delima.

Tetapi, bagaimanakah aku boleh berjumpa dengan gadis cantik serta manja ini?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Tetapi, bagaimanakah aku boleh berjumpa dengan gadis cantik serta manja ini?

Segala-galanya bermula pada tahun lepas, ketika aku masih lagi menghilangkan diri buat sementara waktu. Keputusan ini aku lakukan bukan sahaja bagi melindungi diri sendiri, malah mereka yang terdekat denganku.

“Ermhhhh…boring-lah pulak duduk rumah. Movie pun banyak yang dah habis tengok,” kataku sendirian sambil menggeliat meluruskan badan.

Setelah agak lama termenung melihat jam, aku membuat keputusan untuk keluar membeli makan tengah hari. Biasanya aku akan membeli makanan di medan selera yang terletak tidak jauh dari apartment sewa.

Sedang aku melintasi kawasan rumah flat, inilah pertemuan pertama aku dan Marissa. Ketika itu dia sedang diganggu oleh tiga orang lelaki mabuk.

“Gila apa mabuk tengah-tengah hari buta ni?” kataku sendirian sebelum berjalan mendekati mereka.

Kedua-dua tangan Marissa memeluk kuat beg sandangnya bagi melindungi anggota sulit bahagian depan badannya daripada diraba ketiga-tiga lelaki itu.

Namun, itu tidak menghalang mereka dari meraba punggungnya serta mengusap belakang badannya sambil memujuk, “adik cantik, kasi raba sikitlah…sikit saja”.

RE: Semula - The Final Chapter [Complete]Where stories live. Discover now