" Ini Encik Razali ke? Saya Sakinah dari Jabatan Kewangan,saya dimaklumkan Encik baru lapur diri hari ini dan masih mencari bilik atau rumah sewa ye? Tanya Sakinah sambil memperkenalkan diri .Itu hari pertama Razali ( Zali) melapur diri sebagai Jurutera di Jabatan Kilang dan Jentera di daerah itu yang merupakan pertukaran bagi mengisi kekosongan jawatan." Kalau Encik mahu,saya ada bilik kosong di rumah ayah saya ,tak jauh lah dari sini,kalau Encik nak tenguk nanti lunch time boleh kita pergi"ujar Sakinah.Bagi Zali ini langkah kanan dan rezeki bagi nya kerana bandar lama seperti Daerah R memang sukar mencari rumah atau bilik sewa kerana tidak banyak projek perumahan baru yang di buat.
Dalam perjalanan ke rumah yang mahu dilihat, Sakinah sempat memberitahu bahawa Zali adalah orang yang ketiga yang cuba untuk menyewa sebelum ini tetapi semua nya di tolak oleh ayah nya tanpa sebab yang khusus. Menurut Sakinah,ayahnya memang tidak bercadang untuk menyewakan bilik di rumahnya itu namun desakan dari isterinya Mak Leha dan anak anak nya yang menyatakan duit sewa bilik itu boleh menjadi pendapatan tambahan untuk menampung keperluan rawatan dan perubatan ayahnya, membuatkan ayah nya Pak Malik akur ,namun dia agak cerewet memilih penyewa seolah olah mahu menyusahkan orang untuk menyewa nya .
" Apa yang buat ayah awak tak mahu menyewa kan bilik kat rumah tu" tanya Zali." kami pun tak tahu sebab sebenar,bagi kami bilik tu dah dua tahun kosong dan sesuai untuk di sewakan"jawab Sakinah. " Mungkin ada sebab yang sentimental kot,"ujar Zali lagi." nak kata sentimental pun tak juga,sebab itu bilik Abang sulong kita orang, ia di buat sebagai bilik tambahan yang bersambung dengan bahagian dapur,tapi ada pintu sendiri untuk keluar masuk i" jawab Sakinah. " Apa sebabnya ?"tanya Zali .
"Bilik tu ayah buat kerana 'marah' kat Abang yang suka balik lewat malam dan juga suka pasang lagu dan musik kuat kuat dalam bilik,sebab tu ayah suruh abang duduk kat bawah, bilik tu siap ada bilik air sendiri,sebab emak tak tahan bau rokok kretek yang Abang hisap di dalam tandas" jawab Sakinah. Menurut Sakinah abang nya kini bertugas sebagai tentera laut di Tawau dan telah berkahwin dengan orang tempatan dan mempunyai 2 orang anak." Oh mungkin dia nak reserve bilik tu khas untuk abang awak lah" ujar Zali lagi.
" Cukup dah bilik bilik yang ada, rumah tu ada 6 bilik asalnya,4 di tingkat atas dan 2 di tingkat bawah.Kami semua duduk tingkat atas ,bilik bawah hanya untuk tetamu dan bilik orang gaji,itu kira standard rumah bungalow dulu dulu, jadi cukup lah untuk kami kalau semua anak anak balik serentak," jelas Sakinah lagi.
Setibanya di rumah itu, Pak Malik dan Mak Leha telah sedia menanti dan setelah berkenalan Pak Malik pun mula menanyakan pelbagai soalan seperti Zali sedang di temuduga untuk mencari kerja ,Mak Leha dan Sakinah hanya diam mendengar. Zali kemudian di bawa melihat bilik tersebut yang sememang nya lebih besar dari saiz bilik biasa.Terdapat satu tilam dan katil queen size,sebuah almari pakaian dan sebuah meja tulis beserta kerusi nya.
Dalam pemanduan balik ke pejabat untuk menghantar Sakinah, Zali diberitahu Pak Malik menghidap sakit leukimia danmemerlukan ubat ubat dan supplement tambahan.Dengan duit pencen sebagai pesara Juruteknik di Jabatan Parit dan Saliran ,sudah tentu tidak cukup untuk menampung perbelanjaan,nasib anak anak ada membantu.Kakak nya bertugas sebagai Jururawat di Pulau Pinang ,telah berkahwin dan punya seorang anak. Sakinah anak yang bungsu baru berkahwin setahun yang lalu dengan seorang Jurumesin Kilang Sawit FELDA ,masih belum punya anak dan tinggal di dalam kuarters yang jauh nya 20 km dari pejabat dan rumah keluarganya. Walau pun Sakinah mahu dan suka untuk tinggal di rumah keluarga,tapi tugas suaminya memerlukan dia berada hampir di kawasan kilang .
Zali sempat lah juga bertanyakan Sakinah mengenai tempat tempat makan dan kedai dobi di pekan tersebut serta beberapa kawasan yang ada dalam senarai tempat untuk di sewa .Buat sementara ni dia duduk di hotel bajet di pekan sementara mendapat bilik sewa. Di pekan itu rumah sewa agak terhad kerana tiada projek perumahan baru yang di buat.Sementara menanti keputusan Pak Malik ,Zali bercadang untuk melihat tempat tempat yang telah di kenalpasti pada petang itu.
" harap harap adalah good news dari ayah awak petang atau malam ini"ujar Zali setibanya mereka di pejabat. " saya pun amat berharap Encik,dah letih saya cari penyewa " ujar Sakinah.
YOU ARE READING
B 5 ** Tuan Rumah Garang yang Penyayang #
RomanceRazali (Zali) bernasib baik dapat menyewa bilik di sebuah rumah lama di pinggir pekan tempat kerja nya yang baru pada hari pertama melapur diri.Anak pemilik rumah bekerja di tempat yang sama dan menawarkan bilik untuk di sewa bagi membantu mereka me...