PROLOG

82 5 0
                                    

Pada pagi itu, Yasmin sangat rajin bangun awal pagi membuat sarapan untuk suami dan anaknya. Yasmin siap menghidangkan sarapan pagi di meja makan. Dia terdengar ada orang berjalan mendekatinya. Bila Yasmin berpaling rupanya Vin menghampirinya.

Vin turun dari biliknya bersama anaknya iaitu Yusran.

" Rajin isteri abang buat sarapan. Biasanya masa ni tak bangun lagi tidur." Tegur Vin sambil memerli isterinya dan menarik kerusi dan duduk.

Vin meletakkan Yusran tempat duduk disebelah kanannya dan Yasmin mengambil tempat duduk disebelah kiri Vin.

" Alaa... nak masak dekat suami sendiri salah ke abang?" Soal Yasmin sambil mencedok nasi goreng ke dalam pinggan Vin.

" Abang???" Soal Vin dengan reaksi pelik.

" Kenapa abang? Jangan buat muka pelik pula. Tak salahkan saya panggil gelaran itu sebab abang sendiri yang bahasakan diri abang macam tu dengan sayang." Ujar Yasmin cuba mengambil hati suaminya dan dalam satu masa ada muslihat tersembunyi.

" Tak salah pun. Abang lagi suka kalau sayang guna gelaran tu dan abang suka sangat kalau hari - hari sayang macam ni. Masak untuk abang dan anak." Ujar Vin.

" Abang nak pergi kerja ke hari ni?" Tanya Yasmin kerana tiba - tiba Vin memakai pakaian sangat kemas. Seperti orang nak pergi mesyuarat.

" Aah, abang nak pergi kerja. Lama dah tak masuk office. Daddy pun tak berapa sihat mama kata. Itu yang abang masuk office balik. Haa... lupa abang nak cakap abang outstation hari ini untuk ganti tempat daddy site visit dekat Pulau Pinang. Jangan tunggu abang balik tau." Ujar Vin sambil makan.

" Berapa lama abang outsation?" Tanya Yasmin.

"Mungkin dalam 4 atau 5 hari. Nak settelkan masalah dekat site sana. Jangan risau abang dah suruh mama atau adik - adik abang jenguk sayang. Tak pun abang suruh mak munah tinggal dekat sini beberapa hari. Masa abang tak ada. Sayang jaga diri okay...and you my son jangan na kal - nakal dengar cakap mama tau. Jaga mama untuk papa tau. " Pesan Vin pada anak dan isterinya. Dikucup juga kedua belah pipi isterinya setelah siap makan.

" Tak payahlah abang. Sayang boleh jaga anak sendiri. Susahkan mama dengan adik - adik abang pula datang rumah kita semata nak tengokkan sayang." Ujar Yasmin dengan penuh maksud tersirat. Kenapa dia tidak bagi mertuanya dan adik iparnya datang ke rumah.

Vin mengangguk.

" Abang pergi kerja dulu..." Vin beransur bangun dari kerusi dan menghulurkan tangan untuk Yasmin dan anaknya salam. Yasmin melambai Vin.

Dengan cepat Yasmin mencapai telefon bimbitnya dan mendail nombor kekasih hatinya.

" You.. my husband pergi outstation. Kita boleh spend time sama - sama dekat rumah I nanti." Bicara Yasmin.

" Alright. See you soon sayang. I need to finish my job first and we spend time together at your home. I love you sayang." Ujar lelaki itu.

Yasmin tersenyum gembira kerana sebelum Vin pergi outstation dia berjaya buat lelaki tu tak marah padanya.

" I love you too bie." Ucap Yasmin.

Sepanjang outstation Vin hanya memerhati gerak geri Yasmin melalui CCTV yang dipasang secara senyap di dalam rumah itu.

Hancurnya hati Vin apabila melihat kemesraan Yasmin dengan bekas kekasihnya di dalam rumah mereka. Bekas kekasih Yasmin siap tidur di rumah mereka. Anaknya pula di hantar ke rumah ibu bapanya untuk menjaga sementara waktu.

Vin menyiapkan kerjanya dengan cepat kerana ingin melihat sendiri dengan mata kepalanya apa yang Yasmin buat di dalam rumahnya bersama kekasihnya.

Tidak sampai 4 hari outstation. Vin mampu menyiapkan kerjanya dalam masa 3 hari. Selesai sahaja urusan di tapak pembinaan. Vin terus check out dari hotel dan terus pulang ke Kuala Lumpur.

Sampai sahaja di rumah, Vin terdengar suara ada pasangan gelak ketawa. Vin membuka pintu rumah dengan senyap - senyap.

" Papa..." Yusran memanggil Vin apabila nampak Vin muncul di dalam rumah itu.

Yasmin dan kekasihnya terus menoleh ke belakang apabila mendengar anaknya memanggil 'papa'. Bertapa terkejut pasangan ketika bergurau senda di ruang tamu.

" Aku cuma nak cakap... yang aku sangat benci kan kau Yasmin."

" Abang..." Panggil Yasmin dengan sayu.

Yasmin seakan terkaku apabila Vin tiba - tiba muncul. Yasmin ingat Vin akan balik dalam masa 2 hari. Malangnya tekaannya salah.

Vin mengambil keputusan untuk balik ke rumah mak ayahnya. Untuk tenangkan hatinya. Anaknya ditinggalkan bersama Yasmin. 

The Sincerity Of Crushed Love [ OG ]Where stories live. Discover now