Seminggu Kemudian,
Vin nekad untuk membawa Yasmin berjumpa dengan kedua ibu bapanya dengan niat ingin menghalalkan Yasmin menjadi suri hatinya selepas Yasmin habis pantang.
Seawal pagi Vin bangun untuk pergi ke rumah Yasmin. Ketika turun tangga, Puan Sri Dzakira Aftani menegur Vin ketika menuruni tangga kerana dia pelik melihat anak sulungnya sangat senang hati.
" Haih along senang betul hati kamu pagi hari ni. Siap bersiul lagi sambil turun tangga. Ada berita gembira ke yang kamu gembira sangat ni." Tegur Puan Sri Dzakira Aftani.
" Alaa momma ni salah ke nak senang hati. Karang along masam momma pelik." Kata Vin.
Baru Vin mahu membuka pintu rumah. Vin berhenti niat untuk membuka pintu rumah itu sebab ada yang di baru teringat memberitahu Puan Sri Dzakira.
" Momma...." Jerit Vin dari muka pintu rumah.
" Haaa... ye along. Kenapa terjerit panggil momma? Ada apa along?" Soal Puan Sri Dzakira.
" Along lupa nak bagitahu momma yang along nak bawa tetamu istimewa datang rumah hari ni. Boleh ke momma?" Vin memberitahu dan bertanya bolehkah dia membawa tetamu istimewa ke rumah itu.
" Boleh. Siapa tetamu istimewa tu. Bakal menantu untuk momma ke along?" Sakat Puan Sri Dzakira.
" Adalah momma. Nanti along kenalkan dengan momma. Tapi along minta sangat jasa baik momma layan dia dengan baik dan terima kekurangan dia." Pesan Vin pada Puan Sri Dzakira.
" Insha Allah. Momma akan cuba yang terbaik dan turut apa yang Vin pesan pada momma." Ujar Puan Sri Dzakira dengan lembut sambil mengusap bahu anaknya.
" Terima kasih momma. Along sayang momma sangat - sangat. Along keluar dulu. Tengah hari karang along balik bawa tetamu istimewa." Ucap Vin memeluk Puan Sri Dzakirah.
Puan Sri Dzakirah tahu niat anak sulungnya itu. Siapa tetamu yang dia mahu bawa pulang ke rumah mereka.
Vin pergi ke appartmentnya untuk menjemput Yasmin bawa ke rumah keluarganya.
" Assalamualikum.... Yasmin...." Panggil Vin sambil mengetuk pintu Yasmin.
" Walaikumsalam..." Jawab Yasmin dari dalam rumah.
Yasmin membuka pintu rumah itu. Dia tahu yang siap yang datang ke rumahnya waktu sebegini.
" Kenapa you datang rumah I pagi - pagi ni?" Soal Yasmin dengan pelik kemunculan Vin secara mengejut di hadapan pintu rumahnya setelah seminggu Vin tidak datang menjenguknya. Malah, untuk menghantar pesan buatnya pun tiada selama seminggu.
" Aku datang nak ajak kau pergi rumah momma aku." Ujar Vin.
" Tak nak lah I. Malu I dengan bawa perut macam ni pergi rumah family you." Kata Yasmin menunduk dan bermain dengan jarinya.
" Tak payah nak malu. Aku ada kan dengan kau masa dekat rumah keluarga aku. Jangan risau. Keluarga aku akan layan kau dengan baik." Ujar Vin.
" Tak nak lah you. I malu." Tolak Yasmin pelawaan Vin untuk ke rumah keluarga Vin.
" Tak ada jawapan tak nak. Keputusan aku muktamad. Dengar arahan aku ataupun aku sendiri heret kau ikut aku balik rumah momma aku nak. Pilih cepat. Aku bagi masa 2 minit" Ugut Vin.
" Hurmmm.... Jap I fikir jap." Kata Yasmin memegang dagunya seakan tengah berfikir.
" Kringggg.... tamat. Sekarang kau tak ada pilih. Aku kena juga heret kau bawa pergi rumah momma. Sebab kau degil sangat." Kata Vin dengan wajah serius.
YOU ARE READING
The Sincerity Of Crushed Love [ OG ]
Romantik[ S L O W U P D A T E ] Yasmin Izara x Muhammad Edith Vinzent " Aku cuma nak cakap... yang aku sangat benci kan kau Yasmin." Vin " Abang..." Yasmin Yasmin seakan terkaku apabila Vin tiba - tiba muncul di dalam rumah mereka. Vin mengambil keputusan...