BAB 8

23 2 2
                                    

Pada petang itu, apa yang di janjikan oleh Vin untuk membawanya ke rumah bekas suami Yasmin iaitu Asyariq tercapai jua. Tapi setelah tiba di hadapan rumah Asyariq debaran di hatinya Yasmin semakin kuat berdegup kencang.

Vin keluar dari kereta sebentar untuk menekan loceng rumah Asyariq. Asyariq membuka pintu pagar utama rumahnya tanpa keluar dari rumah kerana dia tahu siapa yang datang kerumahnya dan Asyrariq membenar Vin masukkan kereta di dalam perkarangan rumahnya.

Vin keluar bersama Yasmin dari perut kereta. Vin memberi salam dan Asyariq sahut salam itu dengan baik. Yasmin menyorok diri di belakang Vin kerana takut melihat wajah Asyariq. Mujur Yasmin kurus dan kecil sahaja. Tidaklah nampak sangat apabila menyorok dibelakang Vin.

Pada mulanya, Asyariq hanya ingat ahli keluarga Eryna yang datang. Tapi apabila membuka pintu rumahnya Vin yang muncul di rumahnya. Asyariq pelik kenapa tiba - tiba Vin muncul di rumahnya pada hujung minggu. Sedangkan tiada bantuan dia meminta dari Vin.

" Haa, apa hal kau datang rumah aku Vin?" Soal Asyariq.

" Sebenarnya Tengku, ada orang nak sangat berjumpa dengan Tengku dan Puan." Jelas Vin pada Asyariq.

" Siapa nak berjumpa sangat dengan aku dan bini aku?" Soal Asyariq lagi ingin tahu siapa yang ingin menjumpanya.

" I, Asyariq nak jumpa dengan you." Jawab Yasmin tak tahu dari mana dapat kekuatan untuk bersua muka dengan Asyariq. Sedangkan tadi Yasmin sangat gementar untuk bersua muka dengan Asyariq.

" Kau! Nak apa kau datang rumah aku. Tak serik lagi ke halau kau dua minggu lepas! Masih berani lagi kau jejakkan kaki kau yang kotor dalam rumah aku." Herdik Asyariq.

Eryna di sebelah sudah menggosok lengan Asyariq kerana Eryna kesian dengan Yasmin. Eryna tahu mesti Yasmin datang sini ada sebab dan tujuan. Kalau tidak Yasmin tak akan jejak kakinya di rumah Asyariq.

" Hubby... Kita dengar dulu apa yang Yasmin nak cakap dulu. Jangan cepat marah." Kata Eryna.

Asyariq mengangguk. " Haa... Apa tujuan dan sebab kau jejakkan kaki kau dekat rumah aku ni?" Soal Asyariq dengan sinis.

Yasmin baru sahaja ingin membuka mulut. Vin sudah menahan Yasmin untuk meneruskan kata - katanya.

" Biar aku yang cakap dengan Tengku. Kau duduk diam kunci mulut dulu." Bisik Vin ditelinga Yasmin.

Yasmin mengangguk dan mengunci mulutnya.

Vin menjelaskan pada Asyariq apa tujuan dan sebab dia dan Yasmin datang ke rumah mereka. Setelah mendengar semua perjelasan dari Vin. Eryna dan Asyariq menjemput Yasmin serta Vin masuk ke dalam mereka kerana Eryna kesian pada Yasmin yang sarat mengandung berdiri lama. Sedangkan Eryna sendiri tak mampu untuk berdiri lama.

Lama Asyariq, Eryna, Yasmin serta Vin senyap. Eryna bangun dari duduk disebelah Asyariq pergi duduk disebelah Yasmin.

Eryna memecahkan kesunyian di dalam rumah itu dengan bertanyakan khabar pada Yasmin.

" Hai Yasmin. Awak apa khabar? Sihat?" Sapa Eryna bertanyakan tentang keadaan Yasmin.

" Alhamdulilah, khabar baik dan saya sihat je. Awak sihat? Berapa bulan dah kandungan awak?" Setelah menjawab pertanyaan Eryna. Yasmin bertanyakan keadaan Eryna.

" Saya sihat, alhamdulilah. Kandungan saya dah masuk 4 bulan." Jawab Eryna.

" Eryna..." Yasmin mencapai tangan Eryna dan hatinya mula rasa sebak.

" Ya, Kenapa?" Tanya Eryna serba salah.

" Saya nak minta maaf dengan awak dengan apa yang saya buat pada awak. Banyak salah saya pada awak. Saya minta maaf sangat Eryna. Saya tak sanggup untuk pikul segala salah saya pada awak dengan Asyariq kerana saya dah runtuhkan rumah tangga awak dengan Asyariq. Saya minta maaf sangat Yasmin." Pohon Yasmin menangis teresak - esak.

The Sincerity Of Crushed Love [ OG ]Where stories live. Discover now