BAB 7

32 1 0
                                    

Keesokan harinya,

Vin memerhati Yasmin yang duduk atas gazebo termenung di taman bunga milik Puan Sri Dzakira dari balkoni biliknya.

Bilik Vin betul betul menghadap Taman bunga itu. Taman bunga itu jarang sekali anak anak tau pembantu rumah masuk ke taman itu. Hanya Puan Sri Dzakira sahaja yang masuk ke situ.

Vin agak pelik macam mana Yasmin boleh lepas masuk ke dalam taman bunga itu sedangkan tempat itu terkunci dengan rapi.

Vin melihat Yasmin seakan sedih. Tiada sedikit pun senyuman dibibir Yasmin. Vin tutup sliding door biliknya dan terus keluar dari biliknya turun ke bawah.

"Morning everyone." Sapa Vin pada ahli keluarga yang sedang makan.

"Morning along. Meh duduk kita breakfast sama sama." Ajak Puan Sri Dzakira.

Vin baru mahu duduk. Dia mula.teringat mahu bertanya tentang Yasmin.

" Momma..." Vin memanggil Puan Sri Dzakira.

" Ya along. Kenapa?" Soal Puan Sri Dzakira.

" Yasmin mana momma. Tak nampak pun dia?" Tanya Vin.

" Yasmin ada dekat taman bunga momma. Tadi momma ajak sarapan sekali. Dia kata tak ada selera. Lepas tu, nak ambil angin kat luar kejap nak tenangkan fikiran. Momma ajak dia pergi dekat taman bunga momma. Momma biar je dia ambil angin kat situ. Momma tahu yang ibu mengandung tak boleh tertekan. Tu momma biar je dia lepak dekat." Cerita Puan Sri Dzakira pada Vin.

" Haih momma sejak bila momma baik hati bagi orang masuk taman bunga momma?" Soal adik kedua Vin.

" Baru hari ni. Kan momma cakap dah tadi kenapa momma bagi Yasmin masuk dekat taman bunga tu." Jelas Puan Sri Dzakira.

" Kalau macam tu momma along pergi tengok Yasmin. Dekat tamam sekejap." Pamit Vin.

" Kejap along. Momma minta Mak Ecah siapkan makan untuk Yasmin. Along bawa pergi taman pujuk dia suruh makan. Bahaya tak makan nanti sakit. Along duduk dulu breakfast dah siap nanti pergilah hantar dekat Yasmin." Kata Puan Sri Dzakira meminta Vin duduk dulu sementara menunggu makanan untuk Yasmin dan meminta memujuk Yasmin untuk sarapan pagi.

Puan Sri Dzakira tahu hanya anak sulungnya boleh memujuk Yasmin untuk makan.

Vin mengambil tempat duduk disebelah Elhan adik keduanya.

" Mak Ecah..." Panggil Puan Sri Dzakira.

" Ya Puan Sri. Ada nak tambah apa apa ke?" Tanya Mak Ecah.

" Tak ada nak tambah apa apa Mak Ecah. Saya cuma nak awak sediakan makanan untuk Yasmin. Vin nak hantar makanan tu dekat Yasmin." Pinta Puan Sri Dzakira.

" Baik Puan Sri. Mak Ecah sediakan sekarang. Dah siap nanti Mak Ecah hantar dekat Tuan Vin." Ujar Mak Ecah dan berlalu masuk ke dapur.

"Vin kamu tak nak sarapan dulu ke sebelum pergi dekat Yasmin?" Tanya Tan Sri Eshan.

" Along minum air jelah dadda. Lepas setel pujuk Yasmin makan along masuk sarapan." Ujar Vin.

" Okaylah. Dadda nak pergi kerja dulu. Hari ni masuk pejabat tak? Ke kamu masih lagi bekerja dengan Asyariq?" Soal Tan Sri Eshan.

"Along tak masuk pejabat sebab along masih bekerja jadi bodyguard Asyariq. Kalau ada hal penting along perlu setelkan dekat pejabat. Along masuk as soon as possible." Ujar Vin.

" Hurmm yelah. Jangan tak masuk sudah pejabat. Penat juga dadda nak handle seorang - seorang pejabat ni. Nak tunggu adik kamu yang dua orang tu habis belajar tak tahu bila." Ujar Tan Sri Eshan.

The Sincerity Of Crushed Love [ OG ]Where stories live. Discover now