Selepas malam kejadian Yasmin di halau dan diceraikan oleh Asyariq. Yasmin tidak tahu mahu kemana lagi kerana Ibu bapa Yasmin telah membuangnya dari keluarga itu. Asyariq hanya hantar dengan pandangan mata yang tajam pada Yasmin berjalan keluar dari perkarangan rumahnya sehelai sepinggang dalam keadaan hujan lebat.
Vin memerhati setiap perjalanan Yasmin setelah keluar dari Asyariq sehingga Yasmin berhenti satu perhentian bas kerana hujan semakin lebat. Dalam keadaan basah kuyup Yasmin berhenti di perhentian bas disitu duduk sebentar untuk berehat.
Vin mengambil keputusan untuk membantu Yasmin kerana Yasmin tiada hala tujuan untuk pergi. Vin hanya memantau Yasmin dari jauh saja. Di perhentian bas, Yasmin duduk keseorangan berehat seketika kerana penat berjalan jauh dan lagi satu petir dan kilat memancar di langit membuatkan Yasmin lagi takut. Tapi Vin melihat kasihan melihat keadaan Yasmin yang sangat lemah di perhentian bas dalam keadaan basah kuyup dan menggigil. Vin berhentikan keretanya di hadapan bas stop dan mengajak Yasmin naik keretanya.
" Nah... Kau pakai jaket ni. Tutup badan kau tu. Aku tahu kau sejuk. Pakai jaket ni." Ujar Vin.
" Tak apa you. I tak sejuk pun. You ambil balik jaket you ni." Yasmin menghulurkan balik jaket itu pada Vin.
" Kau jangan degil boleh tak. Aku suruh pakai. Pakai jelah!!" Vin menaikkan sikit suaranya.
Yasmin mengangguk dan terus menyarung pada badannya.
" Kau nak aku hantar kau dekat mana?" Tanya Vin.
" Sebenarnya...."
" Sebenarnya apa Yasmin?" Soal Vin.
" Sebenarnya I tak tahu nak pergi mana. I dah tak ada keluarga. Mummy dengan daddy I dah buang I. Rumah dengan kereta I semua daddy I ambil balik. I tak ada duit nak tidur hotel. Tapi tak apa lah you drop je I dekat mana - mana. Pandai - pandai I cari tempat nak tidur dekat mana." Ujar Yasmin dengan takut - takut.
" Tak apa. Malam ni, kau duduk dulu rumah aku. Kau stay dulu dekat situ selama mana kau nak duduk. Rumah aku tu kosong tak ada orang nak duduk. Aku pun jarang balik situ. Memandangkan kau dah tak tempat untuk berteduh. Kau duduk dulu rumah aku. Aku tak akan drop kau mana - mana sebab kau dalam keadaan sarat macam ni bahaya. Apa - apa jadi dekat kau macam mana? Lelaki sekarang bukan boleh percaya sangat sekarang." Ujar Vin.
Vin membawa Yasmin pulang ke rumahnya.
" Kau duduk sini sementara waktu. Aku tahu kau dah tiada siapa - siapa lagi. Aku akan jaga kau dengan kau. Jangan risau pasal tu. Pasal makan dengan minum. Kejap lagi aku keluar pergi beli untuk kau. Untuk pakai malam ni kau pakai je dulu baju aku malam ni. Nak pergi baju kau pun dah tak sempat." Ujar Vin.
Yasmin mengangguk.
" Thank you, sebab selamatkan I tadi. I tak tahu nak pergi mana lagi. Mummy dengan daddy I dah tak mengaku I anak mereka. I tak tahu nak duduk mana lagi. Thank you sebab tumpangkan I dalam rumah you. Thank you sebab ambil berat pasal I dan anak dalam kandungan I. Thank you so much Vin." Yasmin.
" You're welcome. Aku tak sampai hati nak tengok kau sebenarnya dalam keadaan sarat. Macam orang hala tuju. Aku harap kau berubah dan muhasabah diri kau dengan kesilapan yang kau buat dulu pada orang lain. Aku harap kau boleh bahagiakan diri kau sendiri. Itu je pesan aku." Kata Vin.
" Dah kau pergi masuk dalam rumah sekarang. Nanti apa pula jiran - jiran aku cakap nampak kita berdua macam ni. Karang dia orang fikir kita ni buat maksiat pula. Jangan lupa terus mandi. Dalam peti ais aku ada makanan basah. Kau masak lah sendiri. Tapi kalau kau tak reti masak atau tak larat nak masak aku tapaukan nasi je untuk kau." Kata Vin lagi.
" Tak apa laa you. Susahkan you je Vin. Pandai - pandailah I cari makan sendiri. Jangan risau. I okay." Yasmin menolak pertolongan Vin.
" Ikut kau lah. Kau ada telefon tak?" Soal Vin.
" Ada. Kenapa?" Soal Yasmin kembali.
" Bagi sini telefon kau dekat aku." Pinta Vin.
Yasmin mengeluarkan telefonnya dari tas tangannya dan beri kepada Vin.
" Nah." Hulur Yasmin.
Vin pun menaip nombor telefonnya di dalam contact telephone Yasmin.
" Kalau ada apa - apa berlaku terus call aku. Jangan nak senyap je. Nanti jadi apa - apa aku juga yang kena tanggung." Pesan Vin.
" Okay you. Thank you so much Vin sebab tolong I dalam kesusahan. I hargai sangat apa yang you buat pada I. I masuk dulu. Assalamualikum." Pamit Yasmin.
" You're welcome. Walaikumsalam." Jawab Vin dan beransur pergi ke keretannya.
Yasmin berasa serba salah dengan Vin kerana menyusahkannya sehingga memberi Yasmin menumpang dirumahnya.
Yasmin mencapai telefonnya untuk melihat chat. Tapi bila dia menekan butang lock screen. Telefonnya gelap dan Yasmin terus mencari chargenya. Malangnya, tiada di dalam beg.
Yasmin hanya membiarkan saja telefonnya yang tiada bateri itu dan masuk ke bilik untuk membersihkan diri dan berehat.
Sampai Vin dirumah keluarganya. Vin menghubungi Yasmin. Namun tidak dapat. Vin cuba menelefon buat sekali lagi. Malang tidak dapat juga.
Vin sudah runsing kerana dia menelefon Yasmin tidak dapat daripada tadi.
YOU ARE READING
The Sincerity Of Crushed Love [ OG ]
Romance[ S L O W U P D A T E ] Yasmin Izara x Muhammad Edith Vinzent " Aku cuma nak cakap... yang aku sangat benci kan kau Yasmin." Vin " Abang..." Yasmin Yasmin seakan terkaku apabila Vin tiba - tiba muncul di dalam rumah mereka. Vin mengambil keputusan...