Tempoh berpantang selama 44 hari sudah tamat. Yasmin berasa sangat gembira semasa tempoh dia berpantang dijaga elok serta mendapat layanan yang sangat baik oleh Puan Sri Dzakira. Tidak terbalas budi Yasmin pada Puan Sri Dzakira kerana menjaganya seperti anaknya sendiri. Sebak di hati Yasmin setelah sekian lama dia tidak merasakan kasih sayang seorang yang bernama ibu. Yasmin hanya mampu menumpang kasih dari Puan Sri Dzakira. Walaupun kehadirannya di dalam keluarga itu membuatkan dia merasakan tidak layan dan jijik dengan statusnya serta kondisi dirinya.
Malah, kehadiran Yasmin di dalam keluarga Vin di sambut dengan baik serta dilayan dengan sangat baik oleh keluarga Vin.
Yasmin bangun seawal pagi dan turun ke bawah ingin membantu Puan Sri Dzakira menyediakan sarapan pagi. Sejak Yasmin pindah masuk ke dalam rumah keluarga Vin. Banyak perkara yang dia belajar dari Puan Sri Dzakira.
Dulunya, Yasmin seorang gadis yang pemalas dan tidak reti memasak. Hanya dia tahu menyuruh pembantu rumah menyediakan makan minum serta pakaiannya. Kini, semuanya kerja itu Yasmin mampu lakukan sendiri tanpa disuruh atau di arah. Yasmin agak segan bila dia tidak membantu Puan Sri Dzakira di rumah. Dia tidak mahu keluarga Vin fikirkan dia mahu menjadi puan besar di dalam rumah itu. Hanya makan, tidur dan melepak di dalam bilik tidak lakukan apa - apa dan membantu orang di dalam rumah itu.
" Morning momma." Sapa Yasmin pada Puan Sri Dzakira yang sedang memasak di dapur.
" Morning darling. Kenapa bangun awal? Awak tu baru sihat lagi darling." Balas Puan Sri Dzakira dan tegur Yasmin mengapa turun dibawah.
" Alaa... momma bosanlah Yasmin asyik duduk dekat atas saja. Naik segan Yasmin tak tolong momma dekat dapur." Kata Yasmin.
" Tak apalah. Momma faham saja kalau Yasmin tak turun. Haa... mana Yara, Yasmin?" Ujar Puan Sri Dzakira dan bertanya dimana keberadaan cucunya.
" Yara tidur dengan Vin momma. Lepas saja, Yasmin mandikan dan susukan Yara. Vin ambil buat main dekat dalam bilik dia. Bila Yasmin datang nak ambil Yara tengok Yara tidur atas dada Vin. Itu yang Yasmin biarkan saja Yara dengan Vin tidur." Cerita Yasmin menghampiri Puan Sri Dzakira di dalam dapur.
" Tak apalah kalau macam itu." Balas Puan Sri Dzakira.
" Momma... Apa yang Yasmin boleh tolong momma memasak?" Tanya Yasmin.
" Hari ini momma ingat nak masak nasi lemak ayam berempah dan sambal kerang untuk sarapan pagi sebab semalam Vin ada bagitahu momma yang teringin nak makan nasi lemak ayam berempah dengan sambal kerang. Lama Vin tak minta nasi lemak ayam berempah dengan sambal kerang. Kalau dulu hari - hari momma kena masak nasi lemak ayam berempah dan sambal kerang sebab yang tu makanan kegemaran Vin. " Beritahu Puan Sri Dzakira menu untuk dimasak pagi itu dan makanan tersebut merupakan makanan kegemaran Vin.
Yasmin mengangguk faham. " Kalau macam itu Yasmin tolong momma buat ayam berempah dengan sambal kerang sebab hari tu momma ada ajar Yasmin cara buat ayam berempah dengan sambal kerang. Yasmin nak cuba juga memasak menu itu." Kata Yasmin dengan penuh semangat untuk memasak makanan kegemaran Vin.
" Kalau macam itu, Yasmin cuci ayam dalam singki lepas tu perapkan ayam itu dulu sejam. Baru Yasmin goreng." Arah Puan Sri Dzakira pada Yasmin untuk memulakan masakkan mereka.
Buat pertama kali memasak ayam berempah dan sambal kerang menu kegemaran Vin. Puan Sri Dzakira kata lauk yang dimasak oleh Yasmin secukup rasa dan tidak ada langsung yang kurang. Rasa lega di hati Yasmin apabila Puan Sri Dzakira memuji masakkannya. Kalau bersama ibunya dulu Yasmin tidak dapat langsung merasakan peluang untuk belajar masak bersama kerana ibunya terlampau sibuk dengan urusan kerja sehingga mengabaikan tanggungjawab serta beri kasih sayang pada Yasmin.
Semerbak satu rumah itu dengan haruman nasi lemak ayam berempah dan sambal kerang di masak oleh Puan Sri Dzakira dan makan itu telah siap di hidang di atas meja makan untuk keluarga Vin.
" Mmmmm.... sedapnya bau." Kata Tan Sri Eshan sambil turun ke bawah menuju ke ruang makan.
" Yang, awak masak apa pagi ni? Sedap sangat bau ni. Semerbak satu rumah bau." Tanya Tan Sri Eshan pada isterinya Puan Sri Dzakira yang tengah meletakkan cawan di atas meja makan.
" Bukan saya yang masak. Yasmin yang masak sarapan pagi hari ni. Saya hanya tolong sikit - sikit je. Hari ini, Yasmin masak nasi lemak ayam berempah dengan sambal kerang." Ujar Puan Sri Dzakira apa yang ditanyakan oleh Tan Sri Eshan.
" Ouhhh... patutlah sedap baunya. Lama betul tak makan nasi lemak ayam berempah dengan sambal kerang ni. Ini Vin mesti suka sangat. Nasi lemak ayam berempah dengan sambal kerang ni dah lah makanan kegemaran Vin." Kata Tan Sri Eshan.
" Aah, Yasmin masak untuk Vin sebab masak Yasmin datang Yasmin datang dapur tengok saya tengah sedia bahan dia nak tolong masakkan nasi lemak tu. Itu yang saya beritahu yang itu makanan kegemaran Vin dan Vin teringin nak makan nasi lemak pagi ni. Saya biarkan jelah Yasmin masak lauk dengan menu yang lain. Saya hanya tolong masakkan nasi je." Cerita Puan Sri Dzakira.
" Haa... siapa pagi - pagi mengumpat pasal along?" Sakat Vin masuk ke ruang makan bersama Yara.
" Tak ada siapa mengumpat kamu pun along. Dah jom duduk kita sarapan pagi sama - sama. Hari ni, momma dengan Yasmin masak nasi lemak ayam berempah dengan sambal kerang. Dadda tak sabar nak makan. Sedap sangat bau nasi lemak ni. Memanggil - manggil dah ni." Kata Tan Sri Eshan duduk di meja makan kerana tidak sabar merasa air tangan Yasmin.
Vin sudah telan air liur melihat lauk - lauk yang ada di atas meja nampak sangat menyelerakan. Perutnya mula membuat konsert setelah melihat lauk di atas meja itu. Vin memberi Yara pada Puan Sri Dzakira kerana dia tidak sabar lagi ingin makan makanan kegemarannya.
Yasmin melihat Vin makan nasi lemak dengan penuh selera sekali sampai bertambah 2,3 pinggan nasi lemak itu. Tersenyum Yasmin melihat lauk masakkannya digemari keluarga Vin.
" Momma, sedapnya nasi lemak ni. Terima kasih momma masakkan nasi lemak dekat Along. Lama betul Along tak makan nasi lemak masakkan momma." Ucap Vin pada Puan Sri Dzakira sedangkan dia tidak tahu yang masak nasi lemak itu adalah Yasmin.
Puan Sri Dzakira hanya tersenyum apabila Vin ucapkan terima kasih padanya sedangkan Yasmin yang masakkan untuk Vin.
" Tak perlu terima kasih dekat momma. Terima kasih dekat Yasmin. Yasmin yang masakkan nasi lemak dengan lauk semua ini." Kata Puan Sri Dzakira.
Tersentak Vin apabila Puan Sri Dzakira mengatakan yang masak semua ini ada Yasmin.
"Haa... Yasmin!" Hampir tersembur nasi dari mulut Vin.
"Yelah, Yasmin yang masak. Momma hanya tolong potong - potong bahan je." Ujar Puan Sri Dzakira nak tergelak tengok reaksi anak sulungnya, Vin.
Vin megangguk dan memanggil Yasmin dengan nada yang lembut. " Yasmin..."
Yasmin mengangkat wajahnya memandang Vin.
" Terima Kasih masakkan nasi lemak dengan lauk ni untuk aku. Pandai kau masak. Sedap." Ucap Vin dan memuji masakkan Vin.
" Sama - sama." Balas Yasmin dan sambung makan kembali.
Di dalam diam pipi Yasmin berona merah apabila Vin memuji masakkannya.
Tersenyum manis Vin apabila melihat pipi Yasmin merah.
JANGAN LUPA VOTE DAN COMMENT SAYANG SEMUA
FEEDBACK ANDA AKAN DAPAT MEMBANTU SAYA
UNTUK IMPROVE SAYA PUNYA PENULISAN DAN JALAN CERITA ^-^
SAYANG READERS SEMUA MUAHHH..... ^_>
YOU ARE READING
The Sincerity Of Crushed Love [ OG ]
Romance[ S L O W U P D A T E ] Yasmin Izara x Muhammad Edith Vinzent " Aku cuma nak cakap... yang aku sangat benci kan kau Yasmin." Vin " Abang..." Yasmin Yasmin seakan terkaku apabila Vin tiba - tiba muncul di dalam rumah mereka. Vin mengambil keputusan...