Setiap pagi sebelum pergi kerja Vin akan singgah di bilik Yasmin untuk melihat keadaan Yasmin serta bermain dengan Yara. Begitulah rutin Vin sebelum pergi kerja setiap hari sejak kehadiran si kecil itu dalam rumah itu bertambah berwarna - warni dan riuh hidupnya.
" Kenapa awak comel sangat sayang daddy. Geram daddy dengan awak tau. Muka awak sebiji macam mama awak." Omel Vin seorang sambil mengendong Yara yang masih terlena tidur.
Vin cuit hidung Yara yang mancung itu.
Vin membawa Yara keluar dari bilik tidur Yasmin bawa turun ke bawah. Baru selangkah Vin ingin keluar dari pintu rumah pergi ke halaman rumah. Vin ditegur oleh Puan Sri Dzakira.
" Along... nak bawa Yara pergi mana tu?" Soal Puan Sri Dzakira dari ruang makan.
" Along nak bawa Yara ambil angin dekat luar sekejap bagi kena cahaya matahari pagi sikit." Kata Vin.
" Hurmm... jangan lama - lama sangat dekat luar tu. Kesian Yara nanti panas duduk dekat luar lama sangat." Pesan Puan Sri Dzakira.
" Baik momma. Menurut perintah." Balas Vin beransur keluar dari dalam rumah ke halaman rumah dan duduk di bawah gazebo.
Ketika duduk di gazebo sambil mendodoi Yara. Ada mata yang memerhati dari balkoni bilik iaitu Yasmin. Yasmin memerhati layan Vin pada anaknya. Tersenyum manis Yasmin bila Vin cuba tenangkan Yara menangis terkejut dengan deruman motor yang lalu di kawasan perumahan elite itu.
Yasmin turun ke bawah dan dengan perlahan Yasmin datang ke gazebo itu dan duduk disebelah Vin. Yasmin melihat anaknya Yara begitu tenang dan selesa di dakapan Vin sehingga terlena kembali selepas menangis.
Yasmin mulakan memcecahkan sunyi di gazebo itu kerana Vin hanya senyap dari tadi memandang langit yang cantik di pagi hari.
" Kenapa you suka pandang langit?" Tanya Yasmin setelah betul - betul soalan itu bernas untuk ditanyakan.
Vin menjawab soalan yang diberikan pada Yasmin. " Kerana lihatlah ke langit disaat hati gundah, ia selalu memberi ketenangan. Selain itu, Langit biru selalu memiliki pesona yang memikat hati. Ketenangan dan keindahan yang ditawarkan oleh langit biru memberikan semua masalah terasa kecil menjadi tak bererti lagi. Tenunglah langit biru di setiap pagi ia memberikan harapan baru setiap pagi yang cerah dan langit biru, tersimpanlah cerita-cerita indah yang menanti untuk diungkapkan. Seperti hembusan angin, dan senyumanmu, itulah keindahan sejati buat aku." Ungkap Vin dengan penuh makna.
Di dalam diam Vin masih lagi menanti keputusan dan jawapan dari Yasmin tentang lamaranya tempoh hari untuk dijadikan sebagai suri hatinya. Yasmin masih lagi senyapkan diri dan tidak mahu memberi apa - apa jawapan pada Vin.
Pada mulanya, Vin mula mengangkat punggung beredar dari gazebo ingin masuk ke dalam rumah. Dengan pantas Yasmin menghalang Vin dari masuk ke dalam rumah kerana ada yang ingin dibincangkan bersama Vin.
Vin akur dan duduk kembali di gazebo tadi dan menanti kata - kata daripada Yasmin. Tanpa sedar Yasmin menarik tangan Vin dan mengenggam tangan itu dengan erat dan mula memberi jawapan yang dinantikan oleh Vin sekian lamanya.
" Vin.."
" Sebenarnya... I dah lama jumpa jawapan pada soalan you berikan pada I tempoh hari. Cuma, I tidak yakin pada diri sendiri untuk ungkapkan kata - kata itu pada you Vin." Kata Yasmin memandang wajah Vin dengan redup.
" Kenapa kau kata dekat aku yang kau masih perlukan masa untuk jumpa jawapan tu sedangkan kau dah tahu jawapan itu?" Soal Vin agak terkesan dengan kata - kata Yasmin seakan biarkan dia menanti dan terus menantinya.
" Macam I kata dekat you tadi. I tak yakin dengan perasaan I sendiri. I keliru dengan perasaan I pada you Vin. I cuba yakinkan diri I untuk you tapi otak I tetap fikir negatif tentang perasaan I pada you." Balas Yasmin seakan ingin menangis apabila Vin mula bersikap diingin dengannya.
" Kau buat aku macam tungul kayu menanti jawapan yang tak sudah. Walaupun aku bagi masa untuk berfikir dan hati aku ini terus berharap yang kau terima aku di dalam hidup kau seperti mana kau menerima Asyariq dalam hati kau dulu." Bidas Vin dengan pedih pada Yasmin.
Yasmin agak terkesan dengan kata - kata Vin tadi. Tapi dia tahu semua salahnya kerana biarkan Vin terus menanti jawapan darinya.
" Jadi, sekarang jawapannya?" Soal Vin kembali.
" Setelah I fikir masak - masak tentang lamaran you. I terima lamaran you untuk jadikan I sebagai suri hati you. I harap you dapat jaga I dengan anak I sebaik mungkin seperti mana you jaga adik - adik you dan mak ayah you. I harap you tak perlakukan I seperti mana lelaki yang pernah hadir dalam hidup I lakukan pada I yang hancurkan hidup I." Dengan sekali nafas Yasmin memberi jawapan pada Vin dan dengan harapan Vin menyayangi dan menjaganya dengan baik.
Vin agak terkedu dengan jawapan keluar dari mulut Yasmin. Dunia ini seakan miliknya sekarang. Sungguh dia tidak menyangka yang Yasmin akan terima lamarannya. Pada mulanya, Vin sudah redha dan pasrah jika Yasmin menolak lamarannya itu. Tapi syukur Alhamdulilah, hati Yasmin sudah terbuka untuk menerima Vin dalam hidupnya.
Buat pertama kali di dalam hidup Yasmin dapat melihat senyuman manis seorang jejaka beku dan diingin yang payah dia berikan senyumannya pada orang lain. Mungkin disebabkan berita gembira yang diberikan pada Vin membuatkan jejaka itu tersenyum manis. Tapi pada hari itu, terselah senyuman yang sangat manis. Ia membuatkan Yasmin cair melihat senyuman Vin.
" Ya Allah, manisnya senyuman Vin. Cair sekejap tengok senyuman dia." Omel Yasmin di dalam hati sambil memegang dadanya yang berdegup kencang . Pipinya mula berona merah apabila melihat senyuman Vin.
Vin perasan yang pipi Yasmin berona merah tiba - tiba seperti kena tumbuk pipinya. Vin hanya senyap dan biarkan Yasmin terus tersipu - sipu senyum melihat senyumannya.
Walaupun seberapa lama sekalipun Vin tetap akan terus menunggu Yasmin. Pada akhirnya, Allah telah bukakan hati Yasmin untuk menerima cinta Vin. Cinta yang lama tersimpan di hati Vin. Allah berikan kesempatan pada Vin agar dapat membuktikan ketulusan cinta Vin pada Yasmin. Agar Yasmin akan selalu bertakhta di dalam hatinya selamanya sehingga akhir hayatnya. Saat menunggu Yasmin menyambut cinta Vin agak terlalu lama buat Vin. Vin terus dan terus berdoa kepada yang Maha Esa agar Yasmin nampak cintanya. Walau seribu tahun menunggu jawaban daripada Yasmin. Vin tetap akan menanti jawaban itu dengan penuh kesabaran. Apabila mungkin tiba waktunya yang boleh mengungkapkan rasa cinta itu akan mula bersemi didalam hatinya. Akhirnya, tulus cinta Vin pada Yasmin terbalas jua. Walaupun mengambil masa untuk diungkapkan kepadanya.
Jangan lupa vote dan comment dear 😘
Cukup 10 votes update chapter baru 😉
Sayang reader semua ❤️
YOU ARE READING
The Sincerity Of Crushed Love [ OG ]
Romantik[ S L O W U P D A T E ] Yasmin Izara x Muhammad Edith Vinzent " Aku cuma nak cakap... yang aku sangat benci kan kau Yasmin." Vin " Abang..." Yasmin Yasmin seakan terkaku apabila Vin tiba - tiba muncul di dalam rumah mereka. Vin mengambil keputusan...