Setelah beberapa hari menetap di hospital, Yasmin di benarkan pulang untuk sambung berpantang di rumah. Yasmin di jemput oleh Puan Sri Dzakira serta adik perempuan Vin di hospital untuk membawa pulang si kecil itu bersama Yasmin.
" Jalan perlahan - lahan Yasmin. Nanti terbuka jahitan dekat bawah." Pesan Puan Sri Dzakira.
Yasmin di bantu pimpin oleh adik perempuan Vin untuk berjalan masuk ke dalam rumah. Yasmin melangkah masuk ke dalam rumah dengan berhati - hati agar tidak jatuh.
Yasmin diberi kejutan oleh keluarga Vin dengan kepulangannya.
" Tadaa... Welcome home Yasmin & Yara Ivory." Vin membuka pintu bilik itu di kejutkan oleh adik lelaki Vin dan Tan Sri Eshan.
Terselah bilik itu di hiasi cantik dengan balon ' Welcome home Yasmin & Yara Ivory.' Tambah pula dengan katil bayi berwarna pink berada di tengah bilik itu.
Yasmin tersenyum gembira apabila kepulangannya dari hospital di sambut begitu gembira dan bahagia. Dengan hiasan bilik yang sangat cantiuk oleh keluarga Vin buatnya dan anaknya. Ada juga yang menyayangi dan menghargai kehadirannya serta si kecil itu di dalam keluarga Vin.
Makin semangat Yasmin untuk berpantang apabila bilik dia dan anaknya dihiasi begitu meriah sekali.
" Ni, momma letak Yara dekat katil dia. Momma dengan yang lain keluar dulu. Yasmin rehat tau. Kalau nak apa - apa whatsapp saja momma atau yang lain untuk minta tolong." Pesan Puan Sri Dzakira.
" Satu lagi, jangan terlalu lalai tau Yasmin. Kamu baru dapat anak. Takut terlupa nak susukan anak kamu."
Yasmin senyum dan mengangguk.
" InshaAllah momma.. Yara kalau menangis kuat dan nyaring. Yasmin mudah tersedar kalau bunyi bising." Kata Yasmin.
" Baiklah... Momma keluar dulu."
Keluar saja mak ayah Vin serta adik lelaki Vin. Tinggal Dzakiyah adik perempuan Vin membantu Yasmin duduk di birai katil bersebelahan katil bayi.
" Ishh... comel betul Yara ni akak. Geram Iyah tengok dia. Muka sebiji macam akak. Bibir, senyuman, mata dan semua lah ikut akak. Geram nak picit - picit je Yara ni. Tomey sangatlah akak." Pipi Yara di cubit manja oleh Dzakiyah.
" Alhamdulilah, mujur Yara ikut muka akak. Kalau ikut muka bapa dia yang tak bertanggungjawab akak. Sedih akak susah payah mengandungkan dia sembilan bulan. Lahir - lahir keluar muka dia." Kata Yasmin.
" Betul, Iyah sokong apa yang akak cakap." Balas Dzakiyah.
Vin yang berada di dalam bilik itu hanya memerhati Yasmin dan Dzakiyah berborak.
Lama Yasmin dan Dzakiyah memerhati Yara yang tidu dibuai mimpi. Seronok si kecil tidur kemain lena tak sedar langsung orang cubit pipinya. Besar nanti kerja tidur jelah. Bangun bila perlukan susu ataupun lampinnya sudah penuh. Setelah Dzakiyah keluar Vin masih lagi di muka pintu itu seperti ingin berkata sesuatu pada Yasmin.
" Yasmin.."
" Jadi macam mana? Aku masih menunggu jawapan dari kau tentang lamaran aku tempoh hari itu." Kata Vin dari muka pintu bilik Yasmin.
" I masih tak terfikir lagi tentang lamaran you hari itu Vin. Boleh tak you bagi I sikit lagi masa untuk berfikir sebab ini tentang masa depan I dengan anak I untuk hidup dengan you. I takut you, bila lama - lama kita kawan you bosan dengan I." Kata Yasmin merendahkan dirinya kerana di tahu kekurangan atas dirinya.
" Bukan senang untuk I luahkan apa yang I rasa di hati ni. I pun masih keliru dengan perasaan dan hati I. Lepas apa yang berlaku dulu membuatkan I rasa takut dan trauma dengan perkahwinan. I takut kena buang macam mana bekas suami I dulu."
" It's hurt to me Vin to accept that."
" Aku minta maaf sebab nampak macam memaksa kau untuk terima aku dalam hidup kau. Tak apa, aku akan bagi berapa banyak masa untuk kau fikirkan tentang perkara itu." Kata Vin.
" Aku cintakan kau Yasmin." Kata Vin dengan perlahan dan beransur keluar dari bilik itu.
Bilik Vin bersebelahan dengan bilik Yasmin. Apabila terdengar tangisan kuat Yara. Vin terus menerap masuk ke dalam bilik Yasmin takut Yasmin tidur tidak sedar.
Vin terus pergi ke arah katil bayi itu. Melihat Yasmin tertidur di atas katil tidak sedar anaknya menangis. Cara Yasmin seperti kepenatan sangat sehingga anaknya menangis tidak sedar.
Bila tangisan Yara makin kuat. Yasmin mula tersedar terus bergegas untuk bangun mengambil Yara di katil itu.
" Yasmin jangan bangun macam tu." Vin sempat melarang Yasmin dari bangun baringnya dengan cepat. Kesian Yasmin, apabila bangun terlalu cepat akan rasa ngilu di jahitan bawahnya.
" Aloo... sayang daddy kenapa ni sayang?" Vin memeriksa lampin Yara takut sudah penuh. Tapi lampin masih tidak penuh. Masih ringan lagi lampin Yara. Bagi mengelakkan tidak keselesaan pada Yara. Vin tukar juga lampin agar Yara dapat tidur dengan nyanyak.
Yasmin terkedu di situ apabila Vin membahasakan dirinya pada anaknya 'daddy.'
" Aku rasa Yara nak susu." Serba salah Vin nak kejut kembali Yasmin yang tertidur balik apabila mendengar Yara menangis. Tapi si kecil itu masih lagi menangis kerana dahagakan susu.
" Meh sini. Bagi Yara dekat I." Yasmin memanggil Vin untuk berikan si kecil itu padanya. Dengan perlahan - lahan Yasmin bangun dari baringnya dan duduk menyandarkan badannya di kepala katil.
" Sayang mama lapar susu ya.." Kata Yasmin melihat anaknya melahap kerana sangat dahaga dan laparkan susu.
Itu menjadi rutin kebiasaan Vin menahan mata walaupun masih mengantuk demi si kecil itu. Seumur hidup Vin tidak pernah berjaga malam. Tapi inilah cara Vin buktikan pada Yasmin yang dia betul - betul sayangkan kedua - duanya. Walaupun Yara bukan darah dagingnya. Vin nekad untuk menolong Yasmin jaga Yara sama - sama dan berjaga malam untuk Yara.
" You pergilah tidur Vin.. I tahu you penat.. Esok you nak kerja.. Pergilah sambung tidur. Maaf kalau dengan tangisan anak I menganggu tidur you." Kata Yasmin.
Vin menggeleng.
" Aku okay je. Kau jangan risau. Aku kena biasakan diri untuk berjaga malam. Aku nak rasa macam mana kau rasa setiap hari berjaga malam untuk jaga Yara. Mana tahu nanti bila aku ada anak tak adalah kekok dan tak biasa nak jaga." Kata Vin.
" Ishh.. you ni. Jangan macam tu. I tak you berharap pada I. I takut nanti you kecewa." Balas Yasmin.
" InshaAllah, aku percaya pada yang Esa kerana dia yang tertentukan segalanya untuk kita. Cuma cepat atau lambat untuk dia hadir dalam hidup aku." Kata Vin dengan penuh makna.
" Dan aku cuma berdoa agar Allah lembutkan hati kau dan buka pintu hati kau buat aku."
Yasmin hanya biarkan sahaja apa yang Vin bercakap kerana dia tahu yang Vin masih lagi menanti jawapan darinya untuk bertindak ke fasa seterusnya.
Jangan lupa vote dan comment 🥰
Enjoy reading
YOU ARE READING
The Sincerity Of Crushed Love [ OG ]
Romansa[ S L O W U P D A T E ] Yasmin Izara x Muhammad Edith Vinzent " Aku cuma nak cakap... yang aku sangat benci kan kau Yasmin." Vin " Abang..." Yasmin Yasmin seakan terkaku apabila Vin tiba - tiba muncul di dalam rumah mereka. Vin mengambil keputusan...