Di IOI City Mall.
Vin dan adiknya masuk ke dalam 9months maternity melihat baju yang sesuai untuk dibelikan untuk Yasmin.
" Along... cantiknya baju - baju dekat sini. Sukanya adik...." Ujar Dzakiyah dengan teruja melihat pelbagai jenis pakaian ibu mengandung di dalam butik itu.
" Yee.. along tahu. Jangan teruja sangat. Macam awak pula yang mengandung adik. Behave sikit. Malu kalau orang tengok." Tegur Vin pada adik kesayangannya seorang itu.
" Baik along ku sayang. Adik mu ini akan mendengar segala teguran mu itu. Muahhh." Balas Dzakiyah buat muka comel.
" Dah jom kita pergi pilih baju sesuai untuk kawan along." Ajak Vin.
Selesai saja mencari semua barang keperluan untuk Yasmin. Vin pun memandu pergi ke kondominiumnya untuk menghantar semua barang itu.
" Tok tok tok" Vin mengetuk pintu rumah Yasmin.
"Ishhh along ni.... Kenapa ketuk pintu. Cuba bagi salam. Kan elok sikit. Ni tak, ketuk pintu macam nak tercabut pintu rumah." Tegur Dzakiyah pada Vin.
" Sorry..." Pinta Vin.
" Assalamualikum Yasmin...." Vin memberi salam sambil mengetuk pintu.
Yasmin yang sedang berehat di sofa ruang tamu sambil menonton televisyen tadi bangun membuka pintu rumah kerana dia tahu siapa gerangan yang memberi salam di luar rumah itu.
" Walaikumsalam... Wait a minute." Ujar Yasmin dari dalam sambil berjalan ke pintu rumah.
Yasmin membuka pintu rumah itu dan melihat ada bukan Vin seorang saja datang ke rumah itu. Malah, sebelahnya ada seorang gadis yang kecil molek dan comel.
" Hai kak Yasmin." Sapa Dzakiyah dengan riang kerana teruja gadis cantik itu dan menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Yasmin.
" Hai..." Jawab Yasmin kembali pada Dzakiyah dan menyambut huluran tangan oleh adik Vin.
Yasmin memanggil Vin rapat sedikit dengannya untuk bertanya siapa di sebelah Vin. Vin merapatkan badanya dengan Yasmin dan menunduk sedikit samakan ketinggiannya dengan Yasmin.
" You siapa budak comel dekat sebelah you tu?" Soal Yasmin dengan pelik.
Vin berbisik balik di telinga Yasmin.
" Yang budak comel sebelah aku tu adalah adik aku." Ujar Vin.
Yasmin hanya mengangguk.
" Yasmin... lupa aku nak kenalkan dekat kau budak comel di sebelah aku ni, adik aku. Nama dia Dzakiyah Talita." Vin memperkenalkan adiknya pada Yasmin.
" Hai Talita..." Sapa Yasmin semula pada Dzakiya.
" Hai akak cantik." Balas Dzakiyah dengan tersenyum manis.
" Masuklah..." Yasmin menjemput Vin dan adiknya masuk ke dalam rumah itu kerana kesian dengan membawa memegang barang yang banyak.
Vin dan Dzakiyah masuk ke dalam rumah itu dan meletakkan ke semua barang itu di atas sofa.
" You all duduk lah dulu. I pergi dapur sekejap buatkan air untuk you all dekat dapur. Mesti you all penatkan bawa barang tadi. Tunggu sekejap tau." Pamit Yasmin untuk ke dapur membuat air untuk tetamunya.
Siap saja membuat air di dapur Yasmin membawa dulang yang ada cawan serta jug ke ruang tamu dan di letakkan atas meja. Belum sempat Yasmin membongkokkan badannya untuk meletakkan air. Vin mengambil dulang itu dari Yasmin dan letak di atas meja.
" Aaaa... along you so sweet like a candy. Tolong kak Yasmin letakkan dulang atas meja." Sakat Dzakiyah pada Vin.
Pipi Yasmin mula kemerahan kerana malu dengan sakat dari Dzakiyah.
" Mengarut laa awak adik." Bantah Vin.
" You all jemput laa minum." Ajak Yasmin.
Yasmin baru saja ingin mengangkat jug air tu. Vin mengambil terus dari Yasmin dan tuang di dalam gelas.
Dzakiyah hanya memerhati je tingkah laku abang sulungnya menolong Yasmin untuk tuang air. Dzakiyah tahu abangnya itu ada menyimpan satu perasaan pada Yasmin tapi dia masih lagi dengan egonya.
Kalau betul dia hanya kesian pada Yasmin. Abangnya tak akan sewenang - wenang nak membantu Yasmin. Dia akan biarkan saja Yasmin di tepi jalan dalam keadaan hujan yang lebat.
" Yasmin..." Vin memanggil Yasmin yang rancak berborak dengan adiknya.
" Yaa you.... Kenapa??" Soal Yasmin.
" Ni aku ada beli sikit barang keperluan untuk kau. Tapi yang baju dan pakaian dalam kau jangan risau. Yang tu semua adik aku yang pilihkan aku cuma bayarkan je." Terang Vin pada Yasmin takut Yasmin salah faham dengannya.
" You kenapa susahkan diri you belikan semua ni. Padahal I boleh je balik semula rumah Asyariq pergi ambil barang dekat sana." Kata Yasmin.
" Kau nak ke heret dan halau lagi sekali ke dengan Asyariq. Tak cukup ke malam tu dia buat apa dekat kau. Kau memang tak serik eh." Tegur Vin dengan tegas menaikkan satu okta suaranya.
Yasmin hanya menunduk dan senyap kerana tiada jawapan untuk di balas.
" Ishhh... along ni. Tak baik buat kak Yasmin macam tu. Cuba cakap elok - elok sikit. Tak payah nak naikkan suara along tu. Faham lah sikit perasaan orang mengandung ni sensitif." Celah Dzakiyah sambil mengosok belakang Yasmin.
" Yelah. Yasmin aku minta maaf. Aku tak sengaja nak tinggi suara dengan kau. Aku bukan apa. Aku kesian dekat kau. Cukuplah malam tu kau kena teruk dengan Asyariq." Pinta Vin dan jelaskan kenapa dia tegas apabila Yasmin ingin ke rumah Asyariq.
Yasmin rasa membuak - buak marah pada Vin dan teringat kembali kejadian malam tu.
" Itu semua salah you Vin. Kalau you tak bongkarkan semua rancangan I pada Asyariq mungkin I dah bahagia dengan dia Vin. Tapi you dengan Eryna dah musnahkan segala - galanya Vin. I benci you Vin. I benci you Vin. You pergi balik sekarang. I tak nak tengok muka you. Disebabkan you family I buangkan I dalam hidup mereka. Bukan tu saja. Asyariq pun ceraikan I sebabkan you. I benci you Vin." Hembur Yasmin pada Vin dengan tersedu - sedu menangis.
Dzakiyah yang berada disebelah Yasmin memeluk Yasmin untuk meredakan kemarahan dan tangisan Yasmin.
" Suuuuu.... akak. Please don't cry." Pujuk Dzakiyah.
" Yasmin.... aku minta maaf. Aku cuma jalankan tanggungjawab aku sebagai bodyguard je. Kerja yang aku buat untuk bongkarkan segala muslihat kau pun. Di minta oleh Eryna. Aku minta maaf Yasmin." Pinta Vin.
" Along balik dulu. Biar adik duduk sini temankan kak Yasmin dekat sini. Kalau mummy tanya mana adik. Kata adik tidur rumah kawan adik malam ni. Esok adik balik." Kata Dzakiyah pada abangnya.
Vin hanya mengangguk dan terus bangun dari duduknya keluar dari rumah itu.
- Jangan lupa vote and comment tau kesayangan semua -
- Love you guys muahhhh -
YOU ARE READING
The Sincerity Of Crushed Love [ OG ]
Romantiek[ S L O W U P D A T E ] Yasmin Izara x Muhammad Edith Vinzent " Aku cuma nak cakap... yang aku sangat benci kan kau Yasmin." Vin " Abang..." Yasmin Yasmin seakan terkaku apabila Vin tiba - tiba muncul di dalam rumah mereka. Vin mengambil keputusan...