Di Taman Tasik Titiwangsa,
Setelah pulang dari rumah Asyariq dan Eryna. Vin membawa Yasmin ke taman tasik titiwangsa untuk beriadah petang sambil makan aiskrim dan menikmati pemandangan indah di tasik itu.
Vin memerhati Yasmin menikmati pemandangan petang sambil menghirup udara segar di taman itu dengan sangat tenang. Vin tahu Yasmin sudah lama tidak keluar dari rumah setelah kejadian itu berlaku. Yasmin banyak terperuk di dalam rumah dan membuat kerjanya sendiri.
Vin yang tadi hanya memerhati Yasmin duduk di bangku itu. Vin memberanikan dirinya untuk mendekati Yasmin dan duduk di sebelah Yasmin.
" Hai, Jauh kau termenung?" Soal Vin dengan pelahan duduk di sebelah Yasmin.
" Mana ada I termenung. I cuma menikmati pemandangan di taman tasik ni." Jawab Yasmin dengan tersenyum manis.
" Yeke? Kau tak termenung?" Soal Vin lagi untuk mendapat kepastian.
" Betullah you. I kalau dulu - dulu suka sangat pergi tasik ni. Kalau I tengah stress sebab dekat sini membuatkan I rasa sangat tenang. Pemandangan dekat sini membuatkan jiwa dan hati yang tengah amarah menjadi sejuk. Kadang itu, I selalu lepaskan apa yang I pendam di dalam hati I ni dengan menjerit sekuat hati I dekat sini. Pada mulanya, memang orang yang ada dekat taman tasik ni pelik tapi lama - kelamaan dia orang okay je." Luah Yasmin pada Vin.
" Sebab tu lah kau suka sangat bila aku ajak kau datang sini. Rupanya kau suka dengan kehijauan dan dengar suara burung yang berkicauan di langit." Ujar Vin.
" Iyar, I lama dah tak keluar rumah. Bila keluar je dari rumah I gembira sangat. Lagi - lagi you bawa I datang sini. I rindu nak datang tempat ni. Walaupun I menolak ajakkan you tapi sebenarnya I nak sangat keluar." Luah Yasmin tersenyum manis.
Vin mengangguk memahami perasaan Yasmin.
Lama mereka berdua senyap kan diri. Vin cuba memberanikan dirinya untuk meluahkan rasa yang lama dia pendam di dalam hatinya tentang perasaan cinta dan sayangnya dia pada Yasmin.
" Yasmin..." Vin memanggil Yasmin dengan sangat lembut.
" Ya, Kenapa?" Soal Yasmin.
" Aku ada benda nak cakap dengan kau." Ujar Vin dengan teragak - agak.
" Apa dia Vin?" Tanya Yasmin.
" Sebenarnya....." Tergantung ayat Vin apabila jantungnya mula berdegup kencang untuk meluahkan perasaannya terhadap Yasmin buat pertama kalinya.
" Sebenarnya apa Vin?" Tanya Yasmin masih keliru dan pelik dengan sikap Vin.
Dengan satu nafas " Sebenarnya aku suka dan cintakan kau. Sudi tak kau jadi isteri, pemaisuri dan bidadari aku hingga ke akhir hayat?" Soal Vin melamar Yasmin menjadi permata di hatinya yang setelah sekian lama tiada penghuni.
Terkedu Yasmin seketika dengan luahan Vin terhadapnya.
" Aku faham kalau kau tak dapat nak bagi jawapan. Kau mesti terkejut dengan apa aku cakap dekat kau. Tak apa, aku bagi kau masa untuk berfikir." Ujar Vin agak sikit hampa apabila Yasmin hanya diamkan diri.
Vin baru sahaja ingin bangun dari duduknya untuk pergi ke tempat lain. Langkahnya terhenti apabila Yasmin memanggil namanya.
" Vin..." Panggil Yasmin dengan lemah lembut.
Vin terus menoleh ke belakang dan memandang wajah Yasmin.
" I tak layak untuk you Vin. I ni perempuan kotor dah disentuh oleh lelaki lain. I tak sempurna Vin. I tak layan untuk lelaki sebaik you." Luah Yasmin.
" Aku tak kisah pun pasal tu Yasmin. Di saat aku lafaz akad, itu bermaknay aku akan terima kau di dalam hidup aku seadanya kerana aku sayang dan cintakan kau sejak pertama kali kita berjumpa dekat sebuah kafe." Ujar Vin untuk menyakinkan Yasmin.
" Tapi Vin..."
" Tak ada tapi - tapi Yasmin. Aku nak jadikan kau isteri aku dengan ikhlas bukan untuk permainkan kau Yasmin macam lelaki dekat luar sana yang gunakan kau sahaja . Aku nak jaga kau. Aku nak jaga anak dalam kandungan kau seperti anak aku sendiri dan lindungi kau dengan dia dengan sehabis baik. Lagi satu, Cuba kau fikir bila anak kau dah lahir mesti nak kasih sayang seorang ayah. Bila dia dah besar mesti dia akan tanya mana ayah dia. Sanggup kau biarkan dia membesar tanpa kasih seorang ayah?" Ujar Vin masih memujuk Yasmin untuk menerimanya.
" I boleh besarkan dia sendiri Vin. I tak nak susahkan sesiapa. Malah, keluarga you pun I tak nak susahkan Vin. I tak nak terhutang budi dengan keluarga you dan dengan you Vin." Balas Yasmin.
" Aku ikhlas Yasmin untuk jaga kau. Keluarga aku pun tak kisah untuk jaga kau. Lagi - lagi momma aku. Suka sangat dekat kau. Sanggup jaga kau sampai bersalin sehingga habis pantang. Adik perempuan aku pun sama sayang sangat dekat kau Yasmin. Dia seronok sangat bila ada kau dalam rumah itu. Iyyah siap kata dekat aku yang dia tak sunyi lagi dalam rumah tu sejak ada kau sebab kau lah teman berborak dia. Kaulah teman dia tengok drama kegemaran dia." Ujar Vin.
" Vin bagi I masa untuk fikirkan apa yang you katakan pada I. Kalau I dah dapat jawapan untuk soalan you. I sendiri akan berjumpa you dan beri jawapan itu." Balas Yasmin.
" Okay. Aku akan masa untuk berfikir tentang apa yang aku perkatakan tadi." Ujar Vin.
" Thank you Vin." Ucap Yasmin.
Hari sudah semakin senja. Mereka sudah lama duduk di taman tasik sehingga menganjak maghrib. Vin mengajak Yasmin balik kerana baru teringat akan pesan dari Puan Sri Dzakira.
" Dah, jom balik. Nanti momma bising kau keluar lama." Ajak Vin menghulurkan tangan untuk membantu Yasmin bangun.
" Jom."
Yasmin cuba untuk bangun sendiri. Pada mulanya, dia hanya mengabaikan saja huluran tangan dari Vin tapi dia tak mampu untuk bangun sendiri kerana perutnya kain membesar dan menyukarkan Yasmin untuk bangun. Yasmin menyambut huluran Vin dan Vin membantu Yasmin bangun dari duduknya.
Mereka beransur pulang selepas pelbagai persekataan antara mereka tadi.
Jangan lupa vote dan comment dear 😘
Cukup 10 votes update chapter baru 😉
Sayang reader semua ❤️
YOU ARE READING
The Sincerity Of Crushed Love [ OG ]
Romance[ S L O W U P D A T E ] Yasmin Izara x Muhammad Edith Vinzent " Aku cuma nak cakap... yang aku sangat benci kan kau Yasmin." Vin " Abang..." Yasmin Yasmin seakan terkaku apabila Vin tiba - tiba muncul di dalam rumah mereka. Vin mengambil keputusan...