FLASHBACK
Pada malam itu,
Ke semua ahli keluarga Eryna dan Asyariq berkumpul di rumah agamnya. Asyariq hanya menanti kehadiran Eryna di rumah itu.
Tiba di perkarangan rumah agam mereka. Eryna keluar dari perut kereta melihat penuh kereta di perkarangan rumah mereka dengan kereta ahli keluarganya serta sahabat baiknya. Eryna pun berjalan masuk ke rumah itu.
"Assalamualikum." Eryna memeberi salam dengan lembut dan perlahan.
"Walaikumsalam." Jawab orang yang ada di dalam rumah itu.
"Maaf, Eryna lambat. Ada meeting dengan client." Kata Eryna kepada ahli keluarga dan masuk menuju kea rah Asyariq dan menyalam Asyariq sebelum duduk di sebelah sahabat baiknya.
"Tak apa. Duduk sayang." Arah Asyariq selepas Eryna salam dengannya.
Eryna beransur duduk di sofa sebelah Izzah dan Emelia.
" Ada apa kamu panggil semua datang ke rumah kamu?" Soal Tengku Adham.
"Asyariq panggil semua berkumpul malam ni. Ada perkara yang Asyariq beritahu pada semua dan bongkar kan." Ujar Asyariq pada semua yang ada di dalam rumah itu.
Yasmin di sebelah Asyariq sudah gelisah dan tak tenang hati dengan apa yang dikatakan oleh Asyariq.
"Vin.. meh sini sampul surat dan ipad tu" Pinta Asyariq.
Vin menghulurkan smpul surat serta ipad itu pada Asyariq.
"Di dalam ni ada semua bukti yang menyatakan Asyariq tak bersalah dalam hal malam kejadian tangkap khalwat."Terang Asyariq.
Dato Amran dan Tengku Adham mengambil sampu surat serta ipad yang ada di atas meja dan melihat semua isi di dalam sampul surat itu.
" Dan untuk pengetahuan semua. Anak yang dalam perut Yasmin tu bukan anak Asyariq. Itu anak dia dengan jantin lain." Sambung Asyariq.
Terkejut orang di dalam rumah mendengar apa yang dikatakan oleh Asyariq.
" Apa you cakap ni bie!!! Ni memang anak you lah bie. You yang sentuh i malam tu. You yang tak ingat bie." Nafi Yasmin tentang apa yang dikatakan oleh Asyariq.
"Kau nak nafikan apa lagi Yasmin. Kalau ikutkan pengiraan aku. Patutnya usia kandungan tu tak sampai pun 7 bulan. Semua dah terbukti yang memang kau tidur dengan laki lain.Yaa.. memang aku pernah tidur dengan kau tapi aku tak sentuh lebih dari tu. Aku cuma peluk dan cium kau je. Kau dah terlanjur dengan orang lelaki lain kau datang merayu dekat aku kata kau cinta dan sayang aku lagi sebab apa??? Sebab jantan yang tidur dengan kau tu tak nak bertanggungjawab atas apa yang dia buat dekat kau kan!!! Lepas tu, kau perangkap aku supaya kahwin dengan kau!!!" Lantang Asyariq.
Yasmin terdiam.
Eryna pun memberi isyarat mata pada Vin untuk membuka cerita tentang bukti tersebut.
Eryna berdehem kerana dalam rumah itu terlampau bising.
" Maaf, kalau saya menyampuk sedikit. Malam ni saya akan cerita dan terangkan segala perkara yang terjadi di dalam masa 6 bulan perkahwinan Tengku Asyariq dengan Yasmin. Segala bukti yang ada pada Dato dan Tengku. Saya dan anak buah saya selidik dan siasat tentang perkara ni. Saya sendiri berlakon menjadi orang suruhan Yasmin dan pada malam Tengku Asyariq dengan Yasmin kena tangkap khalwat saya yang telefon atas arahan Yasmin. Pada mulanya saya tak sampai hati untuk menelefon tapi demi untuk melihat permainan Yasmin. Saya terpaksa." Terang Vin.
"Apa yang dikatakan oleh Tengku Asyariq pasal kandungan Yasmin adalah benar. Itu bukan anak Tengku Asyariq dengan Yasmin. Sebab malam kejadian Yasmin tidak sempat nak sentuh Tengku Asyariq dan kandungan Yasmin itu anak dia dengan jantan lain. Pada malam yang di tak balik rumah Yasmin mabuk teruk dan ada seorang lelaki iaitu kekasih Yasmin bawa Yasmin ke sebuah hotel dan malam tu mereka terlanjur." Sambung Vin.
" Sumpah bie. I tak tidur dengan mana - mana lelaki melainkan you bie. Percayalah cakap I bie. Ni anak you bie." Rayu Yasmin bangun dari duduknya gerak ke arah Asyariq dan memegang tangan Asyariq.
"Tak payah nak pegang tangan aku. Aku jijik dengan kau Yasmin dan berani kau bersumpah Yasmin dengan apa yang kau buat. Kau tak takut Allah ke???" Ujar Asyariq melepaskan pegangan tangan Yasmin dan Asyariq menolak Yasmin ke tepi.
Yasmin menahan sakit senak di perutnya kerana tendangan dari anaknya dan tolakkan Asyariq tadi membuatkan dia terhentak sedikit.
Yasmin merenung tajam pada Vin. Malah, Vin hanya buat tidak tahu dan mengabaikan pandangan dan renungan Yasmin. Vin meneruskan ceritanya.
" Sampai hati kau buat aku macam ni kan Yasmin. Aku layan kau dengan baik sepanjang kau mengandung sampai aku abaikan tanggungjawab aku pada Eryna. Semata - mata nak jaga hati kau yang tengah mengandung sampai Eryna macam orang bodoh menagih kasih sayang dan perhatian dari aku. Aku nak tanya apa salah aku pada kau sampai kau nak hancurkan hubungan rumah tangga aku dengan Eryna???" Soal Asyariq dengan lantang pada Yasmin.
" You tak salah apa bie. Tapi perempuan tu yang salah. Dia rampas you dari I bie. Dari zaman sekolah lagi dia rampas you dari I. I sayang you sepenuh hati I bie. Tapi you lebih pilihkan Eryna dari I. sebab tu I nekad dalam hidup I nak hancurkan hubungan you dengan Eryna sebab you I punya." Kata Yasmin dengan senyum sinis.
" Eryna tak pernah rampas kau dari aku. Malah, kau yang rampas aku dari dia. Lagi satu, aku yang terkejar - kejar Eryna balik sebab apa kau nak tahu?" Tanya Asyariq pada Yasmin.
" Sebab apa Asyariq?? Tell me!!!" Ujar Yasmin.
"Sebab Eryna segala - galanya buat aku dan untuk pengetahuan kau Eryna separuh jiwa dan hati aku. Rasa sakit dia yang aku buat dulu payah untuk dia pulihkan. Ni aku tambah balik sakit dan luka dihati dia sebab bagi perhatian pada kau. Aku duduk penthouse itu sampai berbulan - bulan tak balik rumah aku dengan Eryna. Aku sanggup abaikan segala tanggungjawab aku pada Eryna sampai dia rasa tersisih dan kurang perhatian dari aku. Sebab aku terlampau tumpu perhatian pada kau. Sebab aku ingat kau kandungkan anak aku. Tapi, malangnya bukan anak aku tapi anak kau dengan jantan lain." Ujar Asyariq.
" You, I minta maaf. Jangan buat I macam ni." Rayu Yasmin memeluk kaki Asyariq.
" Dah lah Yasmin. Aku muak dengar kata maaf dari kau. Sedarlah aku memang tak ada hati dengan kau. Hati aku dah mati dengan kau lama dah." Tengking Asyariq menolak Yasmin.
"Please you... maafkan I." Rayu Yasmin lagi.
Kau dengar sini Yasmin. Bersaksikan ahli keluarga dan isteri serta kawan - kawan aku. Puteri Yasmin Izara Binti Dato Tahjuddin, aku ceraikan kau dengan talak tiga." Ujar Asyariq.
Eryna pun bangun dari duduknya berlalu naik ke atas. Belum sempat naik ke atas Yasmin berbunyi.
" Puas hati kau Eryna!!! Kau dah dapat Asyariq balik. Gembiralah kau dapat rampas Asyariq dari aku balikkan." Lantang Yasmin.
Eryna hanya biarkan apa yang dikatakan oleh Yasmin padanya. Eryna terus masuk ke dalam lif naik ke atas.
"Sudah Yasmin, Kau berambus dari rumah aku. Aku tak nak tengok muka kau lagi dalam rumah ni berambus." Halau Asyariq.
" Please bie, jangan buat I macam ni. I tak tahu nak duduk mana. Keluarga I dah buang I." Rayu Yasmin.
" Vin kau bawa keluar perempuan ni dari rumah aku. Aku nak kau hantar dia dekat mana - mana. Asalkan dia tak tunjukkan muka dia depan aku." Arah Asyariq pada Vin.
" Baik Tengku." Jawab Vin mengangkat Yasmin dan bawa keluar dari rumah itu.
END FLASHBACK
YOU ARE READING
The Sincerity Of Crushed Love [ OG ]
Romance[ S L O W U P D A T E ] Yasmin Izara x Muhammad Edith Vinzent " Aku cuma nak cakap... yang aku sangat benci kan kau Yasmin." Vin " Abang..." Yasmin Yasmin seakan terkaku apabila Vin tiba - tiba muncul di dalam rumah mereka. Vin mengambil keputusan...