Pada malam itu, adik - adik Vin serta Puan Sri Dzakira dan Tan Sri Eshan berkumpul di ruang tamu selepas makan malam kerana Vin ingin membuat pengumuman dan memberitahu berita gembira buat keluarganya.
" Haa.. ada apa along panggil semua berkumpul dekat ruang tamu ni?" Soal Tan Sri Eshan pada anak sulungnya.
" Sebenarnya... along panggil semua orang berkumpul dekat ruang tamu sebab along nak bagitahu yang along nak tamatkan zaman bujang tahun ni." Beritahu Vin berita gembira itu pada keluarganya.
" Apa dia? Along tak main - mainkan soal ni?" Tanya Puan Sri Dzakira demi kepastian betul ke anaknya katakan itu.
" Betul momma. Along tak main - main. Along serius nak kahwin." Balas Vin.
Keluarga Vin terkejut apabila dia mengumumkan hasratnya untuk menamatkan zaman bujang tahun ini. Mereka tidak menyangka dia sudah bersedia untuk melangkah ke fasa baru dalam hidupnya. Pelbagai reaksi timbul; ada yang gembira dan tidak sabar untuk merayakan, sementara yang lain bimbang tentang perubahan yang akan datang. Vin cuba meyakinkan mereka bahawa keputusan ini adalah yang terbaik untuknya.
Vin berusaha keras untuk memujuk Yasmin agar menerimanya. Dia melakukan pelbagai cara, dari membawa Yasmin ke tempat kegemarannya hingga mengungkapkan perasaannya secara tulus. Setelah melalui banyak perbincangan dan momen yang penuh emosi, akhirnya Yasmin memutuskan untuk menerima Vin seadanya. Mereka berdua merasakan bahawa hubungan mereka semakin kuat, dan ini menjadi titik permulaan bagi perjalanan bersama yang baru.
" Siapa gadis pilihan along?" Tanya Puan Sri Dzakira pada anak sulungnya.
" Gadis pilihan along tu. Yang selalu dekat kita. Yang momma anggap dia sebagai anak sendiri." Kata Vin memberi klu pada Puan Sri Dzakira dan yang lain juga.
" Maknanya, gadis pilihan along ialah Yasmin. Betul tak apa yang momma teka?" Tanya Puan Sri Dzakira.
Yasmin disebelah adik perempuan Vin dah tidak keruan apabila Puan Sri Dzakira dapat meneka yang dia akan jadi teman hidup anak sulung mereka.
" Betul momma." Jawab Vin dengan lembut.
" Alhamdulilah. Akhirnya, kita dapat juga menantu abang." Mengucap syukur Puan Sri Dzakira dengan berita itu.
Puan Sri Dzakira bangun dari duduknya di sebelah Tan Sri Eshan ke sebelah Yasmin dan terus memeluk bakal menantunya itu.
" Terima kasih Yasmin sebab bagi anak momma rasa cinta dan sayang pada Yasmin." Luah Puan Sri Dzakira dengan sebak kerana anak sulungnya itu payah sekali nak rapat dengan wanita. Sikap beku dan diinginnya hampir menakutkan semua gadis di luar sangat. Aura Vin sangat lain daripada lain.
Ada juga gadis di luar sana meminatinya dan tergilakan dia tapi tak hiraukan kegilaan gadis - gadis itu padanya kerana gadis itu memandangnya kerana harta dan kekayaan serta pangkat yang dia ada sebenarnya.
" Sama - sama momma. Yasmin dah betul - betul rasa cinta pada Vin sebab cara dia layan anak Yasmin dengan Yara sangat perihatin. Lagi - lagi bila dengan Yara. Vin nampak sayang sangat dengan si kecil itu. Agaknya kalau Yasmin pisahkan Yara dengan Vin mesti Yara akan cari Vin sebab dua beranak tu terlampau rapat momma." Ujar Yasmin dengan nada sebak tidak sanggup pisahkan anaknya dengan Vin kerana dia tiada siapa lagi yang mahu meyayanginya selain Vin dan keluarga itu.
" Aaa... tak sabarnya nak tengok along dengan kakak Yasmin naik pelamin. Yahuu..." Bersorak Dzakiyah dengan Elhan siap berjoget.
" Kita langsungkan majlis along dengan Yasmin selepas Yasmin habis pantang dan sihat sepenuhnya." Kata Puan Sri Dzakira memecah kesunyian.
" Macam mana? Setuju atau tak?" Tanya Puan Sri Dzakira pada Yasmin dan Vin.
" Along tak kisah. Lagi cepat lagi bagus." Kata Vin.
" Jadi Yasmin macam mana?" Soal Puan Sri Dzakira pada Yasmin menunggu keputusan Yasmin.
" Yasmin ikut apa sahaja yang momma uruskan untu Yasmin. Tapi satu sahaja Yasmin nak minta dengan momma dengan dadda dan Vin ialah Yasmin nak sangat jumpa mommy dan daddy Yasmin. Kali ni, Yasmin rasa sangat menyesal dengan apa yang Yasmin buat pada mereka. Yasmin nak minta ampun dan restu dari mereka dan Yasmin nak sangat daddy jadi wali untuk pernikahan kali ini." Pinta Yasmin berharap Vin pertimbangkan permintaannya untuk berjumpa kedua orang tuanya.
" InshaAllah, aku akan cuba jumpa mommy dan daddy kau. Lepas tu, bincang dengan dia orang tentang permintaan kau untuk berjumpa dengan mereka. Aku harap kau banyakkan berdoa supaya Allah lembutkan hati kedua ibu bapa kau Yasmin." Kata Vin memberi hati Yasmin tidak sedih dengan permintaannya tadi.
" Dah tak nak sedih - sedih dah. Tak baik untuk ibu masih berpantang. Yasmin pergi naik atas rehat. Pukul berapa dah ni. Lama dah kita berborak dekat bawah nanti Yara menangis bila tengok mama dia tak ada dalam bilik." Kata Puan Sri Dzakira meminta Yasmin berehat dari memikirkan masalahnya.
Yasmin mengangguk dan bangun dari duduknya beransur naik ke atas menggunakan lif kerana dia masih lagi dalam pantang. Bahaya untuk Yasamin untuk turun naik tangga.
Jangan lupa vote dan comment dear 😘
Cukup 10 votes update chapter baru 😉
Sayang reader semua ❤️
YOU ARE READING
The Sincerity Of Crushed Love [ OG ]
Romance[ S L O W U P D A T E ] Yasmin Izara x Muhammad Edith Vinzent " Aku cuma nak cakap... yang aku sangat benci kan kau Yasmin." Vin " Abang..." Yasmin Yasmin seakan terkaku apabila Vin tiba - tiba muncul di dalam rumah mereka. Vin mengambil keputusan...