"Dear passengers, This is your lady captain Hazi Marilyn speaking. We are now beginning our descent into Incheon International Airport in Seoul, South Korea."
"We hope you have enjoyed your flight with us today. The weather on the ground is 12.9 degrees Celsius, and we anticipate a smooth landing."
"Please ensure that your seatbelt is securely fastened and your seatback and tray table are in their upright and locked positions. We kindly ask that you remain seated until the aircraft comes to a complete stop at the gate and the seatbelt sign has been turned off."
"On behalf of the entire crew, thank you for flying with us, and we hope to see you again soon. Captain Hazi, singning off." butang alat telekomunikasi pada belah kanannya dimatikan. Tangan cekap menekan beberapa butang di hadapan.
Pada masa yang sama, ada beberapa suara melintas, memberi arahan kepadanya.
"Yes, team. Thankyou for today." apabila menerima kata balas dari pihak sana, Hazi menekan butang mati.
"Good flight for today, Captain Haz." puji Ko-pilot yang setia bersamanya selama lima jam lalu.
"I know." ringkas balasan Hazi pada lelaki itu. Tanpa mengkilas lelaki itu, dia meneruskan langkah keluar dari kapal terbang.
"Eh, kejap!" sahutan kuat datang dari arah tandas. Terus mati langkah Hazi. Serentak dia ketap rapat bibir bersama mata yang terpejam. Hampir terjatuh ke bawah kot di atas lengannya.
"Amboi, nak larilah tu..." pramugari itu cekak pinggang. Hazi mengeluh panjang. Apalah nasibnya dapat sahabat seperti Audrey.
"Aku penat, aku nak pergi check in hotel dan tidur." terang Hazi dengan nada yang mahu tidak mahu saja. Tanpa menunggu balasan Audrey, lantas kakinya bergerak melepasi gadis itu. Malangnya terlebih dahulu Audrey capai lengannya.
"No, Haz! Babe, you dah janji dengan I yang you akan teman I tengok that match please..." cubaan melembutkan hati batu kapten Hazi. Audrey menggoncang tubuh sahabatnya yang tinggi ramping itu. Dengan harapan, Hazi termakan akan pujukan manjanya.
"I never said that?" terangkat sebelah kening Hazi mendengar itu. Tidak pernah sekali, dia beri respon tentang pelawaan Audrey. Suka hati wanita itu saja mereka cerita.
"You did!" makin berkerut dahi Hazi.
"When—"
"In my delusional world." Audrey menghadiahkan senyuman tidak bersalah. Hazi guling mata ke atas.
"Haz, pretty please...I nak sangat tengok match harini! We fly five hours just to come here." Audrey memuncung panjang. Sekali lagi dia goncang tubuh Hazi. Merayu agar wanita itu menemaninya.
"That's our job, Audrey. We're working with airlines." Hazi menayang pandangan bosan bersama kening yang terangkat ke arah sahabatnya.
Terkunci bibir Audrey. Lirikan Hazi turun pada tangan Audrey yang menggenggam lengan kirinya. Memberi isyarat mudah.
Lambat-lambat Audrey meleraikan pegangan.
Hazi mengkemaskan lipatan kot kerja di lengan lalu mengorak langkah menuju ke pintu keluar. Sementara Audrey memeluk tubuh, mengekori kepergian Hazi yang langsung tiada perasaan serba salah.
Antara salah satu sifat yang ada dalam diri seorang Hazi Marilyn adalah dingin. Tiada perasaan. Jika dapat dibandingkan wanita itu dengan peti beku, Hazi lebih dingin.
Akan tetapi love language wanita itu adalah act of service. Dia tidak menggunakan kata-kata untuk menyatakan kejujurannya tetapi wanita itu lebih gemar bertindak.
YOU ARE READING
𝐃𝐞𝐬𝐭𝐢𝐧𝐲 [SU]
Romance[ A SPORT ROMANCE ] Captain Zayn Chester X Captain Hazi Marilyn Zayn Chester, seorang kapten bola sepak yang terkenal dan berjaya, memiliki reputasi sebagai seorang yang dingin dan tegas. Dalam dunia sukan yang penuh persaingan, dia tidak pernah me...