21

2.4K 296 31
                                    

         "Romel, kau tengok tepi kau. Ada wallet aku tak?" Sebelah tangan Zayn mengawal stereng manakala sebelah lagi menyeluk poket kerusi belakang. Terangkat tubuhnya, memanjangkan tangan.

Langsung Romel menyeluk tepi. Tubuh direndahkan, tangan mencari-cari beg dompet milik Zayn yang berkemungkinan terselit di mana-mana.

"Kapten tak bawa wallet ke tadi?" Kemudian Romel mengubah posisi. Kepalanya turun ke bawah kerusi. Berkerut seribu keningnya.

"Aku bawa--"

"Eh?"

"Dah jumpa?" Terus kepala Zayn pusing ke arah Romel.

"Bukan. Tapi... Ini kasut siapa?" Romel menarik keluar sepasang kasut Chanel Ballet Flat berwarna krim dan hitam.

Kasut itu diteliti lama. Oh, itu kasut yang disimpan di dalam keretanya. Sepasang kasut selesa itu dibeli oleh Zayn untuk Hazi yang kerap memakai kasut tumit tinggi ke mana-mana sahaja. Dia risau kaki Hazi melecet ketika mereka keluar bersama-sama. Jadi, sekurang-kurangnya Hazi ada kasut ganti.

Malangnya, hubungan mereka terlalu singkat untuk Hazi merasai kasut pemberian Zayn.

"Aku suruh kau cari lain. Jangan suka hati sentuh barang orang boleh tak?" Kasut itu direntap dari Romel dan dicampak ke kerusi belakang. Terpinga-pinga Romel dibuatnya.

"Kapten... Ada girlfriend!?" Tangan naik menekup mulut. Enggan percaya sama sekali.

"Nonsense," Sedari, Romel semakin rapat ke arahnya. Dia memandang Zayn, dalam. Seolah-olah mencari penipuan disebalik wajah lelaki itu.

"Hm, Macam jujur... Macam tipu..." Mata Romel mengecil. Dagu diusap.

"Kasut tu baru lagi tau Kapten," Sikap ingin tahu Romel semakin menjadi-jadi dibuatnya. Sengaja ingin memerangkap Zayn.

"Jadi? Kau sibuk tentang kasut tu kenapa?" Mendatar nada Zayn. Sepasang matanya fokus ke pemanduan.

Jika ingin melayan perangai Romel hingga esok pun dia tak jumpa beg dompetnya yang hilang. Sudahlah segala kad debit, kad pengenalan ada di dalam dompet itu. Bagaimana boleh tercicir ketika dia sibuk dengan majlis. Satu kerja pula dia perlu ke balai polis pada jam sebegini.

"Kenapa emosi? Ha... Betul eh jangkaan saya?" Romel membuat teorinya sendiri. Bibir tersengih nakal.

"Kapten jangan malu. Ini antara kita-kita je. Saya janji saya tak sebarkan ke orang lain. Pinky promise!" Dia menjulur jari kelingkingnya. Bersungguh-sungguh mahu korek rahsia lelaki misteri seperti kaptennya itu.

Zayn menepis tangan Romel dari menghalang pandangannya. "Kalau sehari kau tak merepek tak boleh, ke? Itu kasut Zendaya,"

"Lah, Saya kena tipu ke ni?" Terus kendur senyuman Romel. Baru saja niatnya mahu sebar ke rakan-rakan sepasukan mereka bahawa kapten mereka dilamun cinta. Bakal menjadi topik hangat!

Seperti jangkaan Zayn. Seorang budak yang 'innocent'. Mudah-mudah saja lelaki itu diperdaya.

"Keluar," Arah Zayn tiba-tiba.

Romel menilik ke luar sebelum matanya tiba-tiba terbuntang luas. "K...Kapten, janganlah hantar saya pergi balai polis. Saya budak baik. Betul!" Tidak semena-mena lengan Zayn digoyang kuat, merayu kepada lelaki itu.

"Kalau kapten marah sebab saya tuduh kapten ada girlfriend, saya minta maaf dari hujung rambut ke hujung dagu." Merayu Romel lagi kali ini lebih ikhlas, sedikit. Kerana dia tidak salah sepenuhnya. Jadi, minta maf suku badan sahaja.

Jentikan ke dahi Romel membuat genggaman tangannya terlepas. "Aduh!" Tangan naik menggusap dahi.

"Kau merepek apa ni? Aku nak buat laporan wallet  aku hilang." Enjin kereta dimatikan.

𝐃𝐞𝐬𝐭𝐢𝐧𝐲 [SU]Where stories live. Discover now