"Very stupid of them," Juntaian rambut basah disisih ke belakang apabila pengering rambut dibawa dekat. Renungan memandang pada pantulan cermin. Sekilas, Hazi mencuri pandang wajah di skrin MacBook yang ditempatkan di sebelah singki.
Kedengaran tawa halus Zayn. "You should be an actress, Hazi. Really,"
Hazi mengguling mata ke atas. Jelas-jelas memerli Hazi yang menampilkan lakonan yang mantap hinggakan Dato' Hamidi dan Karl terjerat ke dalam permainan yang direka oleh Hazi dan Zayn sejak beberapa hari lalu.
"Pandai Karl berlakon. Patutlah selalu mengikut bontot Grand. Ada udang di sebalik batu rupanya. Tak ada beza antara dia dan Hael. Dua-dua bodoh." Kemudiannya, suis pengering rambut dimatikan. Sikat rambut dicapai.
"Dah boleh nampak siapa calon suami kau," Celah Zayn. Dia sedang berada di dapur. Menunggu mesin kopi selesai. Telefon miliknya ditempatkan di sudut yang sesuai agar mata dapat memandang wajah Hazi di sebalik talian.
"Who? You? Keep on dreaming, Mr. Chester. After all these messed, you expect me to trust a boy? I don't even trust my Grand." Kedengaran sinis nada Hazi mengatakan itu.
"Correction, I'm a man." Sedikit demi sedikit latte buatannya dicicip dengan tenang. Tidak terganggu dengan ancaman Hazi yang ditujukan buatnya.
"You're a man when I tell you you're a man."
Ternaik sebelah kening Zayn. "Luckily, I'm not just a man. I'm your man." Lancar ayat itu keluar dari bibir Zayn.
"Oh, my. Should I be flattered by now?" Hazi menekup mulut bersama mata yang membulat. Reaksi tidak ikhlas itu sungguh membuat Zayn terhibur.
"Really, Hazi?" Zayn menggeleng kecil. Nasib saja Hazi tidak berada di hadapannya. Jika tidak, pasti mereka akan berperang buat ke berapa kali, dia juga tidak pasti. Terlalu banyak punca pergaduhan mereka. Semuanya kerana ego masing-masing.
Imbas kembali...
"Gila, ke tiba-tiba ajak aku makan?" Hazi mendengus kasar. Sekali lagi, dia diculik oleh Zayn. Tetapi kali ini di restoran mewah yang terletak di dalam hotel.
Selamba Zayn memegang bahu Hazi, memaksa wanita itu untuk duduk tanpa memberi sebarang penjelasan. Jelas-jelas wajah Hazi menunjukkan raut bingungnya.
"Shut up." Ringkas respons dari Zayn tetapi cukup untuk membuat bara api kemarahan Hazi membara.
"You tell me to what--"
"Mph!" Tapak tangan besar Zayn menekup bibir Hazi. Membulat luas biji mata. Sungguh, Zayn sedang menempah maut!
"Order anything. It's on the house. Gotta go now," Zayn melepaskan mulut Hazi. Sebelum itu, dia membetulkan kolar baju sebelum kaki menuju ke satu arah. Lebih tepat, sebuah meja yang sedikit jauh dari meja Hazi.
Mata mengecil, mengekori gerak geri Zayn. Tiba-tiba terpapar panggilan telefon dari Zayn di skrin. Lambat-lambat Hazi membawa telefon rapat ke telinga sambil memandang wajah Zayn dengan heran. Lirikan mereka bertembung. Berkerut dahi Hazi.
"Don't hang up. Put on mute while I'm in conversation," Arahan Zayn sedikit keras. Dia cukup kenal Hazi yang sangat mementingkan diri.
Belum sempat Hazi membidas semula, kehadiran dua susuk tubuh yang mengambil tempat di meja Zayn membuat tubuhnya terkaku.
Dato' Hamidi dan Karl.
Serta-merta Hazi diselubungi tanda tanya.
"Kau datang sendiri?" Soalan pertama Dato' Hamidi kepada Zayn yang mempamerkan wajah tanpa perasaan.
YOU ARE READING
𝐃𝐞𝐬𝐭𝐢𝐧𝐲 [SU]
Romance[ A SPORT ROMANCE ] Captain Zayn Chester X Captain Hazi Marilyn Zayn Chester, seorang kapten bola sepak yang terkenal dan berjaya, memiliki reputasi sebagai seorang yang dingin dan tegas. Dalam dunia sukan yang penuh persaingan, dia tidak pernah me...