"Zee bersiap nak ke mana? Harini Zee ambil cuti, kan?" Tegur Dato' Hamidi sedari Hazi mengenakan gaun panjang. Sempat dia mencicip kopi sebelum mengapai tongkat di kerusi sebelah. Langkah diorak merapati Hazi yang menatap pantulan wajah di cermin ruang tamu.
"Grand duduk sekarang," Arah Hazi dingin melalui pantulan cermin. Dapat dilihat dengan jelas langkah tidak stabil Dato' Hamidi yang ingin datang ke arahnya. Selesai rantai digantung di leher, Hazi memusing tubuh bertentangan lelaki tua itu.
Mematuhi arahan yang tidak jauh seperti amaran. Dato' Hamidi melabuhkan punggung di sofa berhampiran. Kedua-dua belah tangan menggenggam tongkat. Merehatkan dagu di situ bersama sisi mata memerhati gerak-geri cucunya.
"Dah tahu kaki tak kuat, sibuk nak bergerak ke hulu hilir." Jelingan diberikan sebelum meletakkan kopi Dato' Hamidi tadi di atas meja.
"Sayang juga Zee pada Grand, kan?" Terletus tawa halus Dato' Hamidi sebelum gelas dibawa rapat ke bibir.
"Bukan sayang. Terpaksa," Bidas Hazi kasar. Mata melilau, sedang mencari kasut yang bersesuaian di dalam almari.
"Terpaksa pun terpaksalah," Gelas dibawa turun.
"Oh, Zee. Grand hampir terlupa. By next week, company will attend a private dinner with one of our investor. They invited us. Tapi dengan keadaan Grand sekarang, Zee perlu gantikan Grand." Seketika, Hazi menoleh wajah ke arah Dato' Hamidi. Terangkat sebelah kening.
"Out of sudden?" Kemudian Hazi kembali dengan sepasang kasut tumit tinggi YSL miliknya.
"Grand tak boleh tolak. Dia investor terbesar company kita," Semakin bertambah tanda tanya Hazi mendengar itu.
"Which company?"
"Chantellé." Langsung mata Hazi naik ke wajah Dato' Hamidi.
"Chantellé. That jewerly company from New York?" Semakin serius nada Hazi. Memastikan dia tidak silap dengar.
"Zee kenal?" Pelik. Setahunya, Hazi tidak pernah tertarik dengan mana-mana syarikat yang melabur di syarikat mereka. Bagaimana wanita itu tahu Chantelle merupakan sebahagian daripada pelabur mereka?
"I've met her once." Jujur Hazi mahu tidak mahu.
"Really? Then it would be easy to face her by yourself," Jelas sinaran mata teruja Dato' Hamidi. Jadi dia tidak perlu risaukan Hazi selepas ini.
Buat seketika, Hazi mendiamkan diri.
Zendaya Chantelle. Pemilik syarikat perhiasan wanita terbesar di New York. Dan pada waktu yang sama, wanita berpengaruh itu merupakan kakak sulung kepada Zayn Chester.
Pertemuan ini disengajakan oleh wanita itu. Niatnya bukan untuk bertemu Dato' Hamidi. Sebaliknya, Hazi. Kerana wanita itu tahu Hazi sedang mengambil alih syarikat buat sementara waktu memandangkan kondisi Dato' Hamidi merisaukan.
Zendaya ingin bertemu Hazi. Dan Hazi tiada hak untuk membantah kerana dia membawa nama syarikat. Bukan atas urusan peribadi.
"Takkan nak jumpa investor pun dah takut? Belum pegang syarikat lagi," Sinis kedengaran nada wanita dari tingkat atas. Spontan mereka paling ke arah tangga. Datin Marie menuruni anak tangga, merapati mereka.
Terangkat sinis bibir Hazi. Datang dah bibik hodoh ni.
"Macam biskut. Kejap ada, kejap tak ada. Tapi, lebih baik tak ada. Pergi masuk liang lahat terus. Daripada hidup dengan mulut puaka tu, buat tambah dosa." Baru sahaja wanita itu mengambil tempat di sebelah Dato' Hamidi, terus disambar petir seorang Hazi Marilyn.
YOU ARE READING
𝐃𝐞𝐬𝐭𝐢𝐧𝐲 [SU]
Romance[ A SPORT ROMANCE ] Captain Zayn Chester X Captain Hazi Marilyn Zayn Chester, seorang kapten bola sepak yang terkenal dan berjaya, memiliki reputasi sebagai seorang yang dingin dan tegas. Dalam dunia sukan yang penuh persaingan, dia tidak pernah me...