"We almost head to the end of ceremony." Debaran kian menanti para pemain. Kini tinggal tiga anugerah yang masih dinanti-nanti.
Romel menarik, lalu menghela nafas berat. Tangan naik, menggenggam dada. Potensi dia pada musim ini meningkat berbanding musim lepas. Kemungkinan untuk dia menerima anugerah The Golden Boy Award atau lebih dikenali dengan Kopa Trophy, tinggi memandangkan dia antara pemain muda yang telah menonjolkan bakat luar biasa dengan menyumbangkan banyak mata dari hasil jaringannya.
Sekilas, Zayn pusing ke belakang. Mencari susuh tubuh Romel. Apabila wajah gelisah itu menjadi tatapan, dia pusing ke hadapan semula. Wajahnya seperti biasa, tenang.
"Ladies and gantleman, give a big applause to The Golden Boy of the season 2024, Romel Reyes!" Laung Emcee itu dengan penuh semangat.
Serentak spot light beralih ke Romel yang kini menjerit keriangan. Pantas kaki panjangnya berlari naik ke atas pentas, berbesar hati untuk menerima anugerah tersebut.
Sementara Zayn menyembunyi senyuman. Dia tidak menunjukkan reaksi lebih atas kejayaan lelaki itu. Jika tidak, kembang hidung dia dibuatnya.
Kedua-dua belah lengan Zayn memeluk tubuh, fokus kepada Romel yang kian menghamburkan tangisan. Pemain lain tertawa melihat reaksi dramatik satu-satunya pemuda kegemaran mereka.
Piala dihulur kepada Romel oleh beberapa orang penganjur kelab. Tidak henti-henti tangisan mengalir di pipi. Teresak-esak dia.
Dia membetulkan rambut sebelum memandang ke arah kamera, untuk mengambil gambar. Buat sesaat, dia menahan air mata demi sekeping gembar sebelum kembali menghamburkan tangisan.
Mikrofon yang ditempatkan tengah-tengah pentas dituju. Lelaki itu menangis pun kelihatan lucu.
"S..Saya," Piala itu dipeluk. Air mata meluncur laju. Tidak gagah bibir untuk berkata.
Sepatutnya mereka perlu berucap dalam Bahasa Inggeris memandangkan ahli kelab mereka terdiri daripada pelbagai negara. Tapi, kisah apa dia? Kepada yang tak faham tu padan muka. Siapa suruh tak pandai Bahasa Melayu.
"Terima kasih kepada abang-abang saya yang sering menghulurkan bantuan. Coach, Head Coach, Staf, dan terutama sekali, K...Kapten Zayn."
"W...Walaupun perangai saya macam syaitan, t...tapi Kapten Zayn selalu sabar dengan saya,"
"Sejak bila aku bersabar dengan kau," Gumam Zayn perlahan. Reaksinya kekal tenang biar pun namanya disebut-sebut oleh lelaki itu.
"Dan saya j...janji untuk mengekalkan prestasi saya sehingga Kapten Zayn jumpa jodoh!" Ayat terakhir daripada Romel mengundang sorakan kuat daripada ahli lain.
Terus berubah wajah Zayn. Lelaki itu tersengih lebar memandang Zayn.
Tenang Zayn, tenang... Rasa mahu pukul budak ni sekarang juga.
Sedangkan Hazi di sebelah Zayn tidak memberi reaksi terhadap ucapan Romel terutamanya kepada ayat terakhir yang kedengaran sinis di telinga mereka.
"Sekian, terima kasih!" Romel menunduk hormat sebelum turun daripada pentas. Sekali lagi, tepukan gemuruh diberi kepadanya.
"Congrats to our golden boy. Romel, we hope you'll stay consistent with your gameplay because to received a wedding invitation from Capten Zayn is the least thing he could've done." Pesanan buat Romel itu mengundang tawa seluruh dewan.
Siapa saja tidak kenal Kapten Zayn Chester merangkap pemain tanpa status percintaan. Bahkan mendekati peminat wanita juga tidak. Atapah lagi bercinta? Mustahil! Hidup lelaki itu sepenuhnya untuk bola sepak sahaja.
YOU ARE READING
𝐃𝐞𝐬𝐭𝐢𝐧𝐲 [SU]
Romance[ A SPORT ROMANCE ] Captain Zayn Chester X Captain Hazi Marilyn Zayn Chester, seorang kapten bola sepak yang terkenal dan berjaya, memiliki reputasi sebagai seorang yang dingin dan tegas. Dalam dunia sukan yang penuh persaingan, dia tidak pernah me...