15

2.7K 266 24
                                    

Tangan kanan berada di bawah, tangan kiri berada di atas. Kaki bersedia dengan posisi selesa. Sesaat dia mengambil masa untuk bersedia sebelum kayu golf diangkat paras kepala. Dan terus, bola dihayun ke target. Seperti yang dijangka mengikut kiraan tepat Dato' Hamidi, bola ringan itu masuk ke dalam lubang. Bibir tersenyum kecil, bangga.

"Nice shot, Grand." Tepukan kecil diberi buat lelaki itu. Karl kemudiannya mengambil kayu golf dari pembantu. Dia mengetatkan sarung tangan seketika. Dato' Hamidi di belakang memasang mata, menantikan pukulan lelaki itu.

Zup!

Dengan kelajuan yang berbeza, bola yang dihayun oleh Karl langsung masuk ke dalam lubang sepantas kilat.

Mata mengecil, melihat destinasi bola itu sebelum bibir membentuk senyuman. Topi Polo di atas kepala dibetulkan.

"Like a pro," Pujian Dato' Hamidi diakhiri tawa kecil.

"Main tipu ni," Celah Hazi yang kepanasan di sebelah Dato' Hamidi. Sepet mata wanita itu akibat menahan mata dari cahaya matahari yang terus menyilau ke arahnya.

Karl merapati Hazi, "That trick doesn't work on me anymore, Zee." Tertunduk ke bawah kepala Hazi tatkala Karl meletakkan topinya ke atas helaian rambut Hazi sekaligus menutup kerutan wajah wanita itu.

"Apa kau ni?!" Semakin geram Hazi jadinya. Pantas dia melempar topi Karl ke bawah. Jari naik membetulkan helaian rambut yang kian serabai akibat tindakan mengejut Karl.

"Nampak muka merah tu? Dah tahu tak tahan panas, sibuk ikut kenapa?" Sedar tidak sedar seluruh wajah Hazi naik merah kerana suhu.

"Kau rasa aku nak sangat berada di sini sekarang? Kau tanya Grand kesayangan kau. Dia yang heret aku ke sini. Dah tua, sibuk nak main golf. Bukan nak masuk office." Hazi melepaskan kata-kata itu seolah-olah Dato' Hamidi halimunan di sebelahnya.

"Kau pun satu. Kau siapa? Suka hati cancel schedule hari ini semata-mata nak ikut orang tua ni main golf. Nak makan gaji buta, ke?" Amarah tadi berpindah kepada Karl. Lelaki itu memandangnya dengan kening terangkat.

"Zee, enough." Tangan naik memicit pelapis dahi. Terseksa rasanya bawa Hazi bersama mereka.

"Grand nak backup dia sangat kenapa? Zee atau dia cucu Grand?" Hazi memandang Karl dengan tajam. Sedangkan lelaki itu menyembunyi senyuman bangga. Sudah tentu Dato' Hamidi akan menyebelahinya.

"Karl kawan Zee juga, kan? Apa salahnya. Lagi pun, cucu-cucu Grand semua tak minat Golf. They prefer Gold over Golf," Terselit perlian Dato' Hamidi.

"Kawan Zee, tapi Grand yang melebih-lebih dah kenapa? Berkepit saja,"

"Kawan?" Berkerut seketika dahi Karl. Dia memandang Dato' Hamidi dengan kening yang terangkat sebelah.

Dato' Hamidi mengeluh kecil.

"Zee, Karl bukan kawan Zee lagi..." Wajah Hazi berubah bingung. Tona suara Dato' Hamidi berubah serius.

≪•◦ ❈ ◦•≫

Sebulan sudah berlalu sejak cuti panjangnya setelah mewakili negara sebagai kapten pasukan Harimau Malaya. Sudah tiba masanya untuk Zayn pulang ke rutin hariannya sebagai kapten pasukan kelab Southern Tiger.

"Captain, welcome back!" Datang seorang pemain menyapa Zayn di hadapan pintu masuk. Zayn sekadar mengangguk kecil dan melepasi lelaki itu. Langkah disusun ke ruangan gim kelab pasukan.

Kebiasaannya, sebelum latihan di padang, Zayn akan menyiapkan dirinya satu jam awal sebelum turun padang dan turut serta berlatih dengan rakan-rakan sepasukan. Rutin Zayn berubah setiap hari dalam seminggu. Pada hari isnin, dia akan fokus kepada chest workout. Pada hari selasa, lower body strength. Pada hari rabu, upper body strength. Pada hari khamis, lower body prehab. Pada hari jumaat, upper body light. Dan pada hujung minggu, Zayn akan memberikan fokus lebih kepada latihan di padang.

𝐃𝐞𝐬𝐭𝐢𝐧𝐲 [SU]Where stories live. Discover now