02

3.6K 347 29
                                    

Hazi yang fokus mengisi laporan terhenti apabila ada satu suara memanggil namanya. Dia dan ko-pilot di sebelah menoleh ke belakang. Terpapar wajah seorang pengawal pribadi.

"Captain Haz, they're on their way to the plane." menerima maklumat itu, Hazi hanya mengangguk kecil. Kemudian, dia kembali ke laporan. Dengan pantas Hazi menulis pada kertas itu. Ko-pilot dan pengawal pribadi yang melihat perubahan Hazi itu mula pelik.

Tindakan Hazi yang menghempas pen atas kertas menghinjutkan bahu mereka berdua. Seketika mereka melawan mata.

Selepas itu, Hazi bangun dari tempat pemandu. Kaki meluru ke arah pengawal pribadi itu dan melepasinya. Mereka mula bingung. Mengapa pula kapten mereka tiba-tiba beriak sebegitu?

Tangan menyeluk poket uniform di tubuh. Dia mengeluarkan lima keping tiket penerbangan ke Malaysia. Senyap-senyap, Hazi sembunyi tiket tersebut di belakang tubuh apabila melihat sekumpulan lelaki atau lebih tepat tim Harimau Malaya menghampiri jet.

Kaca mata hitam diturunkan dari batang hidung. Ada lima orang lelaki menundukkan wajah mereka sepanjang jalan. Angin kuat dari luar pintu jet membuat rambut panjang Hazi berterbangan. Kedua-dua belah tangan silang ke dada.

Datang seorang lelaki usia tiga puluh lima bersama beg galas. Dia mendahului langkah. Pantas kaki menaiki anak tangga, merapati wanita yang memakai uniform juruterbang.

"Thankyou so much, Captain." Coach Aaron menghulur keluar tapak tangan.

Hazi memandang kilas lelaki-lelaki yang beratur di belakang lelaki itu. Masing-masing sudah bersedia untuk naik jet mereka.

"Sure thing," balas Hazi ringkas lalu menerima jabatan tangan lelaki itu. Dia hanya mengangguk kecil.

Seusai itu, Hazi undur beberapa langkah ke belakang. Memberi laluan kepada penumpangnya masuk ke dalam biarpun hatinya tidak rela.

Mereka semua diiringi oleh pengawal peribadi yang ditugaskan untuk menjaga keselamatan mereka. Seorang demi seorang mula melangkah masuk dan ambil tempat duduk masing-masing mengikut kehendak sendiri.

Apabila tinggal enam orang di luar pintu, Hazi menghalang langkah mereka. Dia menutup ruang masuk. Lelaki-lelaki itu tidak berani menatap wajah wanita di hadapannya. Kata ancaman wanita itu terniang-niang di telinga.

Di belakang sekali, ada Zayn yang memikul beg Louis Vuitton Keepall hitam miliknya. Lelaki itu memakai jaket tim berwarna hitam yang terdapat logo Harimau Malaya pada belah dada kiri. Sepasang matanya terkunci pada Hazi yang berdiri di hadapan pintu jet.

"Chin up," arah Hazi. Lambat-lambat mereka mengangkat kepala, pandang wajah Hazi yang berdiri di hadapan mereka. Masing-masing teguk liur.

Sementara ahli pasukannya yang lain memandang pelik ke arah mereka berenam. Mereka masuk elok saja, mengapa sampai rakan mereka ditahan? bahkan yang menahan rakan-rakan mereka itu juruterbang.

"Take this ticket and fly in two hours with another plane." Hazi menghulur enam keping tiket penerbangan khas buat mereka berenam.

Masing-masing tercengang. Tidak percaya bahawa wanita itu benar-benar memaksudkan kata-katanya. Mereka kilas sesama sendiri. Wajah berubah resah. Risau jika mereka saja ditinggalkan.

Zayn masih dengan wajah yang sama. Tiada perubahan perasaan. Takut, Geram, Gelisah. Tiada. Hanya tatapan kosong.

Jeda. Mereka yang berada di dalam turut mati kata. Siapa wanita itu ingin menentukan penumpangnya? Bukankah jet ini jet pribadi? Tugas wanita itu hanya membawa jet tersebut tanpa perlu mempertikaikan siapa yang layak menjadi penumpangnya. Tambahan, jet ini seratus peratus milik kelab mereka.

𝐃𝐞𝐬𝐭𝐢𝐧𝐲 [SU]Where stories live. Discover now