Dua hari berlalu sejak hari tersebut. Hari di mana Hazi meninggalkan semua orang demi kepentingan diri. Selama dua hari itu juga, mereka tidak dengar sebarang khabar dari Hazi.
Audrey sudah semestinya tidak cuba menghubungi Hazi. Merajuklah katakan. Tetapi tidak bagi Zayn. Entah mengapa dia rasa terganggu apabila tidak dapat menghubungi wanita itu buat beberapa hari. Sedangkan Hazi hanya rakan biasa kepada Zayn. Tidak lebih dari itu.
Dan, hari perkahwinan Audrey dan Athan akan berlangsung tidak lama lagi. Sempatkah dua wanita itu berbaik semula sebelum hari tersebut tiba? Takkan masih ingin bermasam muka pada hari bahagia rakan baik sendiri?
Jika mereka ingin berbaik semula, nampaknya Audrey perlu beralah. Kerana Hazi tidak akan menyusun sepuluh jarinya untuk meminta maaf pada Audrey. Itu merupakan perkara terakhir yang berada di fikiran seorang Hazi Marilyn. Ego menggunung Hazi membuat dirinya rasa betul sepanjang masa. Sebagai Hazi, dia tidak pernah silap.
Tidak kira keluarga atau sahabat. Jangan harap Hazi sendiri akan memohon maaf. Andai kata satu hari nanti Hazi buat demikian, ini bermakna dunia sedang tidak baik-baik saja.
Namun kali ini, Audrey tidak ingin mengalah. Hazi telah melukakan hatinya. Tidak pernah sekali dia mendengar perkataan maaf dari bibir sahabatnya itu sepanjang tahun perkenalan mereka. Jadi Audrey membuat keputusan untuk menjauhkan diri selagi Hazi tidak mahu memohon maaf.
***
Peluh menitik dari juntaian rambut basah. Nafas tercungap-cangap. Dengan wajah yang ketat, satu layangan buku lima dilepaskan. Kemudian, disusuli satu lagi tumbukan. Tiba-tiba datang satu serangan mengejut, nasib baik rifleks Hazi pantas.
Dia separa tunduk sebelum menendang pelapis lutut lelaki itu membuat lelaki itu tumbang ke hadapan.
"You're getting better, Hazi." lelaki itu tertawa kecil. Bibir mendesis, menahan kesakitan. Matanya separa buka lalu dia perlahan-lahan bangkit dari tanah.
Bukan respon, sebaliknya dia menerima jelingan dari Hazi yang sedang meneguk air di bangku. Sarung tangan diletak tepi. Hazi merapikan juntaian rambut lebatnya. Dada turun naik, mengawal nafas setelah tamat bertempur di gelung tersebut.
Ketulan di abdomen Hazi jelas kelihatan kerana dia hanya memakai sports bra serta leggings. Tidak lama kemudian, lawannya tadi menghampirinya. Hazi yang duduk itu separa dongak, terangkat sebelah kening.
"Kau nak apa?" soal Hazi kasar.
"Owner tempat ni nak jumpa kau kejap. Boleh?" soalan lelaki itu berada di luar jangkaan Hazi.
"For what?" heran. Tiada angin, tiada ribut.
Lelaki itu hanya mengangkat bahu. Makin berkerut dahi Hazi.
"I don't accept no as an answer, Captain Hazi." tiba-tiba satu suara menyelit perbualan mereka. Serentak kepala menoleh arah muka pintu. Sepantas itu, Hazi tertampar dengan kenyataan. Kejap? pemilik gim ini?
"Bos," lelaki tadi menunduk hormat sebelum melangkah keluar dari ruang tersebut.
"Kau buat apa di sini?" jelas sekali nada Hazi tidak suka dengan keberadaan Zayn saat ini.
"That should be my line," Zayn langkah merapati Hazi di bangku. Lengan dibawa rapat ke dada, memandang tepat ke dalam iris Hazi.
"Where have you been, Hazi Marilyn?" nada Zayn berubah tegas.
"Why do you care?" bidas Hazi kasar. Mata mereka bertembung, tajam.
"Because I care." mudah jawapan Zayn. Dia masih berdiri di hadapan Hazi. Jelas sekali Hazi tidak terganggu dengan posisi mereka.
YOU ARE READING
𝐃𝐞𝐬𝐭𝐢𝐧𝐲 [SU]
Romantik[ A SPORT ROMANCE ] Captain Zayn Chester X Captain Hazi Marilyn Zayn Chester, seorang kapten bola sepak yang terkenal dan berjaya, memiliki reputasi sebagai seorang yang dingin dan tegas. Dalam dunia sukan yang penuh persaingan, dia tidak pernah me...