Sebelah kaki melangkah masuk apabila pembantu rumah membukakan pintu buatnya. Dihayun langkahnya ke ruang tamu serba mewah kediaman tersebut. Lalu, punggung melabuh duduk di sofa.
Sekian beberapa minit, Hazi menangkap bunyi tapak kaki dari arah tangga.
"Eh, Zee rupanya. Mama ingat siapa tadi. Ada apa jumpa Mama tengah-tengah hari ni?" Tegur Datin Aqeelah merangkap Ibu kepada Karl.
Hazi menyambut salaman wanita itu sebelum membawa wanita itu rapat ke arahnya.
"Papa ada?" Tercari-cari susuk tubuh bapa Karl. Dia sudah terbiasa dengan panggilan itu sejak mereka kecil. Keluarga ini bukan lagi keluarga asing baginya.
"Oh, Papa kerja. Kenapa tu?" Tanya Datin Aqeelah hairan.
"Zee, ada benda penting nak bincang dengan Mama." Kali ini, raut wajah Hazi berubah serius. Beg tangan di sebelah dicapai. Lalu kemudiannya, dibawa keluar sebuah kotak kecil.
"Mama..."
"Sejak parents Zee meninggal, Mama dan Papa banyak jaga Zee. Dan Zee dah anggap keluarga ni macam keluarga Zee sendiri," Demikian redup pandangan Hazi buat wanita separa tua itu.
"Sayang, kenapa cakap macam ni? Ada yang tak kena? Karl buat Hazi marah, ke?" Datin Aqeelah tidak senang duduk melihat wajah Hazi.
Hazi menggeleng kepala, "Bukan, Ma."
"Zee nak Mama jujur dengan Zee. Kalau Zee tarik pertunangan Zee dengan Karl, Mama masih anggap Zee anak Mama?" Lontaran soalan mengejut Hazi membuat Datin Aqeelah terdiam seribu kata.
"Zee nak putus?" Dia risau dia tersilap dengar.
"Ya, Ma..."
"Sebenarnya Zee tak tahu tentang pertunangan ni. Grand tak pernah bincang dengan Zee. Pertalian ini tanpa persetujuan dari Zee dan sepenuhnya keputusan dari Grand." Terang Hazi, tidak mahu Datin Aqeelah salah faham.
"Tapi Grand kata Zee setuju untuk jadi menantu Mama?" Bingung.
"Mama kenal Grand macam mana. Hidup Zee diatur oleh dia. Dan tak mustahil jika pasangan hidup Zee pun dia nak tentukan," Kekura berkedut wanita itu dicapai dan diletakkan kotak cincin.
"Maafkan, Zee."
"Zee tak pernah anggap Karl lebih dari seorang kawan. Ada ramai lagi wanita di luar sana nak jadi menantu Mama. Tapi bukan Zee orangnya." Seketika pandangan mereka bertembung.
"Takkan tak ada sedikit pun perasaan cinta dalam hati Zee buat Karl? Sepanjang perkenalan kamu, tak ada sikit pun?" Tidak dinafikan, dia sedikit kecewa. Andai Hazi tahu betapa bahagiannya dirinya apabila mendapat tahu Hazi bakal menjadi menantunya.
"Karl tak kurang dari seorang kawan, dan tak lebih dari seorang abang. Pintu hati Zee tak pernah terbuka walau seinci untuk terima anak Mama sebagai suami." Tangan wanita itu diulas dengan lembut.
Datin Aqeelah menghela nafas berat. "Jika itu pilihan Zee, siapalah Mama untuk halang. Mama terima keputusan Zee. Tapi, Karl setuju?"
"Itu...Satu lagi masalah."
Dua keping cek dikeluarkan. "I need your help,"
"Mama tolong Zee putuskan pertunangan ni." Seketika, Datin Aqeelah menatap cek huluran Hazi. Jumlah yang besar.
"Zee nak Mama jumpa Grand?" Anggukan dari Hazi.
"Dan Karl."
"Seolah-olah Mama yang mahukan semua ini tanpa petik nama Zee. Dan Zee akan berlakon seperti Zee tak tahu apa-apa. Mama boleh kata, Mama ada calon yang jauh lebih baik dari Zee walau pun perkara tu mustahil." Sempat Hazi menyelit.
YOU ARE READING
𝐃𝐞𝐬𝐭𝐢𝐧𝐲 [SU]
Romance[ A SPORT ROMANCE ] Captain Zayn Chester X Captain Hazi Marilyn Zayn Chester, seorang kapten bola sepak yang terkenal dan berjaya, memiliki reputasi sebagai seorang yang dingin dan tegas. Dalam dunia sukan yang penuh persaingan, dia tidak pernah me...