Odra menarik lengan Thalia supaya berjalan lebih cepat kerana dia mahu melihat Abang Blush yang mana satu yang menghantui perasaan Thalia saat ini.
Anak tangga yang biasa dinaikki dengan langkah biasa kini melaju demi mencapai ruang koridor didepan kelasnya untuk menunggu segerombolan kumpulan lelaki yang biasanya ditunggu Thalia.
"Kau kena tunjuk jugak dekat aku dia yang mana satu hari ni juga!" paksa Odra. Dua hari cuti sekolah tidak tenang otaknya untuk menunggu hari ini untuk melihat lelaki yang sahabatnya suka.
Erdan pula mereka tinggalkan dikantin. Alasannya hal wanita. Erdan apa lagi tidak mungkin dia mahu ikut juga sampai tandas karang diingat tidak waras pula.
Jam menunjukkan jam 11:25 minit pagi. Sudah ada pelajar form 6 yang berlaluan dibawah.
Thalia menunjuk halus dengan matanya. Odra pula mengecilkan mata sepetnya. Kaca matanya dibetulkan agar terletak elok di tulang hidungnya dia mahu mencari si jejaka yang disukai oleh Thalia.
Apa yang Odra nampak setakat ini hanyalah jejaka hitam manis dan tiada yang putih delima seperti yang diucapkan oleh Thalia.
"Mana Lia aku tak nampak pun!" rungut Odra. Berkerut dahinya kesal Odra berikan pada Thalia, takut si sahabat menipunya.
"Tu. Kau tengok baik-baik dia pakai kaca mata bingkai silver. Baju hitam kotak putih." kata Thalia sambil tangannya memeluk diri. Matanya hanya merenung dari jauh.
Sekali lagi Odra mengecilkan mata dan melihat dengan peka. Odra membutang matanya saat dirinya sudah melihat susuk tubuh yang dinyatakan oleh Thalia.
Kulit putih merah delima, tubuh yang kekar, jawline yang tajam serta rambut yang tersusun rapi. Helok sungguh tidak terkata.
"Omg LIA! SMART GILA!" pekik Odra seperti orang gila.
Kenapa dia tidak perasan akan kewujudan abang senior yang helok seperti ini. Ataupun dia memang tak perasan langsung selama beberapa bulan sekolah disini.
Odra memandang dengan muka terkelu dan tangan yang dicekak dipinggang. Kepalanya menggeleng perlahan.
"Lia. Tahniah crush kau buat aku terkelu." Odra mencapai tangan Thalia dan berjabat tangan.
"Bukan crush lah bijak. Suka je suka faham? S U su, K A ka SUKA." balas Thalia siap pakej mengeja dia berikan pada Odra.
Sekarang ini bukan sahaja Thalia yang merasa ada rerama yang bertebangan didalam tubuhnya. Odra juga turut merasakan yang sama tetapi dia sudah berpunya.
"Eh kau tak payah nak senyum sangat ye si Luth tu kau nak campak mana?" kata Thalia membuatkan Odra tersedar akan teman lelakinya itu.
Odra Radwa nampak saja seperti ini tetapi hatinya sudah ditakluki oleh adik juniornya. Iya, dia bercinta monyet dengan orang yang lebih muda setahun daripadanya.
Odra juga tidak menyangka dia akan bercouple dengan Luth juniornya yang berawal dari Luth tercrush pada Odra. Dengan bantuan kawan Luth yang menyampaikan hal tersurat pada Odra saat mahu menaiki tangga menuju ke kelas.
Tidak sampai seminggu Luth dan Odra bercouple secara senyap tanpa pengetahuan Thalia dan Erdan.
"Kau boleh ye simpan benda ni sengsorang tak cakap pun dengan aku." sela Odra.
"Kau ingat kau je boleh rahsia ? Aku pun boleh. Kau couple dengan Luth pun aku baru tahu bulan lepas aku dengan Erdan takde merungut ape pun." balas Thalia. Tertampar Odra dengan ayat Thalia tapi itulah kenyataannya.
YOU ARE READING
Raez's Qhaliq | Destined To Be With Him
FanfictionMeor Raez Qhaliq hanya untuk wanita setabah Thalia Ammara. Cinta yang dipupuk sejak sekolah menengah yang hanya dijangka cinta monyet namun menjadi nyata ketika Thalia menginjak dewasa. Entah perasaan atau tidak kewujudan Thalia didalam hidup Raez...