1.

27 4 0
                                    

Kaki yang kukuh itu berjalan menaiki setiap anak tangga. Blok setinggi dua tingkat itu dinaiki oleh Thalia.

Semput dirinya mahu menaiki tangga dengan beban yang dipikul dibelakang serta buku log yang tebal dan fail yang dipegang lagi ditangan juga berat.

Keluhan lega Thalia berikan saat sudah duduk dimeja di dalam kelasnya. Dirinya sudah biasa menjadi orang terawal datang ke sekolah jadi tidak hairan juga dia berdiri di koridor luar kelas sambil melihat orang yang datang melalui pagar belakang.

Untung sekali kelas mereka yang berada di hujung kanan. Tandas perempuan pula bersebelahan saja, kantin pun dekat. Dan pintu masuk pagar belakang yang boleh dilihat dari jauh.

Kedudukan kelas yang didepan tangga membuatkan sesiapa yang naik akan melihat kelas itu. Tambahan pula cermin tingkap yang selalu terbuka. Tempat duduk Thalia yang didalam kumpulan berempat itu pula menghadap ke arah tingkap. Lagilah beruntung dapat mencuci mata setiap hari.

"Woi Lia! Kau tengok ape benda pagi-pagi buta ni." tegur sang sahabat.

Odra Radwa yang mungkin dianggap orang cina tetapi dia melayu. Ibunya yang cina dan ayahnya melayu jadi tidak hairan kalau dia sepet seperti cina.

Odra juga sama seperti Thalia beg besar dan fail tebal dibawa. Thalia dan Odra sudah menjadi sahabat sejak awal tahun tingkatan 3.

Thalia murid pindahan dari Brunei yang pindah kerana urusan keluarga. Sama juga dengan Odra yang dari Sabah. Dan mereka menjadi sahabat berdua kerana tiada yang mahu bersahabat dengan mereka.

Rakan kelas mereka yang lain hanya berkawan dengan circle mereka sahaja dan tidak akan menghiraukan murid pindahan atau murid baru.

"Lia jom teman aku tawas satu sekolah dulu, pagi lagi ni." ajak Odra sambil melihat jam ditangannya. Masih awal pagi pelajar lain saja baru beberapa orang yang baru datang.

Thalia tidak menolak malah mengikut saja. Pusing satu sekolah sudah menjadi rutin harian mereka berdua sejak awal pertemanan. Kalau saja Odra tidak mengajaknya mungkin Thalia akan duduk kaku tidak bergerak dimeja bilik darjahnya dan menghadap buku sekolah saja.

Sikap extrovert Odra yang jauh berbeza dengan sikap introvert Thalia yang lebih suka ke arah ketenangan dan tidak sekalut Odra yang harus 24/7 bising dan kalau boleh putus urat malunya.

"Eh tunggu!" Odra berhenti secara mengejut. Terhantuk hidung Thalia kerana tindakan refleks yang dibuat oleh Odra.

"Kau dah kenapa ni ya allah terhantuk hidung aku yang tak seberapa nak ada ni." ucap Thalia sambil mengusap hidungnya yang bulat itu.

"Kau dah lah berhenti tiba-tiba mahunya kita jatuh dekat sini tak kelakar tau Odra." kata Thalia lagi.

Mereka berada di tangga mahu menuruni tangga. Keadaan pula hujan yang masih merintik tangga pula basah.

"Aku nak pergi kantin dulu nak beli roti, boleh lah berborak dengan Kak Ella sekali pagi ni." ujar Odra dengan penuh semangat.

Thalia memandang Odra sekilas. Aduh budak ni.

"Takde sempatnya dia nak berborak dengan kau, Kak Ella bizi kira duit. Dia lagi sayang duit dari sayang kau yang tak seberapa ni. Lainlah kalau kau tu jongkong emas." balas Thalia dan berjalan mendahului.

Odra memegang dadanya. Ayat Thalia tidak pernah tumpul dan tepat saja sasarannya. Tetapi betul apa yang dinyatakan.

Sampai dikantin dan memang betul apa kata Thalia tadi. Kak Ella sibuk mengira duit di kuanter belakang. Duit bernilai seringgit dikira laju oleh Kak Ella.

Raez's Qhaliq | Destined To Be With HimWhere stories live. Discover now