11.

7 2 0
                                    


Selepas 2 minggu dirinya pulang ke negara sendiri. Thalia sudah mula masuk bekerja pada hari ini dan bersyukur kehadirannya disambut baik oleh semua kaki tangan dokter dan nurse ditempat kerjanya.

Thalia meneliti bilik barunya, luas dan selesa. Figura patung dan figura jantung penuh dikeliling. Dimejanya pula ada kek bertulis Selamat Datang Dokter Thalia.

Thalia mengambil tempat duduk dikerusinya sambil menyusun barangnya yang paling penting gambar didalam bingkai gambar ibu dan ayah yang masih baru diambil beberapa hari yang lalu.

Untuk hari pertama Thalia masuk kerja dirinya sudah menerima pesakit muda. Seorang kanak-kanak lelaki yang mempunyai komplikasi pada jantungnya hingga darah tidak dapat mengalirkan oksigen ke seluruh badan dengan baik.

Untung saja ibu bapanya membawanya secepat yang mungkin kalau tidak mungkin makin susah untuk dirawat.

Setelah 1 jam budak lelaki itu sedar dari pengsannya.

"Dokter.. Mana mama kita.. " ujar budak lelaki itu sambil menatap Thalia dengan tatapan polosnya. Thalia menghampiri budak lelaki itu sambil tersenyum dan dirinya mengambil tempat duduk ditepi katil si kecil itu.

"Kasyaf dah okey? Ada rasa sakir dekat mana-mana tak? Kalau ada dokter boleh check." tanya Thalia.

Budak lelaki itu memandang Thalia kagum dengan matanya membulat.

"Macam mana dokter tahu nama kita Kasyaf? Hebat lah dokter kita suka!" ucap riang Kasyaf.

Terkekeh Thalia melihat gelagat comel budak lelaki yang bernama Kasyaf itu.

"Mestilah dokter tahu."

"Mama Kasyaf tengah makan. Jadi Kasyaf duduk dengan dokter dulu boleh?" jelas Thalia. Budak lelaki itu mengangguk faham. Geram Thalia dengan pesakit kecilnya satu ini.

"Kasyaf suka lah duduk dengan dokter. Dokter baik hehe." ucapnya sambil didalam keadaan berbaring.

"Iye? Thank you Kasyaf." lantas mengucapkan itu. Ibu daripada budak lelaki itu pun datang dengan segera memeluknya.

"Syukur alhamdulillah Kasyaf dah sedar. Dokter macam mana dengan anak saya? Dia okey ke?" tanya wanita itu dengan nada cemas.

Thalia memasang senyumannya.

"Kasyaf dah stabil dan kadar oksigen dia dah normal." balas Thalia.

"Sebelum tu saya nak tanya puan dah berapa lama perasan yang anak puan mula jadi sesak nafas?"

"Saya perasan dalam seminggu ni sebelum ni tiada dokter." balasmya.

Thalia melihat bapa budak lelaki itu.

"Puan, boleh saya bincang dengan suami puan dibilik saya? Puan boleh temankan Kasyaf sementara saya berbincang dengan suami puan." ujar Thalia dan mendapat persetujuan.

"Alaa dokter nak pergi mana jangan tinggalkan kita. Kita tak puas lagi nak bercakap dengan dokter. Mama dokter nak pergi mana?" tanyanya dengan wajah polosnya sambil memandang ibunya.

"Dokter takde pergi mana pun, cuma nak bercakap sikit dengan papa Kasyaf kejap je. Nanti dokter datang balik, okey." ujar Thalia dia menyamakan tingginya dengan kedudukan Kasyaf sambil membuat pinky promise.

Kini Thalia berada di dalam biliknya. Mamasangkan hasil X-ray yang discan tadi.

"Tuan dekat sini yang mana injap kiri dan ada koyakan dan disebabkan itulah oksigen tak dapat sampai ke seluruh badan anak tuan."

"Lubang yang ada tu sebesar 1 mm kemungkinan. Tapi buat masa sekarang tuan dan puan boleh pantau sebelum kita lakukan pembedahan minggu depan atau secepat yang mungkin."

Raez's Qhaliq | Destined To Be With HimWhere stories live. Discover now