Hari minggu sudah pun tiba. Minggu ini Thalia berancang untuk ke muzium seni yang baru buka sebulan lalu. Sudah lama juga dirinya tidak berjalan sendiri sejak sebulan lebih sibuk dengan pesakitnya.Hari ini baru dapat dirinya berpeluang untuk me time sendiri menghabiskan masa menenangkan fikiran sendiri.
Thalia sampai ke muzium seni dan mula berjalan masuk ke muzium tersebut. Banyak orang pula hari ini, maklum hari cuti. Thalia berjalan santai sambil meneguk air ais lemon tea yang dibeli. Dikepalanya pula dipakaiankan headphone dan lagu terpasang lagu Be Alright dari Dean Lewis.
Selepas setengah jam dan sudah penat dirinya berjalan, Thalia duduk sebentar ditempat yang disediakan sambil menggamit lukisan didepannya.
Lukisan berbentuk jantung dan terhiasi oleh kuntuman bunga mawar putih serta daun separa layu. Sangat cantik dan menarik perhatiannya sejak tadi.
Tenungannya hanya pada lukisan itu. Cantik. Kalau boleh dibeli sudah dirinya beli buat hiasan rumah. Tapi sayang ini hanya pajangan untuk orang awam saja.
Sesaat dirinya menikmati masa sendiri. Bahu Thalia seakan dicuit oleh tangan kecil.
"Huh?" Thalia melihat ke kanan dimana bahunya dicuit.
"Kakak tengok ape?" tegur salah satu budak perempuan mungkin berumur 4-6 tahun.
"Kakak?" ucap Thalia sambil tercengang sambil menunjuk diri sendiri.
"Iyelah kakak lah. Kakak tengok ape dari tadi Hissa tengok." kata anak itu yang bernama Hissa.
Budak perempuan bernama Hissa, rambut diikat tocang dua serta hiasan sticker kartun larva dipipi kanan dan kiri.
"Kakak tengok lukisan tu. Cantikkan." balas Thalia. Hai budak didepannya ini datang secara mengejut dari mana entah pula.
"Hissa buat apa dekat sini? Mana family Hissa?" soal Thalia. Manalah tahu budak perempuan didepannya ini sesat.
"Haa itulah yang Hissa datang dekat kakak ni." ujar budak perempuan itu bangun dari duduknya dan berdiri didepan Thalia yang sedang duduk dibangku.
"Kakak sebenarnyakan... Hissa dah sesat hehe... Hissa tak jumpa papa dekat mana. Hissa nampak kakak je ada dekat sini. Jadi boleh tak kakak tolong Hissa carikan papa?" pinta anak itu.
Thalia sudah menganggap perkara ini akan berlaku. Untung budak perempuan ini mendatangi dirinya dan bijak pula meminta tolong.
"Boleh. Kakak boleh tolong. Tapi Hissa ingat ke tidak bila last Hissa nampak papa Hissa?" soal Thalia.
"Ingat! Dekat bahagian sana." tunjuk anak itu. Dan Thalia bangun melangkah mengikuti arah jalan anak perempuan itu.
Mereka berdua berjalan dibahagian gambar pajakan seni lama. Sambil berjalan bersama Hissa, Thalia turut melihat-lihat setiap pasangan orang yang lalu-lalang disana. Jikalau orang itu cemas mungkin merekalah ibu bapa Hissa.
Tetapi tiada pula walaupun sudah hampir setengah jam mereka berdua berjalan.
Anak perempuan itu duduk bercangkung dilantai. Sambil mengeluh dirinya menatap Thalia yang berdiri disebelahnya.
"Kakak macam mana ni? Hissa tak jumpa papa pun. Papa tinggalkan Hissa ke kakak?" ujar Hissa dengan raut muka sedih seperti mahu menangis.
Thalia mengusap rambut Hissa dengan lembut.
"Mana ada lah. Papa Hissa mesti tengah cari Hissa dekat bahagian lain sekarang. Kita pun kene cari papa Hissa lah. Jom kita pergi buat announcement mana tahu kita jumpa papa Hissa." ujar Thalia sambil mengajak anak itu berjalan semula.
YOU ARE READING
Raez's Qhaliq | Destined To Be With Him
FanfictionMeor Raez Qhaliq hanya untuk wanita setabah Thalia Ammara. Cinta yang dipupuk sejak sekolah menengah yang hanya dijangka cinta monyet namun menjadi nyata ketika Thalia menginjak dewasa. Entah perasaan atau tidak kewujudan Thalia didalam hidup Raez...