8.

7 2 0
                                    


6 tahun berlalu.

Sepanjang tempoh 6 tahun itu Thalia menetap diluar negara. Dirinya tidak pernah membenarkan ahli keluarganya mahupun sanak saudara datang walaupun sekadar melawat dirinya.

Dirinya berpesan untuk tidak perlu datang untuk melawatnya, dirinya baik-baik sahaja bahkan lebih baik dan gembira ditambahkan pula rakan baharu yang mendatangi dalam hidupnya yang muram itu. Namun dia masih tidak melupakan sahabatnya yang ada di Malaysia.

Noah Sawer dan Wyder Roselta. mereka berdua pelajar yang juga merantau dari French dan Rusian.

Kedatangan Thalia ke England bukannya dengan tangan kosong, dia sudah membuka satu kafe disana yang bernama 'Ammara's' untuk menjana duitnya sendiri.

Duit yang disalurkan oleh Tuan Bushra lebih dari kata cukup dengan duit itu modal kafenya dapat dijana. Kafenya bukan hanya menjual makanan malahan menjual bunga segar yang akan diurus oleh Thalia sendiri.

Bunga yang dijual pula menarik perhatian pelanggan yang datang. Tidak pernah juga pelanggannya keluar dengan tangan kosong mesti ada paling tidak pun sekuntum bunga segar ditangan mereka sewaktu keluar dari kafe itu.

Lagipun disana kedai muslim sangatlah terhad. Namun kedainya terbuka bagi sesiapa saja tidak kira apapun agamanya. Bagi orang muslim yang datang mereka mendapat kelebihan dari segi makanan dan tempat untuk menunaikan kewajiban.

Didalam keadaan yang masih menyambung pelajaran, Thalia mampu menstabilkan masannya dalam mengurus kafenya. Tenaga pekerja juga yang membantu sejak Thalia mengambil pekerja yang merupakan seorang muslim juga, orang malaysia yang merantau juga dan tentu saja dengan senang hati Thalia menerima mereka.

Kini kedainya dapat dibuka setiap hari, tidak seperti dulu hanya 3 kali saja dalam seminggu kerana Thalia sibuk dengan pelajarannya dan kekangan waktu.

"Kak Hani, Noah dengan Wyder ada datang tak?" tanya Thalia pada Kak Hani yang merupakan pekerjanya tetapi sudah dianggap saudara.

"Takde lah nampak pulak dua budak tu datang. Cuba Thalia tanya Kak Embun mana tahu dua budak tu dah datang tapi Kak Hani tak perasan. Diorangkan boleh menyelit macam pelesit." cadang Kak Hani.

Ada betulnya juga, Thalia berjalan masuk ke dalam dapur mencari Kak Embun.

"What you're two doing here?" tanya Thalia langsung saat melihat dua rakannya itu duduk melepak bersama Kak Embun didalam dapur.

"Aha! You finally here Thalia." ucap Wyder dengan gembira sambil berlari memeluk Thalia.

Noah dengan muka santai dia memakan buah epal yang dikupas oleh Kak Embun itu.

"Thalia ambik diorang ni cepat sebelum diorang habiskan satu bekas buah tu." ucap Kak Embun.

Noah dan Wyder melihat Kak Embun dan Thalia bercakap dalam bahasa yang mereka tidak faham. Nak menyampuk tak faham baik diam.

Thalia mengajak mereka untuk keluar dari dapur. Seperti yang dijanjikan oleh mereka didalam kelas tadi untuk menyelesaikan kerja berkumpulan. Kafe Thalia sudah menjadi tempat wajib untuk mereka bertiga membuat kerja.

"This your order, butter latte and hot green tea." ujar Thalia meletakkan air pesanan rakannya itu dan ikut serta duduk bersama Noah dan Wyder.

"This is our last work before we graduate to become young doctors and we will part ways after this wuhaaa!" ucap Wyder berdrama sedih memeluk bahu Thalia.

Noah memasang muka meluat melihat drama yang dibuat oleh Wyder itu. Thalia pula melayan saja drama Wyder hingga senget tudungnya diheret oleh Wyder.

"Hey hey! My hijab!" pekik Thalia.

Raez's Qhaliq | Destined To Be With HimWhere stories live. Discover now