Menolong untuk mengantar buku ke bilik guru sudah biasa tetapi mengantar buku ke bilik guru tingkatan 6 sangat lah luar biasa. Kerana bilik guru tingkatan 6 berasingan dengan bilik guru biasa.
Lebih teruk lagi seorang Thalia Ammara yang menjadi mangsa mungkin inilah takdirnya. Niatnya mahu ke tandas saja tetapi berakhir membuntuti seorang guru perempuan untuk ke bilik guru tingkatan 6.
"Kamu tunggu sini ye. Ha duduk lah dulu. Tu ada biskut ambik lah kalau nak ye. Tunggu sini, kejap lagi cikgu datang balik." ucap guru itu dan berlalu pergi meninggalkan Thalia yang duduk kekok disana.
Tak pernah pula dia dilayan sebegini layaknya tetamu pula siap ditawarkan biskut pula.
Matanya melilau melihat seisi bilik guru itu. Lebih cantik dari bilik guru biasa. Tiber
Tapi jujur lebih cantik dan minimalist. Atau mungkin tak pernah jejak kaki kesini mungkin. Maklumlah biasanya murid tingkatan 5 kebawah tidak akan terlibat langsung dengan tingkatan 6.
"Awok ni siape ? Awok mai dari mane nih?" tanya seorang guru lelaki yang melintas bersama beberapa orang murid tingkatan 6 dibelakang.
"Awok? Eh saya? Saya... " Thalia tidak dapat menangkap apa yang guru itu katakan.
"Iyolah awok ler. Awok ni lower form konope buleih ado doket sini?" tanya guru itu sekali lagi.
"Aa... Cikgu tu panggil saya." ucap Thalia sambil menunjuk guru perempuan yang berada dibilik printer.
"Ouh.. Rope itu. Awok nak ayor? Kalau nok pi la ambik dolam poti sojuk tu. Cikgu Mad bayorkan." ucapnya sambil menggelarkan dirinya Cikgu Mad.
Thalia apa lagi mampu mengangguk saja. Walau kurang faham apa loghat yang digunakan oleh guru itu.
"Nih pi antor ateih majo. Hobeih ritu cop satu-satu." suruh Cikgu Mad memberi arahan pada anak muridnya yang sedari tadi tercegat dibelakangnya.
Tanpa sedar Thalia berjalan ke arah peti ais yang dimaksudkan oleh Cikgu Mad itu. Terselit tanda harga setiap minuman dan makanan dipapan sebelah peti ais.
"Ambik ajo cikgu bayor!" pekiknya. Thalia tersengih gembira sambil membuka pintu peti ais.
Banyak sungguh air kotak yang ada tidak seperti dikantin Kak Ella yang kadang-kadang ada tidak ada.
Dicapainya air kotak laici yang berharga RM1.80 sen itu.
"Cikgu saya ambik ni je tau." ucap Thalia sambil menunjukkan pada guru itu.
"Itu aje? Ombeik lah lagi lahai." suruhnya.
"Takpe Cikgu ni pun dah cukup." balas Thalia sambil berjalan kemari dan duduk kembali ditempat tadi.
"Amboi Cikgu Mad dia cikgu belanja kitorang yang berkicap ni cikgu tak mboh belanja ke?" celah salah satu anak murid Cikgu Mad yang duduk tidak jauh dari tempat Thalia.
"Pi la ombeik. Tapi bayor sendirilah dok kuase den nok membayornye." balas Cikgu Mad. Setepek mereka kena.
"Haa kamu Thalia Ammara kan Maaflah cikgu ingat tak ingat je tadi." guru perempuan tadi kembali dengan beberapa helai kertas.
"Lohhh kamu ke yang bowok die mai sini Leha?" celah Cikgu Mad.
"Iyoo Cikgu Mad. Inilah budak yang saya nak jadikan MC untuk program f6 esok." balas Cikgu Saleha.
Tersedak Thalia mendengar kata itu keluar dari mulut cikgu itu.
"MC?! Saya? Jadi MC?!" masih tidak percaya. Ini perkara besar yang akan berlaku dalam hidupnya.
YOU ARE READING
Raez's Qhaliq | Destined To Be With Him
FanfictionMeor Raez Qhaliq hanya untuk wanita setabah Thalia Ammara. Cinta yang dipupuk sejak sekolah menengah yang hanya dijangka cinta monyet namun menjadi nyata ketika Thalia menginjak dewasa. Entah perasaan atau tidak kewujudan Thalia didalam hidup Raez...