22.

3 0 0
                                    


Coat yang bertuliskan nama itu disarung dengan tegas. Seperti biasa Thalia datang awal untuk memeriksa pesakitnya dengan rutin.

Memandangkan pesakitnya sudah tidak ada yang perlu dipantau jadi dirinya ditugaskan untuk menjaga bahagian kanak-kanak.

Thalia dan kanak-kanak ibarat berpisah tiada. Senang hati Thalia merawat pesakit kecil yang datang dengan pelbagai karenah.

Dirinya juga tidak terlalu sibuk kerana adanya Dokter Hazriq yang sama bidang dengannya yang akan menjaga pesakit. Jadi pekerjaan Thalia dapat diganti oleh Dokter Hazriq buat sementara waktu.

Memang tidak salah kedatangan Dokter Hazriq ke sini Thalia dapat membuat kawan baru dan mereka juga dapat berbincang akan hal kerja dibidang mereka.

Dokter Hazriq menyempatkan diri ke bahagian kanak-kanak untuk melihat keberadaan Thalia, dan tidak lupa juga membawa fail untuk ditandai oleh Thalia.

Tubuh tegap itu memandang Thalia yang sedang berlari berkejaran bersama kanak-kanak dibilik permainan.

"Dokter Thalia." panggilnya.

"Ouh awak Dokter Hazriq ada apa?" Thalia berhenti mengejar kanak-kanak itu saat namanya diseru oleh yang lebih muda 2 tahun darinya.

Dokter Hazriq cuma menayangkan senyumannya.

"Saya cari dokter dekat bilik rawat kanak-kanak takde. Jadi saya lalu dekat sini, tak sangka pulak dokter main kejar-kejar dalam ni."

Thalia tersengih, malu pula dirinya aksi kekanak-kanakannya dilihat orang.

"Ouh ni, saya nak dokter tanda tangan fail ni. Ada pesakit yang dah boleh discharged hari ni." ujar Dokter Hazriq menghulurkan fail beserta pen yang ada dipoket bajunya untuk digunakan oleh Thalia.

Thalia membacanya sekilas dan mengangguk dan baru dirinya tanda tangani.

"Pesakit ni saya nak jumpa dia kejap."

"Kenapa pulak dokter? Kan saya yang uruskan, takpe dokter mainlah dengan diorang patient ni biar saya yang uruskan." balas Dokter Hazriq.

Thalia tersenyum.

"Alah takpe, lagipun saja tak salahpun. Diorang ni Nabilah boleh jagakan kejap. Kan?"

"Ehhhh saya pulak yang kena." balas Nabilah si nurse yang tidak sengaja mengendap lalu didepan mereka berdua. Dirinya berniat lalu saja sudah dicop untuk menjaga kanak-kanak pula.

Mereka berdua berjalan keluar dari zon kanak-kanak itu menuju ke bilik pesakit yang akan keluar itu.

Kebiasaan Thalia adalah penyambut kedatangan dan kepulangan pesakitnya sebagai tanda hormatnya pada mereka.

Pesakit perempuan berusia 50-an itu sudah siap duduk dibirai katil dengan pakaiannya bersedia untuk pulang.

"Assalamualaikum acik, apa kabar?" sapa Thalia saat membuka pintu bilik pesakitnya itu. Dokter Hazriq yang berada dibelakang hanya melihat Thalia.

Begitu rupanya Thalia dengan pesakitnya, patutlah ramai pesakit datang ke sini dengan senang hati, kerana layanan penuh kasih sayang Thalia berikan pada pesakitnya.

"Terima kasih dokter rawat acik selama seminggu ni. Acik rasa tak nak balik pun ada, nak duduk dekat sini." ujar makcik itu Thalia tersenyum saja. Itu ayat biasa sudah berpuluh-puluh pesakitnya mengulang ayat sama.

"Alhamdulillah acik dah sihat. Lepas ni dah takde sakit dekat dada dah cik. Badan dah kuat, tapi jaga makan dulu ye seminggu dua ni biar betul-betul sembuh dulu." ucap Thalia.

Raez's Qhaliq | Destined To Be With HimWhere stories live. Discover now