20.

3 0 0
                                    


Sejak nombor telifon Thalia diberikan pada Raez. Dirinya sudah menerima 5 panggilan tidak terjawab. Sengaja Thalia biarkan telifonnya itu berdering hingga tiada lagi panggilan yang tersambung.

Thalia merenung telifonnya itu. Hari ini dirinya cuti, ada juga hasratnya mahu menunaikan permintaan Kasyaf itu. Walaupun tiada talian darah Thalia sudah menganggap anak kecil itu seperti keluarga.

"Kalau aku call... Mesti dia yang angkat. Dia je yang ada nombor aku." gumam Thalia. Haish! Serabut pula otaknya.

"Penat lah hidup nih! Baik aku OT je hari ni daripada cuti." kata Thalia dia lantas bangun dari perbaringan itu dan meninggalkan telifon bimbitnya dikatil. Baik dirinya ke dapur mencari sesuatu yang boleh dimakan.

Baru beberapa tapak dirinya melangkah Thalia berpusing dengan cepat ke arah katilnya saat mendengar deringan dari telifonnya itu.

Nombor yang dirinya tidak disimpan itu lantas Thalia mengangkatnya.

On call

"Assalamualaikum, Thalia right?"| ujarnya dari belah sana.
-Raez.

|"Waalaikumsalam, ye ni saya." balas Thalia. Kenapa pula jantungnya berdegup kencang mendengar suara garau itu.
-

Thalia.

"Sorry ganggu awak. Kasyaf tanya bila awak cuti." terus terang saja Raez| dibelah sana.
-Raez.

|"Hah?" Thalia tercengang.
-

Thalia.

"Bila awak cuti Kasyaf-"|
-Raez.

|"H-Hari ni saya cuti saya datang nanti share location tau! Bye!" lantas mengatakan itu Thalia langsung mematikan panggilan.
-

Thalia.

Dirinya melempar jauh telifonnya dirinya menekup mukanya yang memerah itu dibantal.

Malu!

Sesaat kemudian terdengar notifikasi chat yang masuk dimana Raez mengantar lokasi rumahmya. 1 jam 38 minit saja dari rumahnya tidak jauh sangat.

"Kenapalah aku angkat tadi. Sengal betul." ujar Thalia kesal. Menyesal pula dirinya.

Skip...

Thalia memandu keretanya dengan perlahan sambil melihat map yang menunjukkan jalan yang dihantar oleh Raez tadi. Takut terlepas susah pula dirinya.

Dirinya menurunkan tingkap kereta bahagian pemandu bagi melihat rumah yang ditujukan oleh map.

"Ni ke rumahnya? Bapak besar anak najib dengan rosmah ke ni." gumam Thalia sambil melihat rumah bewarna putih nan megah itu. Macam rumah dalam cerita megah holding dah.

Dia memarkingkan keretanya ditepi jalan sebelum melangkah masuk ke arah rumah megah itu.

"WOIII KAMU SIAPAH DATANG KEMARIH!" jerit seseorang dengan pakaian dinosaur dari kejauhan.

"EH ADE CICAK KOBENG BESAR IBU TOLONG LIA!" jerit Thalia dia berlari menuju ke keretanya semula.

"NI DINOSAUR LAH BUKAN CICAK." balas yang didalam maskot dinosaur itu.

Thalia menyengetkan kepalanya. Macam pernah dengar pula suara itu. Macam suara Dami pun ada. Dirinya keluar dari menyorok dari bekalang keretanya dan mendekat ke arah dinosaur itu.

Raez's Qhaliq | Destined To Be With HimWhere stories live. Discover now