Odra datang dengan tergesa-gesa selepas habis saja jam kerjanya. Dirinya diminta untuk datang ke kafe yang dihantar locationnya oleh Mier.Dengan pecut Odra datang dengar kata ada benda yang mereka ingin tujukan pada Odra.
"Ha sampai pun ingat tak jadi datang tadi." ujar Mier.
Odra mengambil tempat duduk didepan lelaki bertiga itu. Raez paling serious disana layaknya Odra akan ditemu duga buat kesekian kalinya.
"Ada apa sebenarnya ni? Bunyi macam dalam masalah besar je." soal Odra. Sambil memandang tiga jejaka didepannya itu.
"Dia cam mana eh sebenarnya nak cakap. Er... Abang Raez je sebenarnya nak jumpa Odra dia adelah nak tanya something." sela Dami berkata jujur.
"Kitorang cau dulu lah erk bye bye!" ujar Mier, tidak lupa mengheret Dami sekali dengannya.
Raez memandang Odra sama juga dengan Odra. Sejujurnya agak kaku disana kerana diantara mereka Raez paling tidak rapat sekali dengan mereka sejak zaman sekolah lagi.
"Jadi... Abang Raez nak tahu pasal apa sebenarnya?" tanya Odra memula kata membuyarkan keheningan mereka berdua dimeja kafe itu.
Raez menghirup nafas sebelum dirinya membuka mulut.
"Boleh tak abang nak tahu sesuatu pasal... "
Tertunggu tunggu pula ayat akhir Raez itu keluar.
"Pasal Thalia." sambungnya.
Odra tersentak. Kenapa pula Raez ingin tahu pasal Thalia rakannya itu.
Apa mungkin rahsia dizaman sekolah mereka sudah terbongkar? Tetapi setahunya hanya dirinya Thalia dan Erdan saja yang tahu.
"Boleh... Abang nak tahu pasal apa?" soal Odra setelah beberapa saat terdiam.
"Thalia dulu ada sukakan seseorang ke Odra?" soal Raez. Odra tercengang didepan sana.
"Ada." balas sepatah Odra sambil mengangguk.
"Sekarang macam mana? Dia dah ada orang lain ke?" soal Raez, dan Odra menggeleng.
"Ada. Lia ada crushkan seorang lelaki masa kitorang f3 dulu tapi tak lama."
Raez berkerut dahi.
"Kenapa?"
"Sebab crush dia dah berpunya waktu tu." balas Odra.
Raez berkerut dahi mendengar apa yang diucapkan oleh Odra. Jadi betullah budak perempuan yang ada diparking lot guru itu Thalia!
Raez menghembus nafas kasar.
"Kalau boleh tahu, siapa crush dia dulu?" soal Raez.
Odra menelan ludahnya yang terasa kelat itu. Patutkah dirinya memberitahu dan menghianati Thalia dengan cara begini. Kalau iya memang mati dirinya nanti.
"No, Odra tak boleh bagi tahu abang sebab dah berjanji dengan Lia to keep this as secret." balas Odra sambil mengetap meja.
Raez terdiam.
"Betulkan abang kalau abang salah. Orang yang Lia suka tu abangkan?" kata Raez dengan penuh kepercayaan. Dirinya menatap Odra yang terdiam itu namun kelamaan Odra mengangguk perlahan. Haish bersubahat betul dirinya.
Nafasnya lega dan gembira. Cintanya selama ini tidak bertepuk sebelah tangan rupanya.
"Tapi."
"Tapi apa?"
"Tapi disebabkan abanglah Lia larikan diri ke negara orang selama bertahun-tahun." hujah Odra lantang.
"Maksud Odra?" Raez berkerut dahi. Dirinya pula dipersalahkan.
YOU ARE READING
Raez's Qhaliq | Destined To Be With Him
FanfictionMeor Raez Qhaliq hanya untuk wanita setabah Thalia Ammara. Cinta yang dipupuk sejak sekolah menengah yang hanya dijangka cinta monyet namun menjadi nyata ketika Thalia menginjak dewasa. Entah perasaan atau tidak kewujudan Thalia didalam hidup Raez...