Pagi ini sehari sebelum pulang ke kem. Raez, Mier dan Dami sudah kembali ke rumah sewa mereka.Memandang mereka tidak ada kesibukan Dami dengan idea bernasnya mahu ke taman yang ada dekat dirumah sewanya semata-mata untuk naik gelongsor dengan skateboard.
"Cepat weyh dah nak sampai taman ni." kata Dami dengan semangat sambil membawa skateboard miliknya.
"Idea gila betul budak sorang tu." kata Mier sambil menggeleng kepala.
"Takpelah. Kira kita riadah lah jugak sambil buat amal jariah dengan nasi gorengnya lagi dia suruh aku masak banyak nak bagi dekat budak-budak taman ni." balas Raez.
Raez diugut memasak tadi oleh Dami siap pakej berdrama nak gantung diri dengan tisu kalau Raez tidak mahu mengikut kemahuannya.
"Itulah. Yang bawaknya kita dia lenggang aje bawak skateboard dia." balas Mier.
Disebabkam tiada tempat menyimpanan yang besar untuk mengisi nasi goreng yang dibuat, Raez mengangkut saja kualinya itu ke taman.
"Kau tengok lah budak tu. Karang ada jugak yang aku tak mengaku kawan kejap lagi." ujar Mier melihat Dami yang duduk diatas gelongsor dengan skateboardnya sedia untuk turun kebawah.
Raez hanya melihat saja Dami dari jauh dirinya menyedok nasi ke dalam pinggan polesterin untuk dibahagikan pada kanak-kanak yang ada disana.
"Oi tolong aku buat air tu." suruh Raez. Mier memasukkan ais ke dalam balang yang sudah terisi air ribena.
"WEYH EZ TEPI!" jerit Mier tiba-tiba.
Prakp!
Skateboard kepunyaan Dami terbang melaju melintas tepat didepan kaca mata Raez. Untung Raez dengan cepat dapat mengelak kalau tidak sudah gelap dunianya.
Mereka berdua langsung melihat ke arah Dami yang sudah tersungkur mencium tanah tidak berkutik itu.
"ALLAHUAKHBAR DAMI!" jerit Raez melihat rakannya itu.
"Weyh kau okey tak ni Dami! Woy bangun! Jangan mampus dulu hutang kau dengan aku tak lesai lagi 60 sen Aduhh berat pulak budak ni." kata Mier sambil memangku kepala Dami.
Dami seakan mamai tangannya menunjuk langit.
"Weyh... Cantik dho langit tu cam ade putih pink pink cam tu." ucap Dami.
"Ape kau mengarut ni kambing kau okey ke tidak ni." celah Raez dia menepuk pelan pipi Dami. Dia ikut risau tapi merangai bongok Dami itu ingin saja Raez tampar lebih kuat.
"Aku rasa aku dah tak lama dho. Asal kening aku sakit." ujar Dami.
Mereka bertepuk dahi. Kening Dami cuma tersagat sedikit.
"Aku rasa sagat dekat dahi je, ke otak terikut sagat sekali ni?" getus hati Mier.
O><O
"TABIK HORMAT!" jerit Raez memberi arahan pada barisannya seramai 33 orang itu.Hari ini mereka menyambut kedatangan ketua timbalan untuk satu majlis perasmian ahli bagi yang sudah tamat tempoh latihan komando.
"Tuan. Anggota seramai 33 orang siap untuk menjalankan tugas terakhir tuan." ujar Raez sambil memberi tabik.
"Silakan."
"Terima kasih tuan." Raez memberi tabik sebelum berundur kembali ke arah anggota yang diketuainya.
"BARIS! BARIS SEDIA!" jerit Raez. Dan kemudian dia mengundur diri dari padang itu.
YOU ARE READING
Raez's Qhaliq | Destined To Be With Him
FanfictionMeor Raez Qhaliq hanya untuk wanita setabah Thalia Ammara. Cinta yang dipupuk sejak sekolah menengah yang hanya dijangka cinta monyet namun menjadi nyata ketika Thalia menginjak dewasa. Entah perasaan atau tidak kewujudan Thalia didalam hidup Raez...