"Weyh Lia kau dah nampak dia ke belum pagi tadi?" tanya Odra ingin tahu. Sebagai orang yang menyibuk akan hal orang lain.
Thalia merespon dengan mengangguk kepala sahaja kerana sibuk membaca tulisan dari buku teks subjek sains itu.
"Angguk je? Takde nak bagitau aku dia pakai baju warna ape, tie ape kasut ape gitu tak nak?" ujar Odra. Dia curious sangat sebenarnya. Sudah menjadi peminat pula dirinya pada Abang Blush itu.
Berkerut juga dahi Thalia dengan perangai abstract Odra ni. Belum masuk Endra. Lagi susah Thalia mahu terangkan nanti.
"Sibuk je kau ni dengan Abang Blush aku. Luth kau nak campak mana? Pergilah sibukkan diri dengan dia pulak." balas Thalia sambil membuat muka memandang Odra.
"Alaaa aku nak tahu pun tak boleh ke? Mana tahu itu bakal suami kau nanti, aku nak buat tepuk pengakap depan rumah kau kalau satu hari kau nikah dengan dia MUAHAHA." kata Odra dan dia tertawa sakan.
Thalia berkerut muka. Dia tidak pula terfikir sampai kesana. Dan buang tebiat betul kalau Odra buat tepuk pengakap didepan rumahnya.
"Kau tu, aku tunggu nasi minyak kau dengan Luth." balas Thalia balik dan Odra yang tadi sakan tertawa kini terdiam dan membetulkan cermin matanya. Acah serious.
Odra acah memegang buku teks Thalia dan membaca. Mahu mengelak dari pertanyaan Thalia.
"Tak payah nak elak aku sepak kau karang ape tak dapat." balas Thalia dengan ancaman.
"Eish! Yelah yelah! Dia kata nak masuk tentera ke ape entah. Eh dia nak jadi itu ape tu..." Odra berfikir keras. Berkerut mukanya mencari perkataan yang hilang dimindanya. Memerah otaknya dia lupa kerkataan itu.
"Ha kejap nak ingat dah T, tu... Tulis, Tumbing, Tunas... Eh bukan ha! TUDM yang terbang dekat langit tu." bangga Odra saat ayat itu muncul di otaknya.
Thalia mengangguk. Lama juga kalau dikira dengan target umur Odra yang mahu menikah diumur 25 tahun. Dia masih umur 15 tahun itu pun belum cukup bulan lagi untuk sampai ke umur 15 tahun.
"Ini kalau besar nanti tak nikah jugak aku pun tak tahu nak cakap apalah Odra." ujar Thalia sambil mengemas beg sekolahnya.
"Eh kau nak pergi mana?! Aku tak habis lagi nak cakap ni. Woi!"
"Nak balik lah. Tak redha aku nak duduk sini sampai esoknya mendengar cerita kau yang tak berpenghujung tu."
Odra memasang muka bengisnya. Dia juga turut mengemas barang sekolahnya. Fail setebal 1 inci dari dalam laci itu dikeluarkan dan dipegang.
Memandangkan hari ini hari khamis Thalia dan Odra akan pulang bersama. Ayah Thalia akan menjemput mereka berdua minggu ini memandangkan minggu lepas ayah Odra sudah menjemput mereka.
"Kau nak beli air dulu tak Odra? Aku rasa walid lambat lagi sampai." cadang Thalia. Dengan keadaan laluan pintu pagar belakang yang sesak mesti saja ayah Thalia akan sedikit lambat.
"Okey jom!" ujar Odra dengan semangat. Boleh berjumpa abang kantin yang sekepala dengannya.
Kakinya menapak ke arah peti minuman Thalia memilih air kotak yang ada didalam peti sejuk minuman. Sementara Odra pergi berbual santai dengan abang kantin yang suka melayan perangai aneh Odra itu. Erdan juga sama geng dengan abang kantin. Helok lah mereka bertiga memang ngam bersama.
"Odra kau confirm nak air laici ke? Lagipun ada air teh bunga ni kau nak tak?!" pekik Thalia tanpa melihat ke arah Odra.
"Hah ape Lia? Eh... Omg..." Odra terkedu melihat apa yang dilihatnya sekarang.
YOU ARE READING
Raez's Qhaliq | Destined To Be With Him
FanfictionMeor Raez Qhaliq hanya untuk wanita setabah Thalia Ammara. Cinta yang dipupuk sejak sekolah menengah yang hanya dijangka cinta monyet namun menjadi nyata ketika Thalia menginjak dewasa. Entah perasaan atau tidak kewujudan Thalia didalam hidup Raez...