Odra menyenggol siku Thalia dengan lututnya yang sibuk mengikat tali kasut. Mereka sekelas baru sahaja habis belajar subjek Sejarah didalam perpustakaan."Aisya kau nampak tak ape aku nampak?" tegur Odra pada Aisya yang tidak jauh kedudukannya daripada mereka berdua.
"Ape? Ouh.. Nampak Odra nampak." balas Aisya sambil tersipu.
Thalia masih blur sambil mengikat tali kasutnya. Memandang muka mereka berdua itu. Apa yang mereka fahamkan?
"Lia pleaselah jangan blur sangat. Kesian aku nengoknya kekadang." ucap Odra dan memegang kepala Thalia dan memusingkannya ke arah kanan.
Tepat sekali anak mata Thalia langsung terjumpa dengan orang yang disukaimya. Tersenyum malu Thalia sambil mengikat kasut. Rasa mahu menutup saja mukanya dengan kain tudungnya.
"Eish kau ni Odra. Biarlah dia." balas Thalia. Dia berdiri sambil merangkul buku dan alat tulisnya.
"Elelele... Sebenarnya dalam hati tu berbunga-bunga dah. Tengoklah lama sikit Lia baru semangat nak belajar RBT." balas Odra mengusik.
Haish! Makin berbunga bunga hati Thalia dibuatnya. Muka Thalia rasanya sudah memerah bak ketam rebus rasanya kerana asyik diusik oleh Odra dari tadi.
Thalia melihat sekilas lagi orang yang digelar Abang Blush itu. Mahu meraung sekuatnya Thalia. Baju kemeja hitam lengan yang disisihkan ke siku. Makin terbuai Thalia didalam dilema dibuatnya.
"Thalia dengan Odra masih ada ke? Cikgu nak minta tolong ni." panggil guru subjek sejarah mereka didepan pintu perpuskataan.
"Iya cikgu!" balas Odra dengan semangat. Odra suka kalau bab menolong ni. Boleh ponteng daripada ke kelas RBT.
"Cikgu nak minta tolong awak berdua duduk sini sampai balik. Boleh ke? " pinta cikgu itu.
Odra memang mengangguk laju. Dia lebih rela duduk didalam bilik perpustakaan yang beraircon daripada bilik RBT yang kipasnya hidap tak mahu, mati tak nak itu. Tambahan pula kelas RBT itu muridnya bercampur dengan kelas lain. Kurang gemar dirinya.
"Boleh je cikgu. Tapi kitorang kena mintak izin dulu dari Cikgu Ghazi. Takut dia ingat kitorang ponteng kelas dia pulak." balas Thalia. Walaupun subjek RBT salah satu subjek kegemarannya tapi tidak salah kalau sekali sekala tak masuk.
"Takpe nanti cikgu call Cikgu Ghazi. Meh masuk dulu." ajak cikgu itu.
Hanya tinggal mereka yang masih tercegak disitu. Aisya juga ada menunggu mereka.
"Weyh Aisya kau masuk kelas dululah. Cikgu panggil kitorang ada hal." ucap Odra sambil menanggalkan kasutnya.
"Lah yeke? Takpelah macam tu. Aku pergi dulu tau. Korang nak aku bagitahu cikgu RBT korang tak?" tawar Aisya.
"Takpe Aisya, cikgu call Cikgu Ghazi nanti." balas Thalia.
Aisya pergi menuruni tangga sendiri. Biasanya mereka akan berjalan bertiga bersama. Kasian pula.
Odra mengeluh sambil membuka ikatan kasutnya.
"Dah la nak ikat tali kasut ni lama berejam. Memerlukan effort kau tahu tak nak ikat benda alah ni susah." Odra membebel sambil menyusun kasutnya dirak kasut.
"Sia-sia je effort kau tu Odra. Lain kali pakai kasut sarung, senang." ujar Thalia.
"Dah jom masuk, sambil tolong cikgu boleh kita cuci mata. Aku pun nak cuci mata jugak kalau ada kawan dia yang handsome ke." ucap Odra semangat sambil melangkah masuk.
YOU ARE READING
Raez's Qhaliq | Destined To Be With Him
FanfictionMeor Raez Qhaliq hanya untuk wanita setabah Thalia Ammara. Cinta yang dipupuk sejak sekolah menengah yang hanya dijangka cinta monyet namun menjadi nyata ketika Thalia menginjak dewasa. Entah perasaan atau tidak kewujudan Thalia didalam hidup Raez...