BAB 1

122 5 1
                                    

"Aku end dulu eh,esok aku ada kelas pagi," kataku sebelum mematikan talian.

Selimut tebal yang terletak elok dari paras dada hingga kaki aku selak. Berjalan ke tingkap dan melihat sekeliling.

Dalam hati berharap agar hujan akan reda tak lama lagi. Di luar boleh tahan lebat jugalah hujan yang turun. Tapi itu tidak merisaukanku. Yang dirisaukan itu ialah petir dan guruh yang berdentum.

Kawan sebiliknya pula seperti tak jumpa jalan pulang,dari pagi keluar dengan tunang dan masih belum nampak batang hidung hingga kini.

Telefon yang berada di atas katil aku capai,selepas menekan-nekan huruf di keyboard,terus aku hantar padanya.

Aku mengingatkannya untuk pulang kerana pagar kawasan perumahan ini akan ditutup tepat pukul 12:00 malam.

Najah : Ya thank you ingatkan. Kejap aku dah on the way. Kau layanlah One Piece dulu.

Najah membalas beberapa minit selepas aku mesejnya.

Aku mendengus.

Tak guna punya kawan. Ada tunang,tinggal kawan.

Akhirnya aku memutuskan untuk memakai earbuds dan buka sound hingga habis. Earbuds dan earphone sangat penting ya untuk aku yang anti dengan petir ni.

***

SUASANA yang riuh menyapa telinga sebaik saja aku buka pintu kuliah. Mata melilau mencari Najah. Sebaik jumpa,terus laju kaki aku bergerak ke arahnya.

"Tak guna kau,tadi kata nak teman!" marahku lalu menampar lengan perlahan. Disuruh teman aku kat tandas,boleh pula ditinggalnya aku.

"Sorry weh,ada benda hot tengah sembang ni," kata Najah bersungguh-sungguh dengan mata yang bersinar.

Aku hanya membuat muka. Malas mahu melayan. Aku letak kepala di atas meja berlapikkan tangan.

"Lecturer dah masuk kejutlah." Sempat aku beri pesan pada Najah.

"Isy kau ni! Excitedlah sikit. Ada lecturer hot and cool baru masuk minggu ni," kata Najah sambil mencubit bahuku perlahan.

"Hurm? Kalau lecturer baru tu Nico Robin baru aku semangat." Aku beri kata-kata yang menjengkelkan pada Najah.

"Kau ni! Lecturer lelakilah. Pandailah kau," marah Najah apabila aku masih begitu.

"Lelaki? Kalau macam tu... Dia pandai main pedang 3 style macam Roronoa Zoro baru aku semangat."

Haha kalau macam ini punya lecturer,confirm tak ada orang nak tidur dalam kelas. Risau kena tetak.

"Ikut suka kaulah." Najah sudah putus asa dengan perangaiku. Buat apa ambil kisah pasal orang kalau orang tu pun tak tahu kita siapa kan? Bazir masa aje.

Suasana yang tadinya riuh rendah tiba-tiba bertukar sunyi sepi. Itu maksudnya? Lecturer dah masuk.

Aku hanya membuka mata sahaja. Nanti kelas dah mula baru aku mahu panggung kepala.

"Good morning class I am Roronoa Zoro. I will teach you on this sem."

"Hah?!" Reaksi pertamaku selepas panggung kepala sebaik saja mendengar nama itu.

Semua mata di dalam kelas memandangku. Terus aku rasa macam nak bunuh diri. Malu tahap ke lapan. Sumpah aku rasa menyesal sekarang ni.

"Sorry," kataku kemudian menutup muka menggunakan buku. Tak mampu aku nak tengok dunia sekarang ni.

"Okay... Just kidding. My name is Ryu. Dr Ryu."

Huh,jauh beza! Tak guna punya Dr gila. Adakah patut dia guna nama Zoro? Heisy baru nak bersemangat tadi.

Apabila suasana sudah tidak lagi sunyi seperti tadi,barulah aku berani tunjuk muka. Itupun ada Najah disebelah yang tengah silence laugh.

Tak guna punya kawan.

Semasa Dr gila ini mula mengajar,satu habuk pun aku tak dapat. Kenapa? Sebab teringat kejadian tadi. Aduh... Malunya! Semua orang pula tu tengok aku.

Aku pandang Najah. Tekun betul dia pandang hadapan. Selalunya dialah yang paling mengantuk sekali dalam kelas. Sampai pernah dibaling makerlah sekali.

Aku pandang depan. Nak tak nak memang kena belajar dengan Dr gila untuk sem ni.

Aku melihat Najah mendekatkan diri padaku.

"Kau rasa Dr Ryu tengok One Piece juga ke?" tanya Najah.

Aku hanya angkat bahu.

Tapi kalau Dr Ryu tengok juga... Boleh buat geng ni. Gila pun gilalah asalkan ada teman sekaki. Bosan okey kalau tengok seoraang diri tanpa teman.

"Okey kita tamatkan di sini. Thank you class."

Eh? Hah? Habis dah? Reaksiku agak terkejut... Yalah kelas ni dua jam kut. Dan dua jam itu aku habiskan dengan termenung?

"Kau nampak tak betapa handsomenya Dr Ryu tu tadi?!" Najah sudah mula menggediks. Tak padan dengan ada tunang.

Aku hanya mampu menadah telinga sambil masukkan barang ke dalam beg.

"Geng! Dia tertinggal laptop dia!" jerit seseorang.

Lantas semua kepala melihatnya. Faiz.

"Siapa boleh hantar? Aku ada kelas kejap lagi," kata Faiz.

"Najah?"

"Ada kelas!" Najah yang dah lambat terus berlari keluar.

Dewan ni sudah hampir kosong. Masing-masing tengah sibuk kemas barang untuk kelas seterusnya.

"Haa! Bunga! Kau seorang ajekan yang tak ada kelas hari ni? Kau hantarlah." Lantas Faiz berlari ke arahku dengan laju.

Apabila Faiz melihat aku seperti mahu protes,terus cepat-cepat dia letak laptop di hadapanku kemudian berlari keluar.

Aku mengeluh.

Nak tak nak memang aku kena pergi cari bilik Dr Ryu.

***

NAFASKU menjadi tercungap-cungap. Sumpah gila. Memang aku buat kerja gila.

Hish! Siapalah yang cipta bangunan ni? Kenapa bilik lecturer ada kat tingkat atas sekali? Boleh hilang nyawa aku masa naik ke sini tadi. Nak pula lift rosak. Sudahlah tingkat lima.

Kalau ikutkan hati tadi rasa mahu jual aje laptop dia ni.

Kepala sudah terteleng ke kiri dan kanan mencari biliknya.

Kaki berjalan ke arah satu pintu. Di pintu itu terdapat nama...

Zayn D Ryu.

Sebelah keningku terangkat. Keturunan D? Aku ingatkan dah pupus masa era lanun dulu. Mana tahu Monkey D Luffy ialah generasi terakhir. Oh rupanya ada lagi.

Aku menggeleng sendiri sebelum mengetuk pintu. Kemudian tombol pintu dipusing dan ditarik.

Aku masuk.

“What can I help you?” agak dingin Dr Ryu menyoal tanpa memanggung kepala.

“Dr tertinggal.” Aku letakkan di atas mejanya yang penuh dengan kertas.

“Thank you...?” barulah kepalanya diapnggung memandang aku.

“Bunga. Nur Bunga.” Karang kalau cakap bunga saja hairan pula dia ni. Baik bagi nama penuh terus. Senang.

Agak lama aku ditenung. Terus tegak bulu roma.

Aku berdehem. Seram pula rasa.

“Sorry. Okay thank you sunflower.”
Dahiku berkerut hebat.

“Bunga,” kataku dengan tegas dan agak kuat. Cari gaduh ke Dr Gila ni? Dah aku kata bungaa tu bunga ajelah. Memandai aje tukar nama orang.

“Sunflower.”

Ikut suka kaulah. Malas layan.

“Ada apa-apa lagi ke?” soalnya apabila kaki tidak berganjak dari tadi.

“Dr tengok One Piece?” segan mulut hendak menyoal.

Dr Ryu senyum.

DRAGON'S SUNFLOWER | OG Where stories live. Discover now