Aku telah menghadapi kebosanan tahap ketiga. Diriku sudah tidak lagi digelar sebagai pelajar. Begitu juga dengan Najah.
Baru dua minggu aku tamat dari belajar. Aku sudah mati kutu di rumah. Sudahlah Ryu tak benarkan aku untuk berkerja. Nak menyesal kahwin dengan dia pun dah terlambat.
Ini dah masuk kali keberapalah aku berpaling ke jam. Cemuih dia sampai tak tau nak habaq! Hari sudah lewat. Dan...
“Suami aku ni mana?! Tak reti nak balik lagi ke?! Dia tak tahu ke yang isteri dia dah bosan tunggu kat rumah seorang diri dari pagi? Sekarang ni dah lewat malam tau!” aku cekak pinggang dan berleter seoraang diri.
Aku pusing kepala menghadap ke peti sejuk untuk mencari sesuatu yang dapat hilangkan kebosanan. Setelah beberapa kali pintu peti sejuk dibuka dan ditutup,akhirnya aku bergerak kembali ke ruang tamu.
Baru selangkah aku atur,aku ternampak tong sampah yang separuh penuh.
Selalunya Ryu yang buang sampah sebelum maghrib. Tapi hari ini dia tak kunjung tiba. Jadi aku putuskan untuk menolongnya buang sampah ini walaupun sudah pukul 11:40 malam.
Selipar jerung berwarna merah jambu disarung dan aku mula berjalan bersama plastik sampab berwarna hitam bertemankan lampu jalan berwarna jingga.
Tak dapat dating dengan suami pun tak apalah. Dengan sampah pun jadilah.
Langkah demi langkah aku mengorak. Sesekali aku pandang langit yang dihiasi dengan bulan yang cerah dan bintang di sekitarnya. Langit malam kelihatan begitu indah dan nyaman.
Aku letak plastik sampah di tepi tong sampah besar. Nak angkat untuk lempar masuk ke dalam tong sampah ni jangan haraplah... Silap hari boleh kena slip disk! Sudahlah tong sampah ini hampir sama tinggi dengan tong sampah ni.
Tangan aku masukkan ke dalam poket seluar. Sejuk pula bila angin malam bertiupan. Aku berjalan pulang.
Setelah agak jauh dari tong sampah,aku nampak sebuah kereta bergerak dengan meter 20 kilometer perjam.
Kereta itu mendekatiku. Tak tahulah tiba-tiba saja ada keberanian yang tinggi. Cermin kereta di bahagian pemandu diturunkan.
“Hai dik,sorang je ke?” miang sekali senyuman lelaki ini. Anggaran umur dalam 40an. Dah tua pun ada hati nak menggatal.
Aku intai sikit dalam kereta dia. Ada beberapa pasang kasut kanak-kanak pelbagai warna. Huh! Dah ada anak bini pun nak menggatal lagi. Tak sedar diri!
Aku senyum dengan senyuman yang menyeramkan.“Awak nampak saya ke?” dengan suara yang dibuat supaya aura menyeramkan lebih menonjol.
Aku tahan tawa apabila wajah pak cik itu sudah mulau pucat. Tingkap kereta ditutup dan kereta itu terus bergerak pantas pergi dari kawasan ini.
Aku lepaskan tawa. Puas hati aku. Kalau orang tengok,pasti aku akan dicup sebagai perempuan gila.
Aku berjalan pulang dengan riang sekali lepas dapat kenakan pak cik itu. Aku yakin lepas ni dia tak akan ganggu orang buaang sampah malam-malam dah. Mesti pak cik tu trauma.
Setelah beberapa minit mengorak langkah,akhirnya aku tiba di rumah dan terus berlalu masuk. Tak tahu mengapa perjalanan pulang terasa lebih cepat dari pergi.
Aku toleh melihat jam di dinding ruang tamu.
12:17 minit pagi.
Lama juga aku ambil masa untuk buang sampah. Tapi itu tidak penting. Yang penting sekarang ni,mana suami aku?!
Sudahlah mesej tidak dibalas,apatah lagi kalau nombornya di dail. Yang paling buat aku sakit hati,telefonnya dimatikan! Kena culik alien ke apa?!
Sepanjang aku naik tangga dan berjalan ke bilik,aku hentak kaki tanda marah. Aku masuk bilik untuk terus tidur. Malas aku nak fikir. Tak guna!
YOU ARE READING
DRAGON'S SUNFLOWER | OG
Teen FictionMaaf atas kesilapan dalam ayat. Slow update. Zayn D Ryu × Nur Bunga 🐉🌻 | 🍉🍉 Mula : 1.12.23 Tamat : ? I guess this story will take a long time also i am busy this lately. SINOPSIS. Bermula dengan status seorang lecturer dan student. Lalu entah ba...