PUNYALAH bersemangat Si Najah tu bersiap 2 jam sebelum kelas. Demi apa? Demi kelas dengan Dr Ryu.
"Yang kau bersiap macam nak tunang lagi sekali ni dah kenapa?" suaraku agak tinggi.
"Biarlah." Najah tengah menebalkan bulu matanya.
"Huh,attention seeker," kataku perlahan. Tak berani aku nak cakap kuat-kuat. Mahu kena cekik aku dengan dia.
"Good evening class."
Senyap sedewan apabila dengar suara Dr idaman.
Aku raup wajah. Hari-hari muka dia. Hari-hari muka dia. Muak dah aku pun.
Kepala diletakkan atas meja. Hanya memasang telinga tentang apa yang disampaikan Dr Ryu.
"Wey. Kau buat apa semalam?" soal Najah berbisik.
"Tengok One Piece 26 episode." Percaya atau tak memang aku buat kerja gila. Habiskan hampir 30 episode dalam masa sehari. Inilah hasilnya.
Telefon di atas meja bergegar. Aku buka.
Acik : Dik. Kau tengah buat apa? Jumpa aku kejap. Dekat kedai depan kampus kau ni.
Aku raup wajah lagi sekali. Aduh... Salah apa pula yang aku buat kalini...
Aku cuba mengelak dengan alasan ada kelas. Tapi tak berjaya. Katanya emergency.
Aku bangun dengan muka masam berlalu keluar dari dewan.
Yang Najah dari tadi cuba memanggilku. Tapi aku hanya menghiraukannya. Aku ada benda yang lebih besar untuk difikirkan. Masalahku.
Setelah 20 minit berjalan,akhirnya aku sampai di kedai seberang jalan itu. Seperti yang dijangkakan,bukan hanya ada acik seorang. Tetapi along,angah dan kakak juga ada.
Aku duduk sebelah acik. Berhadapan dengan mereka bertiga dengan muka pasrah.
Along tampar mukaku. Agak kuat hingga kepalaku tertoleh.
"Kenapa pula kalini?" soalku senada.
"Ni apa?" kakak menolak telefonnya ke arahku.
Mataku terbuntang melihat gambar. Diriku yang tengah mengeluarkan asap vape. Patutlah marah besar dia orang ni.
"Mana adik tahu. Yang pasti itu bukan adik."
Aku mempertahankan diriku. Tetapi... Mereka lebih berkuasa. Berbakul-bakul aku dimarah dan dicarut. Banyak kata-kata yang agak mengguris hati dilontarkan.
"Maafkan Bunga. Tapi dalam gambar ni memang bukan Bunga," kataku apabila keadaan agak reda,aku terus minta diri untuk pulang. Sendirian.
Entah kenapa sudah tiada kemarah dan kegeramam dalam diriku apabila dituduh. Yang ada hanya keredaan dan kepasrahan.
Aku menyuruh Najah membawa pulang keretaku dan aku akan pulang sendirian jalan kaki pulang ke rumah sewa.
Agak lama kemudian setelah berpenat lelah berjalan,akhirnya aku sampai rumah sewa.
Setelah menukar baju yang lebih selesa,aku rebahkan diri. Kemudian bergolek hingga jatuh dan golek lagi hingga masuk ke bawah katilku.
Hanya disitu tempat untukku bersendirian.
Aku golek ke tengah ruangan dimana tempat yang paling selesa apabila panas. Simen for life!
Aku tidur disitu. Lepastu alarmku akan mengejutkanku dengan suara bebelan Najah sebab duduk di tengah jalan. Nak buat macam mana kan? Itu saja tempat yang paling selesa.
***
TUBUHKU terasa seperti sedang dibawa lari. Aku buka mata. Melihat langit yang gelap dan bulan yang tidak kelihatan.
Aku dibawa lari oleh lelaki bertopeng di pasaraya hari itu. Dia nak selamatkan aku atau sebaliknya kali ini?
Aku yang masih blur blur ikan terus memberontak dan melalak minta pertolongan.
"Hey can you just shut up!" marahnya.
Terdiam aku seketika. Rasa nak nangis pun ada.
Aku dimasukkan dalam kereta seseorang kemudian dia memandu laju.
"Kau boleh pakai selimut tu. Don't worry. Kami tak terkam kau pun." Soerang lelaki melihatku sekilas di cermin 0andang belakang.
Lantas aku menarik selimut itu dan menutup tubuhku yang terdedah. Sumpah weii aku rasa berdosa sangat.
"Apa yang jadi?" soalku apabila sudah agak tenang.
"Nothing happen. Just kidnapping."
Panas aje telinga dengar perkataan just itu. Aku tak mampu keluarkan kata-kata. Hanya mengutuk dalam hati.
"Turun," suruhnya dengan tegas. Lantas aku pandang ke luar. Ada Najah yang menunggu dengan wajah kerisauan. Lantas aku turun.
"Bunga!" Nada suara yang sungguh risau.
Najah menyuruhku masuk ke dalam kereta sementara dia dan lelaki tadi berbual. Nampak seperti Najah berterima kasih atas pertolongan menyelamatkanku.
Hanya satu soalan yang mahuku soal.
"Kau kenal ke dia?" soalku sebaik saja Najah masuk ke dalam kereta.
"Kita sembang kat rumah. Aku pun nak soal kau banyak benda," tegas Najah bersuara.
Aku pun hanya mendiamkan diri hingga tiba di rumah.
Selepas bersihkan diri dan menukar pakaian,aku terus ke meja makan disuruh Najah.
Aku duduk di hadapan Najah.
"Ni apa?" soal Najah selepas membuka tudung saji. Di dalamnya terdapat vape perisa anggur.
"Aku beli masa balik rumah tadi." Pandanganku menjadi kosong.
"Kenapa?" suara Najah bertukar kerisauan.
"Dia orang tuduh aku so why not if I try it right? Alang-alang dah kena tuduhkan?" ceritaku serba sikit.
Apabila mengingatkannya semula,hatiku terguris lagi. Sakit.
"Ikut suka kaulah." Najah berlalu pergi.
I will take the risk. Hati aku masih sakit. Sudahlah banyak kejadian pelik berlaku akhir-akhir ni.
"Wei,kau balik tak minggu ni?" soal Najah dari ruang tamu.
"Tak kut." Aku kuatkan suara hingga didengar di ruang tamu.
Kalau balik pun buat apa? Umi dan abah mesti marah lepas tahu pasal gambar tu. Dia orang pun mesti akan repot.
I'am better this way. No one can stop me even my self. I take the wrong way. No more good,soft and cute girl. I just want to be my self. Just my self...
YOU ARE READING
DRAGON'S SUNFLOWER | OG
Genç KurguMaaf atas kesilapan dalam ayat. Slow update. Zayn D Ryu × Nur Bunga 🐉🌻 | 🍉🍉 Mula : 1.12.23 Tamat : ? I guess this story will take a long time also i am busy this lately. SINOPSIS. Bermula dengan status seorang lecturer dan student. Lalu entah ba...